Categories: Kelahiran

Ikut Suka Je Nak Gomol Baby Orang. Banyak Virus Yang Boleh Datang Dari Kita, Jangkit Pada Dia

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita melawat ibu baru bersalin dan bayinya sebaik mereka keluar dari hospital. Bau bayi sangat harum dan boleh buat kita hilang rasa stres. Tapi sebenarnya tak elok kalau kita terlalu menggomol dan menicum bayi baharu lahir kerana sistem imunisasi mereka masih belum kuat.Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka. Sebelum anda meneruskan tradisi melawat kenalan dalam pantang serta bayi mereka, bacalah dulu pesanan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.

Artikel Menarik: [Bukan Senang Nak Jaga Bayi Pramatang, Perlukan Perhatian Penuh & Kekuatan Dari Ibu]

MAHU MELAWAT RAKAN YANG BARU BERSALIN? BACA INI DULU
Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.
Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.


Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya. Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, saya nasihatkan:

Artikel Menarik: [Mungkin ramai Yang Cuba Menakut-Nakutkan Anda Tentang Sakit Bersalin, Jauhi Persekitaran Negatif]

1. Jangan cium bayi. Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.
2.Jangan sentuh bayi. Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi?
3. Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.

Artikel Menarik: [Tak Elok Bertangguh, Cepat ‘Uruskan’ Uri Sebaik Diserahkan Pada Si Ayah]

4. Jangan lama-lama bila melawat. Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.
5. Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana siibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.
6. Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.

7. Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Si ibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
8. Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.
9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur. Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.
10. Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan siibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada anda, bukannya si ibu tu kedekut tak mahu tunjuk anak. Bukan juga sembunyikan anak. Penting untuk kita yang mahu menziarahi ibu selepas bersalin dan bayinya untuk menghormati batas-batas yang seharusnya. Sekarang ni macam-macam jenis virus yang menyerang sistem imunisasinya yang belum betul-betul kuat.

This post was last modified on November 17, 2019 2:41 am

Emy Haznida Hazairul Sham

Recent Posts

Stop, Bayi Tak Boleh Minum Air Masak! Jom Ketahui Sebabnya

“Baby haus tu, tak cukup susu, bagilah dia minum air masak.” STOP! Jika anda menerima saranan

3 hours ago

Anak Kita Lahir, Nurse & Doktor Orang Pertama Puji “Comelnya”. Jangan Lupa Ucap Terima Kasih

Saat melahirkan anak adalah saat yang paling mendebarkan, itulah perjuangan antara

4 hours ago

Dah Nak Masuk Tahun Baru, Dah Latih Ke Anak-anak Duduk Dalam Car Seat? 5 Cara Ni Boleh Cuba Untuk Biasakan Si Kecil Dengan Car Seat

Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2020, dah bersedia ke mak ayah dengan car seat yang diwajibkan untuk anak-anak…

5 hours ago

Jangan Sekadar Bilas-Bilas, Tak Bersih. Botol Susu Tak Sabun & Steril Membiak Kuman

Bagi anak-anak yang menggunakan botol susu, sangat penting bayi ibu ayah membersihkannya dengan baik

6 hours ago

Tak Perlu Beritahu, Suami Faham Ada Yang Tak Kena. Inilah Yang Isteri Nak!

Bukan mudah menjadi seorang suami. Terlalu banyak bebanan yang harus dipikul demi membahagiakan keluarganya. Suami

7 hours ago

Selama 72 Hari Baby D Gembirakan Mama Abah. Pergimu Buatkan Semua Sedih

Setiap yang bermula pasti ada pengakhiran, Allah yang lebih mengetahui dari segala-galanya dan perancangannya amat

8 hours ago