Photo by Canva

ILTIZAM Anak Selangor 2022 merupakan satu program skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.

Berita baik untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lahir pada tahun 2022 di negeri Selangor!

Kerajaan negeri telah memperkenalkan skim tersebut yang menyasarkan seramai 30,000 orang anak-anak yang baharu lahir.

Iltizam Anak Selangor Untuk Bayi Lahir 2022, Dapat Akaun Simpan SSPN. Ini Syarat Mohon
Photo by Canva

Iltizam Selangor Sihat (ISS) yang diperkenalkan merupakan skim insurans kesihatan sebelum ini telah ditambah baik.

Dapat Akaun Simpanan SSPN Prime

Setiap permohonan yang berjaya akan mendapat akaun simpanan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh lima tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.

Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan ke atas.

Syarat kelayakan:

IKLAN

KRITERIA ANAK

  • Anak kelahiran bermula tahun 2022
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor
  • Sedang menetap di Selangor

KRITERIA IBU BAPA/PENJAGA

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Sedang menetap di Selangor
  • Pengundi berdaftar di Selangor

Permohonan Program Iltizam Selangor ini dibuka bermula 1 Ogos 2022.

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.

IKLAN

Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://anas.yawas.com.my/ bermula 1 Ogos 2022.

Selain itu, borang permohonan secara manual juga boleh ambil di pejabat DUN terdekat.

IKLAN

Sila sertakan dokumen berikut untuk permohonan:

  • Salinan sijil kelahiran anak
  • Salinan Mykad ibu / bapa / penjaga
  • Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
  • Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan)
  • Surat Akuan Sumpah (bagi hubungan selain ibu / bapa / angkat)

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari laman web https://anas.yawas.my/online/

Sumber: sinarplus

Iltizam Anak Selangor Untuk Bayi Lahir 2022, Dapat Akaun Simpan SSPN. Ini Syarat Mohon

Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI