Mendidik anak perempuan dan lelaki supaya bertindak bijak semasa menghadapi gangguan seksual amat penting. Ikuti pandangan daripada bapa ini.
Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar anak-anak untuk menjaga diri mereka daripada pelbagai ancaman seperti gangguan seksual. Tambahan pula apabila mula bersekolah dan terdedah kepada ramai lagi manusia yang pelbagai jenis dan ragam.
Seorang bapa, Rizzal Abdullah berkongsi perkara ini. Gaya penyampaian yang santai membuatkan tip ini menarik. Perkara penting ini sering kali dianggap taboo dan memalukan tetapi hakikatnya perlu diberitahu dan diingatkan kepada anak.
ANAK PEREMPUAN PERLU DIAJAR MALU & JAGA MARUAH
Bro, Mendidik anak perempuan berbeza kan?. Mereka pasti diajar untuk lemah-lembut, bersopan-santun dan akhlak sebagai seorang perempuan. Perlu diajar erti malu dan menjaga maruah.
Berubah riak muka member aku. Tiada senyum sinis seperti selalu. Serius sungguh. Kali ni jauh dia fikir sebelum kasi pendapat.
Ibunya paling layak untuk mengajar semua perkara yang kau sebutkan. Tapi untuk aku sebagai ayah, satu perkara penting yang akan aku ajar untuk setiap anak perempuan.
TUMBUK HIDUNG SIAPA YANG MENYENTUH TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA
Jika ada lelaki lain yang sentuh dia di tempat yang tak sepatutnya, sentuh dada atau bontot atau kemaluannya atau dimana sahaja yang buat dia rasa tidak selesa, tumbuk sahaja mukanya.
Sayangku, halakan tumbukan tu ke hidungnya. Gengam tangan serapat mungkin dan tumbuk sekuat hati. Biar bengkok, patah dan berdarah.
Jangan tumbuk mulutnya, nanti cedera tangan mulus mu jika terkena gigi dia. Jangan halakan ke mata, bila kau tumbuk sekuat hati risau pula cacat kekal penglihatan nya nanti.
Ads
Sasarkan tepat ke hidung, ok?
LAKUKANNYA UNTUK MENJAGA MARUAH BIAR PUN SALAH Sayangku, kau mungkin akan mendapat masalah di sekolah nanti. Keganasan kau memang patut diambil tindakan oleh pengetua. Mencederakan individu lain melanggar peraturan sekolah.
Tapi, ayah tak akan cakap apa yang kau buat tu salah. Salah dan melanggar peraturan tidak sama. Ia dua perkara yang berbeza.
Mencuri – salah dan melanggar peraturan. Membuli – salah dan melanggar peraturan. Tumbuk hidung lelaki hingga patah dan berdarah kerana mempertahankan maruah kau, ia mungkin melanggar peraturan. Tapi tidak salah.
Ads
BIAR IBU AYAH DIKECAM SEKALI PUN Mungkin ibu dan ayah akan dipanggil pengetua. Mungkin ibu dan ayah akan dikecam kerana mengajar kau macam ni. Mungkin kita akan disaman. Mungkin ibu bapa budak lelaki tu akan buat sidang media dan viral kan tingkah laku kau. Media sosial memang suka untuk meletakkan anak perempuan aku yang lemah ni untuk dihakimi.
Tapi ayah tak kisah pun. Tak ada masalah untuk ayah jelaskan gaya kung fu kau tu untuk mempertahankan harga diri sebagai seorang perempuan. Dan kita akan bincangkan KENAPA kau diajar macam tu.
GANGGUAN SEKSUAL PERLU DITANGANI Pengetua mungkin akan menggantung persekolahan kau – ibu dan ayah akan terima. Ibu bapa budak tu mungkin akan sensasikan kes seperti ni – ibu dan ayah tak ada masalah hadap sesiapa pun untuk pertahankan tindakan kau. Adakah keganasan seperti ini jawapan untuk setiap masalah? Tentunya tidak. Idealnya gangguan seksual perlu ditangani di setiap peringkat dengan ‘zero-policy’. Gangguan seksual adalah salah di setiap peringkat umur. Tiada kompromi dan tiada ‘grey area’. Jika semua pihak setuju dan mahu jadikan ia kenyataan, tolong beritahu kami. Tapi selagi ia belum jadi kenyataan, ayah akan ajar semua anak perempuan ayah untuk tumbuk tepat di hidung dengan niat untuk patahkan dan biar berdarah.
