Imam maut kemalangan jalan raya, sempat iqamat, cium anak perempuan baru lahir. Imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar, Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain sempat membisikkan iqamat pada telinga bayi perempuannya yang baru lahir di Hospital Seri Manjung, sebelum beliau meninggal dunia dalam kemalangan.
Imam Maut Kemalangan Jalan Raya, Sempat Iqamat, Cium Anak Perempuan Baru Lahir
Dalam kejadian sekitar 4.30 petang itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Kembara yang dipandu Nurul Kamal, 37, terbabas dan terbalik ke kawasan ladang kelapa sawit di KM 211.8 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah Utara, dekat Sitiawan.
Isterinya, Nur Firdaus Salwa Zamrin, 30, berkata sebelum nahas, arwah suaminya meluangkan masa kira-kira satu jam melawatnya di wad bersalin Hospital Seri Manjung.
“DIA BAWA BARANGAN KEPERLUAN BAYI SERTA URUSKAN PERPINDAHAN SAYA DARI WAD BERSALIN BIASA KE WAD JAGAAN RAPI BAYI.
“Saya melahirkan anak bongsu kami pada jam 2.30 pagi Isnin lalu. Arwah suami sempat bisik bacaan iqamat di telinga bayi, timang dan ciumnya sebelum pulang,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung.
Nur Firdaus Salwa (kiri) ditenangkan ahli keluarga ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung Kredit gambar: Sinar Harian
Nur Firdaus Salwa yang bertugas sebagai guru Taska berkata, suaminya kelihatan agak tergesa-gesa bergerak pulang ke Seri Iskandar kerana perlu menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Bandar Universiti, Seri Iskandar, malam tadi.
“Sebelum pulang, suami berpesan kepada saya supaya banyak berzikir, saya tak sangka ia pesanan terakhirnya.
“Sepatutnya, semalam, saya perlu berada dalam wad bersama bayi kerana demam kuning, tetapi dibenarkan keluar selepas dimaklumkan berkaitan kematian suami,” katanya.
Allahyarham Ustaz Nurul Kamal meninggalkan seorang isteri dan tiga cahaya mata iaitu anak lelaki berusia dua tahun dan dua anak perempuan masing-masing berusia empat tahun dan yang bongsu, berusia dua hari.
Sementara itu, ibu Allahyarham, Aminaton Sa’adiah, 64, berkata, Ustaz Nurul Kamal yang juga anak ketiga daripada lima beradik ada menghubunginya beberapa minit sebelum kemalangan.
“Dia beritahu saya yang dia baru tengok isterinya di hospital dan tidak sempat pulang ke rumah, jadi dia minta saya tolong jemput anak-anaknya di Taska.
Ads
“Saya kata jangan risau, memang mak akan ambil cucu mak, kami tinggal sekali di Seri Iskandar.
“Semasa panggilan telefon itu, tiada apa-apa perubahan ditunjukkan, malah sebelum keluar rumah semalam pun, elok kami berbual seperti biasa,” katanya sebak.
Aminaton berkata, pemergian anaknya itu pasti akan dirasai kerana arwah ringan tulang, selain suka bergurau dengan ahli keluarga.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Iskandar di Jalan Parit-Seri Iskandar, selepas Zuhur, hari ini.
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi korban pertama banjir yang sedang melanda Pantai Timur di negeri ini, selepas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam tali air di Kampung Kebor Besar, Kuala Terengganu.
Kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Sufi Ijaz Sobre, tiga tahun, melihat air banjir bersama bapanya, Sobre Ramli, 33; abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, lapan tahun dan adik, Muhammad Shafiq Arshad, berusia satu tahun, kira-kira jam 4 petang.
Usaha mencari mangsa sedang dilakukan pasukan Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu di lokasi kejadian.
Sobre berkata, kejadian berlaku ketika Sufi bersama abangnya, Shakir, melihat air sungai dari atas jambatan yang hanya terletak kira-kira 10 meter dari lokasi dia dan anak bongsunya berada.
