Banyak cabaran yang ditempuhi ibu bapa pada masa ini. Risau anak masih tak bercakap, ada yang nak kenal pasti anak ada autism dan lain-lain lagi. Masa ini anak mungkin alami kekeliruan bahasa dan ambil masa sebelum mula bercakap.
Semua ini boleh dinilai oleh ahli patologi pertuturan yang akan nasihat ibu bapa tentang apa yang perlu dilakukan.
Kanak-kanak biasanya mempunyai interaksi sosial, suka bermain dengan orang lain. Bagi kanak-kanak autism, satu perkara yang menonjol ialah kecenderungan mereka untuk suka bersendirian.
Mereka akan menghabiskan sepanjang hari menyusun blok bersendirian dan anda perlu mengganggunya supaya mereka boleh bagi tumpuan kepada perkara lain.
Ads
Bagi kanak-kanak biasa yang mengalami speech delay, mereka akan membuat gerak isyarat dan menunjuk sesuatu sebagai cara berkomunikasi. Manakala kanak-kanak autism tidak akan menggunakan gerak isyarat sedemikian untuk berkomunikasi.
Kanak-kanak usia 18 bulan hingga 2 tahun sepatutnya dah pandai meniru contohnya melambai, ‘bye bye’ atau bersalaman. Sekiranya anak masih belum capai perkara ni, jangan terlalu cepat untuk menilai; bawa mereka berjumpa guru berkeperluan khas atau ahli terapi carakerja supaya mereka boleh menilai anak anda dan memberi anda diagnosis yang lebih baik.
Ads
Sekiranya sudah disahkan menghidap autism, anda tak boleh berputus asa. Anda masih boleh berusaha untuk ajar mereka bercakap dengan mengadakan program intervensi yang melibatkan mainan dan terapi pertuturan.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Kelebihan bermain ‘cak’ dengan bayi, rangsang anak jadi bijak. Bermain dengan bayi bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mempunyai banyak manfaat untuk perkembangan mental dan emosi mereka. Salah satu permainan yang paling mudah tetapi sangat bermanfaat adalah permainan ‘cak’.
Permainan ini melibatkan menyorokkan muka dengan tangan atau objek lain dan kemudian menunjukkan muka semula sambil berkata “Cak!” atau “Peekaboo!” dalam bahasa Inggeris. Meskipun ia nampak sederhana, permainan ini mempunyai banyak kelebihan dalam merangsang perkembangan bayi.
1. Melatih Komunikasi Terawal
Senyuman dan ketawa adalah salah satu cara terawal manusia berhubung sesama sendiri. Ia bagaikan sebuah bahasa tanpa sempadan tidak mengira usia dan bangsa seseorang.
Tiada apa yang lebih menenangkan selain melihat senyuman si kecil, apatah lagi apabila mereka sudah mula bersuara dan ketawa. Memang riuhlah rumah dengan ketawanya yang comel!
Senyuman juga adalah tanda bayi dapat merespon terhadap persekitaran selain menjadi cara si kecil menunjukkan bahawa dia senang dengan kehadiran kita. Dengan senyumanlah juga hubungan boleh menjadi lebih erat.
2. Meningkatkan Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial bayi merupakan asas utama baginya dalam membentuk corak komunikasi yang positif. Selain berbual dan bernyanyi untuknya, bermain “cak” juga adalah medium untuk bayi belajar untuk mewujudkan hubungan sosial dengan orang lain.
Bermain “cak” dengan bayi memerlukan tumpuan sepenuhnya terutama sekali ‘eye contact’. Mungkin pada awal kelahiran, bayi menunjukkan kurang respon dan lebih mudah terkejut. Lama-kelamaan, dia mula belajar untuk mengagak apa yang berlaku.
Dengan sentiasa meluangkan masa dengannya, kemahiran komunikasinya juga akan berkembang dengan baik. Bayi juga lebih bijak dalam mentafsir dan meniru emosi yang ditunjukkan oleh orang sekeliling.
3. Mengajar Bayi Mengenal Diri & Persekitaran
Menurut pakar psikologi, bayi sering menganggap dirinya dan ibu sebagai seorang individu yang sama. Semakin kita kerap bermain “cak” disertai dengan senyuman dan sentuhan, dia semakin lama mengerti bahawa dia dan ibunya adalah dua orang yang berbeza.
Hal ini dapat disedari apabila bayi menyentuh ibunya, dan ibunya pula memberi tindakbalas selanjutnya; contohnya ketika bayi mula menyentuh bahagian mata atau menarik rambut ibu.
Bayi juga mula bijak membuat perbandingan antara dirinya dengan orang lain dan mula untuk mengingat persekitaran serta orang di sekelilingnya. Dengan kesedaran ini, dia lebih giat untuk meneroka persekitaran dan menjadi lebih lincah lagi sebaik dia sudah boleh bergerak ke sana ke mari.
4. Merangsang Deria Bayi
Permainan mudah juga memberi kesan positif pada perkembangan derianya; lebih-lebih lagi jika ramai yang meluangkan masa dengannya. Walaupun bayi baru lahir dilihat kurang merespon, sebenarnya mereka amat mudah diajak bermain “cak”. Hanya dengan hanya menggunakan tapak tangan dan ekspresi muka yang lucu, keseluruhan deria mereka dapat dirangsang.