AJAR ANAK LELAKI SUPAYA TIDAK MENGGANGGU PEREMPUAN Jika ibu-bapa budak lelaki tidak setuju, mungkin mereka patut ajar anak mereka lebih menghormati perempuan. Ajar anak lelaki mereka sikap yang sepatutnya terhadap perempuan. Dunia makin lebih bertolak ansur terhadap gangguan seksual terhadap perempuan. Tapi, Ayah tidak terima konsep anak perempuan perlu lemah-lembut dan bersopan-santun tanpa batasan. Ajarkan anak perempuan kita untuk tumbuk tepat di hidung, sekuat hati, jika mereka disentuh di tempat yang tidak sepatutnya. Fuh! Serius betul bro. Tapi, anak kau semua lelaki kan? Dengan nada yang lebih tenang kawan aku jawab.
Rezeki anak perempuan tu milik Tuhan. Siapa kita mahu menidakkan jika nanti dikurniakan anak perempuan.
Ads
Dan aku punya ramai anak saudara perempuan. Ramai kawan-kawan yang punya anak perempuan. Semua tu akan aku bela seperti anak perempuan sendiri.
PESANAN KEPADA ANAK LELAKI
Kepada 3 anak lelaki ku, ini pesan baba.
Kalau kamu balik rumah dengan hidung patah dan berdarah ditumbuk perempuan, akibat kamu berkelakuan tidak menghormati mereka, baba dan mama akan tunjukkan lagi mana bahagian badan lain yang boleh patah dan berdarah.
Tapi kalau kamu balik rumah patah dan berdarah kerana membela kehormatan perempuan, baba dan mama akan bela kamu walaupun apa pun kos nya.
Biar hilang kawan, tak guna pun berkawan dengan mereka yang tak tahu menghormati perempuan.
HORMATI IBU Hormati mama sepenuh hati, pertahankan mama walau terpaksa menggadai nyawa. Dia dah pertaruh nyawa melahirkan dan membesarkan korang.
She is the lady in our house and the queen of our heart.
Bila dah ada anak, automatik sikap kita sebagai ibu bapa untuk jadi pelindung dan penyelamat anak. Jika dalam situasi yang benar-benar anak perlukan ini memang penting. Namun adakah kita perasan, sepanjang membesarkan anak kita cepat rasa kasihan pada mereka walaupun bukan dalam keadaan yang terdesak.
Kalau boleh semua yang anak lakukan kita nak cuba bantu sedangkan mereka boleh buat sendiri dengan baik. Cumanya perlu ada bimbingan sahaja.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol, beliau berkongsi sikap ibu bapa yang tak mahu anak susah dan seolah rasa tak yakin sedangkan anak boleh buat dengan sendirinya tanpa sebarang masalah.
Berikut antara perkongsiannya dan cuba fahami adakah kita ibu bapa dalam kategori ini. Jika Ya tak terlambat lagi untuk beri kepercayaan pada anak untuk perkembangannya.
Terpinga-pinga saya dibuatnya. Baru-baru ni saya lihat seorang kanak-kanak perempuan di klinik.
Dah jadi rutin, saya akan uji tahap perkembangan mereka mengikut usia.
“Adik ambil pensel ni dan tolong lukiskan bulatan.”
Baru saja anak ni ambil pensel, maknya terus pegang tangan anaknya dan mereka sama-sama lukis bulatan tu.
“Eh tak apa puan, bagi dia yang buat.”
Berkali-kali saya cakap, barulah maknya lepaskan tangan anak.
Saya minta anak ni lukis garisan lurus pula.
Gambar Hiasan
Lagi sekali mak dia pegang tangan anak dan sama-sama lukis garisan tu.
“Puan, kita biar anak yang buat ya. Saya nak tengok cara dia pegang pensel.”
Dengan berat hati, dia biarkan anaknya melukis seorang diri.
Bila dibiar anak yang lukis, cantik je lukisan anak tu. Pandai juga dia pegang pensel.
Bila saya ceritakan pada isteri, dia kata kemungkinan besar saya dah berjumpa dengan “Lawnmower Parents”.
