Apabila anak demam ibu ayah tidak boleh senang duduk. Setelah mendapatkan bantuan perubatan dan memberikan preskripsi ubat, tidak salah salah untuk berikhtiar meredakan dengan bacaan doa.

Ikhtiar Redakan Demam Anak Selain Ubat, Tiup Ubun-Ubun & Mandikan Air Doa

Demam boleh terjadi kerap kepada bayi dan kanak-kanak. Antibodi yang masih lemah dan pendedahan kepada punca jangkitan boleh menjadi sebab. Penting bagi ibu  bapa mendapatkan rawatan bagi mengetahui punca demam dan meredakan dengan kaedah perubatan. Vaksin juga perlu diberikan kepada si kecil seperti mana yang telah ditetapkan oleh Program Imunisasi Kebangsaan. Bagi situasi genting, rawatan di Jabatan Kecemasan hospital adalah yang terbaik.

Ikhtiar Redakan Demam Anak Selain Ubat, Tiup Ubun-Ubun & Mandikan Air Doa

Walau pun begitu, tidak salah jika berusaha menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran apatah lagi apabila yang mendoakan itu ibu bapa sendiri, lebih berkat.

Perkongsian daripada Ustazah Nazirah Abd Rahim ini boleh dijadikan usaha ibu bapa tatkala menghadapi situasi demam anak.

Musim panas..anak demam. Mandikan air doa.

Sabda Nabi saw
“…demam itu berpunca dari bahang neraka Jahannam” iaitu panas yang bergejolak.
Sama dengan sabda Nabi Muhamamd saw yang lainnya : “Panas matahari yang terik berpunca dari bahang Jahannam.”

IKLAN

Penawar utama demam Rasulullah sebutkan adalah air. Dan air zam zam dalam hadis .

Hadis Bukhari dalam shahihnya dari Abu Jamrah Nashr bin Imraan Adh-Dhuba’I bahawa ia meriwayatkan :

“Aku pernah duduk dalam majlis ibnu Abbas di kota makkah, tiba tiba aku diserang demam”.
Kemudian ibnu Abbas berkata :
“sejukkanlah dengan air Zam zam kerana Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca dari bahang api Jahannam. Jadi sejukkan lah ia dengan air.” Atau “dengan air zam zam “

Ambillah air atau sebaiknya air zam zam doakan penawar demam panas pada air dan doakan pada anak.

Tiup ubun ubun anak. Dan tiup pada air. Buat mandi waktu selepas Asar hingga Maghrib. Buat ia bilasan akhir. Sebaik-baiknya buat mandi sehingga panas sudah hbs.

IKLAN

Doanya mudah iaitu;
1. Surah Al-Fatihah
2. Selawat Syifa
3. Doa penyejuk demam
4. Ayat demam

Ikhtiar Redakan Demam Anak Selain Ubat, Tiup Ubun-Ubun & Mandikan Air Doa Ikhtiar Redakan Demam Anak Selain Ubat, Tiup Ubun-Ubun & Mandikan Air Doa Ikhtiar Redakan Demam Anak Selain Ubat, Tiup Ubun-Ubun & Mandikan Air Doa

DEMAM PANAS JANGAN PANDANG RINGAN

Selain itu, Ustazah Nazirah menegaskan agar ibu bapa tidak memandang ringan demam panas. Penting untuk mendapatkan rawatan dan memberikan ubat-ubatan yang dibekalkan bagi menghindari perkara tidak diingini.

IKLAN

Maka hati-hati kita dengan panas demam ini. Anak demam panas jangan ambil mudah. Sebaiknya jangan sekali lupa berikan penawar sakit rohani. Sakit rohani inilah ramai yang tak tahu. Ia akan bawa mudharat lain pada anak.

Ada pesakit Ustazah anak jadi sawan dan ada yang effect lebih teruk perkembangan mental dan fizikal. Anak jadi sudah tidak normal selepas kena demam panas.

Ikhtiar Redakan Demam Anak Selain Ubat, Tiup Ubun-Ubun & Mandikan Air Doa

*setiap kali anak atau suami ustazah demam. Ustazah akan rawat dan mandikan dengan air doa.

Ustazah akan tambah doa lembut hati, doa kasih sayang dan doa sembuh penyakit. Alhamdulillah inilah tips anak anak makin jadi dengar kata. Taat dan suami jadi amat penyayang.

PERINGATAN: Sekiranya situasi semakin teruk seperti suhu terlalu tinggi dan terjadinya sawan, bawa si kecil ke Jabatan Kecemasan hospital bagi mendapatkan rawatan segera.

Sumber: Ustazah Nazirah Abdul Rahim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI