Dilation and curettage atau prosedur D&C adalah kaedah cuci rahim yang perlu dijalani oleh wanita selepas keguguran. Tetapi kenapa ia perlu dilakukan? Dalam artikel ini ada jawapannya.

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas Keguguran Kena Tahu!

Memahami prosedur D&C

Dilation and curettage, atau lebih dikenali dengan singkatan prosedur D&C adalah proses untuk membuang tisu dalam rahim. Dalam bahasa yang lebih mudah, cuci rahim, akan dilakukan doktor dengan melebarkan (dilation) menggunakan alat yang dipanggil curette.

Ini untuk mendiagnosis dan merawat keadaan rahim tertentu seperti pendarahan teruk.Ia juga dilakukan untuk membersihkan lapisan rahim selepas keguguran atau pengguguran terjadi. Untuk melakukan prosedur D&C, doktor akan menggunakan alat kecil atau ubat bagi membuka/melebarkan serviks – bahagian bawah dan sempit pada rahim. Kemudian alat pembedahan kuret (curette) untuk membuang tisu rahim.

Mengapa prosedur D&C perlu dilakukan?

Umumnya, prosedur ini dilakukan untuk mendiagnosis atau merawat keadaan rahim.

Doktor akan mengesyorkan jenis D&C yang dipanggil persampelan endometrium untuk mendiagnosis keadaan jika:

-Anda mengalami pendarahan rahim tidak normal
-Anda mengalami pendarahan selepas menopaus
-Doktor menemui sel-sel endometrium tidak normal semasa pemeriksaan rutin untuk kanser serviks
-Bagi melakukan ujian ini, doktor akan mengumpul sampel tisu daripada lapisan rahim (endometrium) dan menghantarnya ke makmal untuk ujian.

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas Keguguran Kena Tahu!

Ujian yang dilakukan dapat memeriksa keadaan seperti:

-Hiperplasia endometrium – keadaan prakanser di mana lapisan rahim menjadi terlalu tebal
-Polip rahim
-Kanser rahim

IKLAN

Semasa melakukan proses cuci rahim, doktor akan membuang seluruh kandungan daripada dalam rahim dan bukannya sekadar tisu sampel kecil.

Ia dilakukan untuk:

-Mengeluarkan tisu yang tertinggal pada rahim selepas keguguran atau pengguguran bagi mengelakkan jangkitan atau pendarahan berat
-Menyingkirkan kehamilan molar. Keadaan ini di mana tumor terbentuk di dalam rahim dan bukannya kehamilan normal
-Merawat pendarahan berlebihan selepas bersalin dengan mengeluarkan plasenta yang masih berada dalam rahim
-Menyingkirkan polip serviks atau rahim – ia biasanya tidak bersifat kanser (benign)

Doktor mungkin akan melakukan prosedur D&C ini bersama prosedur perubatan lain yang disebut histeroskopi. Semasa ia dijalankan, doktor akan memasukkan alat halus dengan cahaya dan kamera di hujung ke dalam faraj dan melalui serviks untuk sampai ke rahim.

Doktor akan melihat paparan lapisan rahim pada skrin dan mencatatkan kawasan yang kelihatan tidak normal, memastikan tiada polip dan mengambil sampel tisu jika diperlukan.

Ketika histeroskopi dilakukan, doktor juga akan membuang polip rahim dan tumor fibroid.

Risiko cuci rahim yang perlu diketahui

Selalunya, prosedur D&C adalah selamat dan jarang berlaku komplikasi. Walau bagaimanapun, terdapat risiko yang perlu anda ketahui.

IKLAN

Ini termasuk:

-Rahim berlubang
-Lubang pada rahim (perforation of the uterus) berlaku apabila alat kuret mencucuk lubang pada rahim. Situasi ini lebih kerap terjadi pada wanita yang baru hamil dan telah mengalami menopaus.

Kebanyakan lubang akan sembuh dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika saluran darah atau organ lain terjejas, prosedur kedua mungkin diperlukan untuk memulihkannya.

Kerosakan pada serviks

Sekiranya pangkal rahim terkoyak semasa prosedur D&C, doktor boleh memberikan tekanan atau ubat untuk menghentikan pendarahan. Selain itu, luka juga boleh ditutup dengan jahitan (sutures)

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas Keguguran Kena Tahu!

Parut tisu pada dinding rahim

IKLAN

Umumnya, rawatan D&C jarang sekali untuk menyebabkan pengembangan parut tisu pada rahim. Biasanya sindrom itu kerpa berlaku apabila prosedur D&C dilakukan selepas keguguran atau kelahiran.

Jika berlaku ia cenderung menyebabkan kitaran haid tidak normal, tidak mengalami pendarahan haid atau kitaran yang menyakitkan. Di samping itu, wujud risiko keguguran dan kemandulan pada masa akan datang.

Jangkitan

Terdapat kemungkinan untuk berlaku jangkitan selepas proses cuci rahim, tetapi ia keadaan yang jarang terjadi.

Anda disarankan untuk berjumpa doktor dengan segera jika selepas rawatan prosedur D&C anda mengalami keadaan seperti:

-Pendarahan faraj cukup berat sehingga anda perlu menukar pad setiap jam
-Demam
-Kekejangan berlangsung lebih dari 48 jam
-Kesakitan yang semakin teruk, bukannya lebih baik
-Pelepasan berbau busuk dari faraj
-cuci rahim
-Jangkaan selepas D&C
-Jika anda berasa letih dan mengalami kekejangan ringan selama satu atau dua hari selepas prosedur, ia adalah situasi normal.

Pendarahan ringan adalah biasa selepas prosedur D&C, jadi anda mungkin mahu memakai pad. Elak daripada menggunakan tampon kerana boleh menyebabkan jangkitan.

Walaupun tidak selesa, anda disarankan untuk bangun dan bergerak secepat mungkin. Ini akan menjadikan otot kuat dan membantu mengelakkan pembekuan darah terbentuk pada kaki.

Anda seharusnya dapat meneruskan sebahagian besar rutin harian 1 atau 2 hari selepas prosedur. Walau bagaimanapun, doktor akan meminta anda untuk tidak menggunakan tab mandi, meruang faraj, atau melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 3 hari dan mungkin lebih lama lagi.

Sumber: Hello Doktor

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas Keguguran Kena Tahu!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI