Ads

Influenza Bukan Sekadar Demam Biasa, Ibu Ayah Perlu Tahu Risikonya

Bila anak-anak demam, batuk atau nampak lesu, ramai ibu ayah mungkin terfikir, “Demam biasa kot, nanti baiklah.” Namun jika ia melibatkan influenza, kita mungkin perlu lebih berhati-hati.

Influenza adalah penyakit pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza. Ada yang mengalaminya secara ringan, tetapi dalam keadaan tertentu, jangkitan ini juga boleh menjadi serius sehingga memerlukan rawatan di hospital.

Ia mudah merebak dan boleh menyebabkan komplikasi serius, terutama kepada anak kecil, warga emas serta mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.

Perkara ini dikongsikan oleh Dr. Ishabee Binti Sethi Alivi menerusi sesi Influenza: Kenali Risikonya, Lindungi Orang Tersayang yang dibawakan oleh Sanofi Malaysia bersempena Edutainment Fest Simpan SSPN 2026 yang berlangsung di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada 5 September lalu.

Influenza Bukan Sekadar Demam Biasa, Ibu Ayah Perlu Tahu Risikonya

Influenza Bukan Sekadar Demam Biasa, Ibu Ayah Perlu Tahu Risikonya

Perlu Beri Perhatian Kepada Anak Kecil

Dalam sesebuah keluarga, bukan semua orang mempunyai risiko yang sama apabila dijangkiti influenza. Kanak-kanak berusia bawah lima tahun, khususnya mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain, mempunyai risiko lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital dan mengalami komplikasi akibat influenza.

Malah, kanak-kanak usia sekolah juga antara golongan yang lebih mudah mendapat influenza. Disebabkan mereka banyak berada bersama rakan-rakan di sekolah, pusat jagaan atau aktiviti berkumpulan, jangkitan juga boleh dibawa pulang dan tersebar kepada ahli keluarga yang lain.

Influenza Bukan Sekadar Demam Biasa, Ibu Ayah Perlu Tahu Risikonya

Sebab itu, kalau seorang anak mula sakit, ibu ayah bukan sahaja perlu fikir tentang dirinya. Ada adik yang masih kecil, datuk dan nenek di rumah atau ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik yang mungkin lebih terkesan sekiranya dijangkiti.

Bukan Hanya Paru-Paru Yang Boleh Terjejas

Ads

Ramai mengaitkan influenza dengan demam, batuk dan masalah pernafasan semata-mata. Namun dalam kalangan orang dewasa, influenza juga boleh menyebabkan atau memburukkan beberapa komplikasi lain.

Antaranya pneumonia, serangan asma atau COPD, masalah kawalan gula dalam darah, komplikasi berkaitan jantung seperti serangan jantung dan kegagalan jantung, strok serta kecederaan buah pinggang akut.

Influenza Bukan Sekadar Demam Biasa, Ibu Ayah Perlu Tahu Risikonya

Bagi warga emas pula, risikonya lebih tinggi. Individu berusia 65 tahun ke atas lebih mudah mengalami influenza yang serius kerana sistem imun semakin lemah apabila usia meningkat. Jangkitan ini juga boleh memburukkan penyakit sedia ada seperti penyakit jantung, diabetes, asma, penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (penyakit paru-paru kronik yang menyekat aliran udara dan menyebabkan kesukaran bernafas) atau penyakit buah pinggang.

Lindungi Keluarga Dengan Langkah Mudah

Berita baiknya, ada perkara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan. Antara langkah asas yang disarankan ialah kerap mencuci tangan, menutup mulut dan hidung dengan tisu ketika batuk atau bersin, mengelakkan kontak rapat dengan individu yang sedang sakit serta berehat di rumah apabila diri sendiri tidak sihat.

Influenza Bukan Sekadar Demam Biasa, Ibu Ayah Perlu Tahu Risikonya

Ads

Vaksinasi influenza setiap tahun juga merupakan antara langkah pencegahan yang penting. Ini kerana virus influenza sentiasa berubah dan perlindungan daripada vaksin juga boleh berkurang dari semasa ke semasa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) khususnya mengesyorkan vaksinasi tahunan kepada golongan yang berisiko tinggi seperti wanita hamil, kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun, warga emas, individu yang mempunyai penyakit kronik serta petugas kesihatan.

Influenza Bukan Sekadar Demam Biasa, Ibu Ayah Perlu Tahu Risikonya

Di Malaysia, golongan tertentu yang layak juga boleh mendapatkan vaksin influenza tahunan di Klinik Kesihatan kerajaan menerusi tempahan dalam aplikasi MySejahtera. Antaranya warga Malaysia berusia 60 tahun ke atas serta golongan tertentu berusia 50 tahun ke atas yang mempunyai penyakit kronik.

Jangan Tunggu Sehingga Orang Tersayang Jatuh Sakit

Kadangkala kita hanya mula mencari maklumat tentang sesuatu penyakit apabila anak sudah demam tinggi atau ibu ayah kita sendiri mula tidak bermaya. Sedangkan kesedaran lebih awal boleh membantu kita membuat pilihan yang lebih baik untuk keluarga.

Influenza mungkin nampak seperti demam biasa, tetapi bagi golongan tertentu, kesannya boleh menjadi jauh lebih serius. Jadi selain menjaga kebersihan dan mengelakkan penyebaran apabila sakit, ibu ayah juga boleh berbincang dengan doktor mengenai langkah pencegahan yang sesuai untuk setiap ahli keluarga.

Ads

Ingatlah, menjaga keluarga bukan sekadar berada di sisi mereka ketika sakit. Kadang-kadang, kasih sayang juga bermula dengan ilmu untuk langkah pencegahan yang kita cari sebelum sesuatu berlaku.

Rujukan:

CDC – About Flu
https://www.cdc.gov/flu/about/index.html

Wiley – Influenza Complications for Adults
https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1111/irv.12470

CDC – Flu and Children

https://www.cdc.gov/flu/highrisk/children.html

CDC – People at Increased Risk for Flu Complications
https://www.cdc.gov/flu/highrisk/index.htm

CDC – Preventing Seasonal Flu
https://www.cdc.gov/flu/prevention/index.html

CDC – Key Facts About Seasonal Flu Vaccine
https://www.cdc.gov/flu/prevent/keyfacts.htm

MAT-MY-2600439-1.0-09/2026

Artikel pendidikan kesihatan ini dibawakan oleh Sanofi Malaysia untuk mewujudkan kesedaran lanjut risiko jangkitan Influenza.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Hamil Anak Ke-14 & 15, Isteri Alami Preeklampsia & Gigi Tertanggal

Preeklampsia dialami seorang ibu yang hamil anak ke-14 dan 15. Kisah membimbangkan ini jadi iktibar agar pasangan mengutamakan keselamatan ibu.