Mak Ayah Lawnmower
👉🏻 Mak ayah yang akan buat apa saja yang perlu untuk halang anak daripada menghadapi kesukaran, kerja yang susah atau hadapi kegagalan.
👉🏻 Mak ayah ni akan potong semua halangan hinggakan anak tak terima sebarang cabaran.
TANDA-TANDA ANDA MUNGKIN MAK AYAH LAWNMOWER
🚨 Tak benarkan anak menangani konflik.
“Kakak nanti main dengan kawan yang sama je ya.”
🚨 Buat apa saja supaya anak tak didenda atau ditegur di sekolah.
“Tak apa abang terlupa. Mak hantarkan botol air dan buku yang tertinggal tu ke sekolah sekarang.”
🚨 Anda ambil alih untuk selesaikan tugasan sekolah anak.
“Apa-apa kerja sekolah, biar ayah yang buatkan.”
🚨Anda masih menguruskan bilik anak yang lebih tua.
“Cepat pergi sekolah, biar ibu kemas bilik kakak.”
🚨Anda tak benarkan anak tunggang basikal kerana bimbang cedera.
”Jangan main, pegang tangan ayah”
🚨 Anda sanggup berjumpa guru untuk tentukan jadual kelas anak atau bertengkar dengan guru sebab markah peperiksaan anak.
🚨 Sanggup belikan apa saja untuk anak supaya anak tak rasa ketinggalan.
Kesannya, anak tak ada kemahiran mengurus dan menyelesaikan masalah hidup.
Kajian dari University of Minnesota Institute of Child Development menunjukkan, bayi 2 tahun yang ibunya terlalu mengawal ketika bermain, tak dapat kawal emosi dengan baik ketika usia 5 tahun.
Anak tak tahu cara nak urus beban emosi seperti stress, gelisah, dan sentiasa takut gagal.
Ada masanya, kita beri ruang pada anak untuk belajar atasi konflik. Ada masanya, kita biar anak buat silap. Itu peluang untuk mereka jadi lebih kuat sebelum pergi ke alam pekerjaan.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Moga ada manfaatnya pada kita semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cukup risau bila anak tidak nak belajar. Puas dipujuk, tetap tidak mahu. Jika ajak main di taman atau apa sahaja barang permainan cepat je. Siapa yang tak bimbang apabila anak usia enam tahun tahu lagi membaca dengan lancar. Lebih menakutkan anak jiran sebelah rumah sudah pandai membaca! Aduh!! Memang stress je rasanya. Namun pendapat Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Norazura Ismail ini mampu memberikan kelegaan kepada ibu-ibu di luar sana. Kenapa tu? Ikuti pendapatnya ini.
Apa salahnya jika anda cuba melihat dan mengenalpasti selain kecerdikan dalam akademik, apakah kelebihan dan keistimewaan anak anda ini dari sudut yang lain. Mungkin anak anda pandai melukis. Belajarlah memahami potensi lain dalam diri anak. Anda boleh memberi dorongan kepada minat dan hobi melukisnya. Pujilah dia bila dia boleh menghasilkan satu lukisan yang istimewa walau dalam masa yang sama dia gagal menunjukkan kemampuan dalam pelajarannya.
Belajarlah memahami potensi lain dalam diri anak sama ada kebolehan melukis atau menari ballet
Dia sebenarnya insan yang istimewa kerana dia boleh menzahirkan imiginasinya dalam bentuk lukisan yang cantik. Dia sebenarnya seorang yang sangat kreatif dalam berfikir dan menghasilkan idea. Tidak mustahil, dengan minat apatah lagi ada dorongan dan galakan yang berterusan dari anda, hobi yang diminatinya ini boleh memberi kejayaan kepadanya di masa depan. Anda boleh galakkan anak untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang kemahiran yang diminatinya.
Kesilapan besar kita sebagai ibubapa ialah apabila kita menilai anak hanya dari segi akademiknya.
Kesalahan kita sejak dari anak kita mula masuk TADIKA ialah kita hendak sangat anak kita cepat pandai walaupun baru masuk TADIKA. Ibubapa pasti akan merunggut atau bising bila anak yang belajar di TADIKA lambat dapat menguasai kemahiran membaca. Kita sering beri galakan dari sudut kepandaian akademik hingga kita lupa bahawa kemampuan anak mungkin tidak sama dengan harapan kita.