Dengan rangsangan bunyi atau visual, rangsangan bayi boleh menjadi lebih tajam dan peka. Bila bayi semakin besar, anda boleh mempelbagaikan cara bermain permainan ini dengan mereka supaya lebih mencabar, contohnya bermain sembunyi-sembunyi.
5. Meningkatkan Kecerdasan Memori
Bayi yang baru lahir sering menganggap jika kita hilang dari pandangan, sentuhan, atau pendengarannya bermakna kita tiada dengannya. Sebab itulah bayi mudah menangis apabila ibu hilang daripada pandangan. Permainan sebegini mampu membantu mereka memahami konsep kehadiran seseorang atau objek.
Ini bermakna kebolehannya untuk menyimpan memori dan corak pemikirannya semakin berkembang. Semakin kita rajin bermain “cak” dengannya, mereka mampu memahami dan mengingat bahawa ibu masih ada dengan mereka. Oleh sebab itu, bayi yang baru lahir elok diperkenalkan dengan permainan sebegini.
Permainan ‘cak’ bukan sahaja mudah dan menyeronokkan, tetapi ia juga memberikan banyak manfaat kepada perkembangan mental, emosi, dan sosial bayi anda. Dengan hanya beberapa minit bermain setiap hari, anda boleh membantu merangsang perkembangan otak bayi dan membina asas yang kukuh untuk kemahiran yang lebih kompleks di masa hadapan.
Dengan meluangkan masa dengannya, bayi bukan sahaja dapat melatih rangsangan minda serta kemahiran sosial, malah dapat memupuk kasih sayang dan rasa prihatin. Jadi, jangan ragu-ragu untuk bermain ‘cak’ dengan bayi anda dan nikmati detik-detik berharga ini bersama mereka!
Orang Lain Nak Dapat, Tapi Dengan Mama Biar Kita Sederhana. Kasih Sayang Lagi Bernilai
Bukan Mama Papa Tak Sayang. Biarlah Kita Bersederhana.
“Selamat hari lahir my baby moleiq. 17 Jun. Bukan mama tak adil kerana meraikan kamu dalam keadaan yang sangat bersederhana tapi mama dan papa kamu sentiasa belajar, belajar bersyukur dengan apa adanya.
“Kurniaan kamu dalam keluarga Hanania sangat-sangat berharga dan dinantikan. Biar memori kasih sayang lebih terikat indah dalam ingatan bukan wang atau hadiah mahal yang jadi igauan.
“Kena belajar sedar diri, esok dah besar kamu dapat nilai sendiri keluarga adalah segalanya. Sayangi keluarga. Kasih sayang kekal abadi supaya tak menyesal kemudian hari kerana keluarga hilang tiada ganti.
“Menghormati mereka yang menerima kita seadanya kerana keluarga yang sebenar adalah yang menerima segala kekurangan kita dan bantu kita ketika kita leka dan lalai.
“Semoga kalian 5 beradik hidup dengan penuh kasih dan sayang hingga syurga abadi Aameen,” tulisnya.
Johan & Ozylnn tegas dengan anak
Apa yang boleh dipuji pasangan ini cara mereka mendidik anak cukup tegas. Walaupun orang kata anak artis, tetapi Johan dan Ozylnn tak beri lesen besar pada anak-anak.
Mungkin orang tengok Johan popular dengan identiti pelawak kerana selalu menghiburkan orang ramai, tetapi dia mengakui mempunyai personaliti berbeza mengikut keadaan.
Hakikatnya, beliau sememangnya tegas dalam membentuk anak-anaknya untuk masa depan mereka.
“Biarlah jika ada yang mempertikaikan tindakan saya dan isteri yang dikatakan tegas dalam mendidik anak-anak. Saya marah atau rotan mereka pun untuk kebaikan anak. Tidak guna untuk membentuk anak-anak apabila mereka sudah besar nanti.
Sumber: Ig jozlynnhanania
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada usia berapa bayi mula duduk? Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia 1 tindakan tidak wajar?
Bergelar ibu bapa, pastinya anda berasa bangga apabila melihat si manja mencapai tahap perkembangan yang baik.
Antara salah satu perkembangan yang dinantikan ibu bapa adalah untuk melihat anaknya dapat duduk dengan baik.
Tetapi adakah anda tahu bila bayi akan mula duduk dengan sendirinya?
Bila bayi mula duduk?
Umumnya, seorang bayi akan belajar untuk duduk pada sekitar usia 6 bulan.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah bagi sudah mula belajar untuk duduk seawal usia 4 dan 5 bulan.
Tapi ada juga bayi yang hanya mula belajar untuk duduk setelah usia 7 dan 8 bulan.
Ia adalah sesuatu yang normal. Ini kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza dan ada rentaknya yang tersendiri. Sebagai ibu bapa anda tidak boleh membandingkan mereka.
Namun, bagaimana pula jika ada ibu bapa yang mahu melatih bayi duduk, boleh ke?