“Saya tiba di sini jam 4 petang. Ketika sampai, kami melihat air di tepi kawasan rumah yang dinaiki air tetapi saya sedari abang mengajak adiknya ke jambatan.
“Saya sudah pesan jangan ke situ (atas jambatan) kerana bahaya. Dalam beberapa saat sahaja selepas itu abang menjerit memberitahu adik dalam air.
“Saya terus terjun tetapi arus sangat deras sebelum kembali ke tebing menghubungi saudara mara dan isteri, Nurul Ain Bakri, 33, yang sedang bekerja di Politeknik Kota,” katanya.
Sobre berkata, sebelum kejadian dia baharu sahaja mengambil tiga anak itu yang berada di rumah ibunya di Kampung Tetambah di sini, selepas pulang bekerja.
Katanya, sebelum pulang ke rumah mereka, dia membawa tiga anaknya untuk bermain air di kawasan berkenaan tanpa menduga hasrat itu bertukar tragedi.
Katanya keputusan pemeriksaan terhadap anaknya masih belum diketahui.
Sementara itu dalam posting yang berasingan. Menunjukan tangan anaknya telah telah berbalut membayangkan telah mendapatkan rawatan lanjut. Namun tidak menjelaskan masalah kesihatan yang dialami oleh anaknya.
Ayda mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang medoakan kesihatan anaknya.
Tidak membuang masa, Ayda dan Nabil kemudian membawa Ana Nayla ke hospital bagi merujuk kepada doktor pakar kanak-kanak.
Entri berkenaan turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesihatan puterinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seminggu yang lalu, bekas pelakon siri muzikal Glee, Naya Rivera dilaporkan hilang di Tasik Piru di Selatan California. Menurut laporan media, dia dan anaknya Josey Hollis Dorsey dikatakan bersiar-siar dengan bot yang disewa sebelum anaknya ditemui bersendirian tiga jam kemudian.
Namun semalam, misteri kehilangan pelakon tersebut akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di tasik berkenaan. Naya dipercayai mati lemas dan dikenal pasti berdasarkan pakaian terakhir yang dipakai.
Sherif daerah Ventura Bill Ayub, dalam satu kenyataan berkata, tidak terdapat sebarang unsur jenayah atau bunuh diri setakat ini.
Menurut anaknya yang berumur 4 tahun, dia dan ibunya ada turun berenang namun ibunya tidak timbul-timbul.
Pihak polis percaya, Naya Rivera menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk membawa anak ke bot tetapi tidak cukup kuat untuk menyelamatkan diri sendiri.
Malah, anaknya yang berumur empat tahun pernah memberitahu polis ibunya membantu dia kembali ke bot tetapi sebaik sahaja menoleh ibunya sudah tenggelam.
Kata polis lagi, aktiviti berenang sememangnya dibenarkan di tasik berkenaan tetapi kebiasaannya hanya untuk rekreasi kapal air. Selepas ini, mungkin petisyen akan dibuka untuk melarang aktiviti berenang di tasik yang meragut nyawa itu.
Kronologi kejadian menunjukkan pada jam 1 tengah hari, 8 Julai, Naya Rivera menyewa satu bot di Tasik Piru, yang terletak 60 batu daripada Los Angeles. Tiga jam kemudian, lebih kurang jam 4 petang, sebuah bot yang lain membunyikan penggera selepas melihat seorang budak lelaki sedang tidur bersendirian di atas bot yang hanyut.
Jam 6.30 petang, pihak polis dan keselamatan melakukan proses pencarian untuk memeriksa sekiranya ada mangsa lemas. Pada masa yang sama, polis menemui kereta Naya Rivera di kawasan parking. Seterusnya, jam 10.30 malam, polis mengesahkan pelakon siri muzikal popular Glee tersebut hilang selepas pencarian menggunakan helikopter di kawasan tasik tidak menunjukkan sebarang tanda.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.