Oleh kerana kita meletakkan harapan yang sangat tinggi pada anak yang masih di awal usia itu, hingga kita lupa untuk menggilap potensi diri anak dari aspek perkembangan yang lain. Kita sebagai ibubapa kekadang lupa untuk melihat potensi dan kemampuan anak dari sudut yang lain. Dan kita juga lupa untuk beri pujian pada anak dari sudut yang lain.
KESILAPAN 1
Jom lihat satu contoh. Ada anak kerana telah diberi latih tubi yang berterusan dari awal maka dia boleh membaca seawal 3 tahun tetapi anak ini kurang pandai bergaul dengan kawan-kawan sebayanya. Ibubapa mungkin nak anak fokus pada membaca hingga lupa bahawa dunia anak adalah bermain dan terus bermain. Ruginya anak-anak awal usia yang tidak diberi peluang untuk mengisi sepenuhnya ruang dalam kehidupannya untuk bermain. Seketika kita lupa bahawa dengan bermain anak-anak belajar pelbagai perkara.Tak salah mendedahkan anak pada pembacaan awal, yang salah ialah bila memaksa anak dan meletakkan harapan yang tinggi supaya anak-anak cepat pandai membaca sama seperti anak orang lain. Biarlah anak-anak awal usia ini memilih minat dan kecenderungan mereka sendiri.
KESILAPAN 2
Jom lihat pula apa berlaku di TASKA@TADIKA maupun anak-anak yang baru memasuki Tahun satu di Sekolah Rendah. Pengasuh pendidik maupun guru di TASKA TADIKA dan sekolah sering membandingkan anak-anak dari sudut kepandaian akademiknya. Anak yang cepat pandai membaca di awal usia, anak itulah yang selalu dipuji pengasuh pendidik@ guru. Manakala anak yang agak aktif dan banyak bertanya apatah lagi lambat sedikit menguasai pembacaan, anak itu tidak dipandang dan akan sering dimarahi. Para pendidik pun suka anak-anak yang pandai sebab itulah yang diamanahkan oleh ibubapa yang menghantar anak ke TASKA TADIKA atau Sekolah. Untuk seketika kita semua lupa bahawa anak-anak adalah berbeza dari pelbagai sudut. Kita lupa untuk memahami setiap anak adalah berbeza.
KESILAPAN 3
Untuk anda yang mempunyai anak-anak yang telah bersekolah, cuba kenalpasti potensi diri anak. Fahami anak dari sudut sikap, tabiat, kecerdikan dan juga kemahiran yang dimilikinya. Jika anak anda berpotensi besar dalam akademiknya, beri galakan untuk anak meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya untuk anak yang kurang pencapaian akademiknya, kenalpasti kemahiran yang diminatinya. Bimbing anak untuk menggilap kemahiran yang dimilikinya. Puji anak yang mempunyai bakat@potensi dalam bidang kemahiran tertentu. Jangan samakan anak yang cerdik akademiknya dengan anak yang mempunyai kepandaian kemahiran dalam sesuatu bidang. Berlaku adil lah pada anak-anak anda sendiri.
Ibu bapa perlu bertindak sebagai penasihat atau pembimbing bukan sebagai diktator yang menentukan masa depan anak-anak anda sendiri.
Kesimpulannya, saya tekankan lagi setiap anak adalah tidak sama jadi belajarlah memahami perbezaan anak-anak. Paling penting peranan kita kita sebagai ibubapa ialah untuk beri peluang kepada anak memiih sesuatu yang diminatinya. Jangan sesekali memaksa anak dalam menentukan minat atau memilih bidang yang ingin diceburinya. Anda perlu bertindak sebagai penasihat@pembimbing bukan sebagai diktator yang menentukan masa depan anak-anak anda sendiri. Doakan kejayaan anak-anak kita dalam apa jua bidang yang diceburi @ diminatinya. Semoga anak-anak kita berjaya bukan sahaja dalam kerjayanya di dunia malah juga kejayaan di SANA jua.