Kemahiran diperlukan sebelum bayi mula duduk
Sebelum menjawab persoalan mengenai melatih bayi duduk, berikut adalah kemahiran yang diperlukan sebelum bayi mula duduk dengan sendirinya:
Sekitar usia 2 bulan
Si manja boleh mengangkat dan menahan kepalanya pada posisi 45° sambil meniarap untuk beberapa minit.
Sekitar usia 3 bulan
Pada usia ini, bayi sudah boleh mengangkat kepala dan dadanya pada posisi 45° sambil meniarap. Keadaan kepala si manja lebih stabil berbanding sebelumnya.
Sekitar usia 4 bulan
Bayi sudah dapat mengangkat kepalanya sehingga 90° sambil meniarap. Si kecil juga mungkin sudah mencuba untuk duduk dengan bantuan.
Sekitar usia 5 bulan
Pada tempoh ini, anak anda akan mula mengangkat keseluruhan badannya semasa sesi tummy time.
Si kecil juga sudah boleh berguling. Dengan sokongan, mereka juga akan dapat mengekalkan kestabilan kepala ketika duduk.
Sekitar usia 6 bulan
Si manja sudah boleh duduk dengan bantuan. Malahan mereka juga sudah mampu berguling ke kiri dan ke kanan.
Sekitar usia 7 bulan
Kebanyakan bayi boleh duduk sendiri tanpa sokongan. Bahkan si manja mungkin sudah boleh mengangkat bahagian atas badan mereka.
Sekitar usia 8 bulan
Sudah mampu untuk duduk tegak tanpa bantuan. Pada waktu ini, anak anda mungkin mampu menggerakkan bahagian atas badannya dengan mudah dan seimbang.
Jangan terkejut, jika si manja sudah cuba-cuba untuk berdiri dengan bantuan pula.
Cara untuk melatih bayi duduk
Sudah tentu anda boleh melatih bayi duduk. Namun ada caranya.
Tummy time
Penting untuk anda memberikan masa secukupnya untuk bayi melakukan tummy time.
Apabila si manja sudah boleh mengawal kepalanya, baringkan dia secara meniarap.
Pada permulaan, letakkan dia meniarap di atas pangkuan atau perut anda.
Setelah bayi sudah semakin kuat, biarkan dia untuk berbaring di permukaan yang selamat untuk tummy time.
Back time
Tummy time langkah penting untuk menguatkan leher dan otot bahagian atas badannya. Manakala back time dapat menguatkan otot abdomen, dada dan belakang badan.
Baringkan bayi secara menelentang dan berikan dia mainan. Anda mungkin dapat melihat anak cuba untuk berguling.
Pegang bayi dalam posisi lurus
Anda boleh melatih bayi duduk dengan meletakkan mereka dalam posisi duduk. Tetapi pastikan badan si manja diberikan sokongan sepenuhnya.
Bantuan tambahan
Anda boleh gunakan pelbagai alatan tambahan atau mainan untuk membantu si manja duduk.
Gunakan bantal sebagai pelapik ketika bayi duduk di atas ribaan anda. Berikan mainan di hadapan si manja dan bantu mereka mencapainya.
Posisi melatih bayi duduk
Terdapat beberapa posisi yang boleh dicuba untuk membolehkan bayi mula duduk sendiri:
Duduk di pangkuan
Biarkan bayi duduk di riba anda dan alihkan sokongan tangan daripada badan atas ke badan bawah. Gerakkan tangan anda daripada bahagian dada ke bahagian pinggul bawah si manja.
Posisi ini sesuai untuk bayi berumur 3 hingga 6 bulan.
Duduk di kerusi
Anda boleh gunakan kerusi untuk membolehkan bayi mula duduk. Kaedah ini sesuai untuk si manja yang sudah mula untuk duduk tetapi masih perlu melakukan kestabilan bahagian badan atas.
Duduk di lantai antara kaki
Sesuai untuk bayi berusia 4 hingga 5 bulan. Bayi akan mendapat sokongan daripada dada dan kaki anda.
Duduk di lantai dengan bantal
Letakkan bantal di sekitar bayi dan mainan di hadapan mereka. Biarkan dia mencapai mainan tersebut.
Posisi tripod
Biarkan bayi duduk dengan kedudukan kaki terpisah dan letakkan mainan pada jarak yang boleh dicapai.
Biarkan bayi menggunakan kekuatan bahagian belakang badannya untuk mencapai mainan tersebut. Sesuai untuk bayi berusia 4 hingga 6 bulan.
Duduk dalam bakul pakaian
Untuk melatih bayi duduk, letakkan mereka dalam bakul pakaian atau kotak. Ia membolehkan si manja mendapat sokongan kiri dan kanan.
Posisi cincin
Sesuai untuk bayi usia 6 hingga 8 bulan. Letakkan bayi duduk di lantai dengan kaki terbuka tetapi bertemu di tapak kaki.
Ada beberapa senaman yang boleh dilakukan untuk membolehkan bayi mula duduk tetapi jangan berlebihan.
Jika anda menyedari kadar perkembangan si manja terbantut atau perlahan, dapatkan pemeriksaan doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!