Dunia digital masa kini menjanjikan pelbagai kemudahan dan akses kepada maklumat tanpa sempadan. Anak-anak kita membesar dalam era skrin – telefon pintar, tablet, televisyen dan komputer menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Walaupun teknologi membawa banyak manfaat, ia turut menimbulkan kebimbangan, terutama apabila masa yang dihabiskan di hadapan skrin tidak terkawal. Justeru itu, penjagaan screentime atau masa skrin anak bukan sekadar pilihan, malah satu keperluan mendesak dalam membentuk generasi yang sihat, seimbang dan berdaya saing.
Kenapa Penjagaan Screentime Penting
Anak-anak sedang melalui fasa kritikal dalam perkembangan fizikal, emosi dan sosial mereka. Screentime yang tidak terkawal boleh mengganggu proses ini. Masa depan mereka bukan hanya bergantung pada pencapaian akademik, tetapi juga kemahiran sosial, kestabilan emosi dan kesihatan fizikal. Penjagaan screentime adalah satu bentuk disiplin yang dapat membantu membina asas ini.
Keburukan Screentime Berlebihan
Screentime berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif yang serius:
Masalah kesihatan seperti obesiti, gangguan tidur dan masalah mata.
Kemerosotan prestasi akademik akibat kurang tumpuan dan hilang minat belajar.
Kelemahan kemahiran sosial kerana kurang interaksi dunia nyata.
Masalah emosi seperti keresahan, kemurungan dan ketagihan digital.
Pendedahan kepada kandungan tidak sesuai, yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan nilai anak.
Tanpa kawalan, skrin bukan lagi alat pembelajaran tetapi menjadi ancaman senyap kepada kesejahteraan anak.
Tips Mengawal Screentime Anak
Mengurus screentime bukan bermakna melarang sepenuhnya, tetapi menetapkan sempadan yang jelas dan sihat. Antara langkah bijak yang boleh diambil:
Tetapkan jadual screentime harian – contohnya tidak melebihi 1-2 jam sehari bergantung pada umur.
Gunakan aplikasi kawalan ibu bapa untuk menapis kandungan dan menghadkan masa penggunaan.
Wujudkan zon bebas skrin, seperti meja makan dan bilik tidur.
Galakkan aktiviti fizikal dan interaksi dunia nyata, seperti bermain di luar atau membaca buku.
Jadi contoh yang baik – ibu bapa perlu menunjukkan corak penggunaan skrin yang seimbang.
Kepentingan Penjagaan Screentime Dalam Jangka Panjang
Pengurusan screentime yang bijak memberi kesan positif jangka panjang:
Membantu perkembangan mental dan sosial anak dengan lebih seimbang.
Menggalakkan pembentukan tabiat yang sihat, seperti tidur yang mencukupi dan gaya hidup aktif.
Meningkatkan keupayaan anak mengurus masa dan membuat pilihan yang bijak.
Mengurangkan risiko ketagihan skrin, yang semakin menjadi masalah global.
Anak yang dibimbing dengan baik akan lebih bersedia menghadapi dunia digital secara bertanggungjawab dan matang.
Peranan Ibu Bapa: Pemandu, Bukan Pengawal
Ibu bapa bukan sekadar pengawal masa skrin, tetapi pemandu arah digital anak-anak. Ini memerlukan:
Komunikasi terbuka tentang bahaya dan manfaat teknologi.
Menyediakan alternatif yang menyeronokkan selain skrin, seperti permainan kreatif atau aktiviti luar.
Menjadi rakan digital – bermain atau menonton bersama dan memberi panduan ketika perlu.
Sentiasa peka dan mengemaskini pengetahuan tentang trend digital dan aplikasi semasa.
Peranan ini memerlukan masa dan kesabaran, tetapi kesannya sangat besar dalam membentuk peribadi anak yang seimbang dalam dunia moden.
Penjagaan screentime bukanlah bermakna menolak teknologi, tetapi menggunakannya secara bijak dan bertanggungjawab. Dunia digital akan terus berkembang, tetapi anak-anak kita perlukan bimbingan untuk menavigasi ruang maya ini dengan selamat dan seimbang. Peranan ibu bapa dalam hal ini amat penting – bukan untuk mengawal sepenuhnya, tetapi untuk membimbing, menyokong dan menjadi contoh terbaik. Kerana masa depan mereka, bermula dengan apa yang kita bentuk hari ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kartun Doffy the Dog tular selepas Ustaz Elyas Ismail mendakwa ia menormalisasikan maksiat melalui adegan berbahaya. Ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dan menyeru pemantauan kandungan anak.