Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kanak-kanak mengalami batasan pergerakan di dalam rumah. Ibu ayah kena wujudkan satu ruang baru untuk anak bermain kerana ia penting untuk perkembangan mereka.

Kenapa pentingnya ada ruang bermain di dalam rumah? Dalam tumbesaran kanak-kanak, bermain dan mengeksplorasi dunia sekeliling mempunyai kesan penting pada perkembangan kemahiran komunikasi, bahasa, kreativiti, sensori, motorik, kognitif, moral, etika dan karektor anak.

Ini Sebabnya Penting Wujudkan Ruang Bermain Dalam Rumah Yang Mesra Kanak-Kanak

Ruang bermain & warna bantu anak belajar

Jadi dalam persekitaran yang agak terbatas sepanjang tempoh PKP,  ibu ayah kena berusaha  mencipta ruang baru atau ruang bermain mesra kanak-kanak dengan melakukan perubahan ruang untuk si kecil bermain di dalam rumah.

Ini Sebabnya Penting Wujudkan Ruang Bermain Dalam Rumah Yang Mesra Kanak-Kanak

Bagaimanapun ia bergantung kepada saiz rumah masing-masing, ruang tersebut tak perlu terlalu besar tetapi memadai ianya satu ruang yang selamat untuk si kecil meneroka dunia bermainnya, memiliki pencahayaan yang bagus, peralatan bermain yang selamat serta pemilihan warna yang bersesuaian untuk anak kecil.

Warna memberi pengaruh dalam perkembangan kanak-kanak. Jadi perlu fokus pada pemiliihan warna-warna pastel dan produk yang membantu mencipta persekitaran lebih baik untuk kanak-kanak. Berikut antara sebab mengapa pemilihan warna penting dalam kehidupan kanak-kanak.

Ini Sebabnya Penting Wujudkan Ruang Bermain Dalam Rumah Yang Mesra Kanak-Kanak

IKLAN

–   Kanak-kanak belajar perkara pertama daripada warna.

–   Warna juga menjadi salah satu cara komunikasi awal dengan anak.

–   Merangsang perkembangan bahasa & kreativiti anak.

–   Pilihan warna untuk bilik anak dan persekitaran rumah juga memainkan peranan penting membentuk karektor anak.

Aktiviti bonding sekeluarga

Mengecat sudut atau ruang khas untuk anak bermain boleh menjadi aktiviti menyeronokkan sekeluarga ketika PKP. Selain rumah menjadi lebih menarik dengan suasana baru, ia juga mencipta bonding anda sekeluarga.

IKLAN

Dengan inovasi terbaharu jenama cat dipercayai ramai, Nippon Paint bukan sekadar cat biasa. Ia bukan hanya untuk mengecat dinding rumah sahaja tetapi lebih daripada itu.Ia berfungsi untuk semua permukaan kediaman dan objek dalam rumah termasuk lantai, peralatan rumah termasuk kerusi, meja, kaca, pasu dan pelbagai lagi.

Jadinya anda bebas untuk mencipta Ruang Baru yang ideal mengikut cita rasa masing-masing. Tunggu apa lagi, mulakan hari ini untuk mencipta ruang baru bagi si kecil kesayangan dan ahli keluarga lain.

Ini Sebabnya Penting Wujudkan Ruang Bermain Dalam Rumah Yang Mesra Kanak-Kanak

Antara ciri-ciri penting yang anda kena tahu kenapa mesti memilih cat Nippon Paint iaitu ia kalis air, mempunyai pelbagai pilihan warna, sistem salutan yang selamat, memberi inspirasi melalui ciptaan dan reka bentuk kreatif, kualiti cat yang tahan untuk jangka masa lama, melindungi kesejahteraan ahli keluarga menerusi solusi inovatifnya, menawarkan jarak yang meluas untuk mengecat mana-mana permukaan, mempunyai kandungan seimbang antara mengecat barangan harian (pasu bunga, pinggan, kerusi, meja dan lain-lain) vs barangan unik (piano, komputer riba, layang-layang dan lain-lain lagi)

Nippon Paint juga mengutamakan nilai kesejahteraan  atau  ‘Wellness’ pada penggunanya kerana mempunyai ciri-ciri berikut:

VirusGuard adalah cat bio-proof yang mesra alam sekitar dan berinovasi tinggi kerana mengutamakan kebersihan dan kesihatan. Produk ini diformulasi khusus mempunyai prestasi anti-virus dan anti-bakteria. Ia berkesan menghalang Virus Influenza A (H1N1) yang menyebabkan selesema dan Coxsackievirus A16 yang menyebabkan penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD). Selain dari itu, ia juga berkesan menghalang bermacam jenis bakteria seperti E.Coli, MRSA, Staphylococcus Aureus.

IKLAN

Wood (Varnish) = Hydro Wood

Hydro Wood adalah produk acrylic tulen  berasaskan air. Ia merupakan produk yang memelihara kehijauan alam sekitar diformulasi dengan VOC (Volatile Organic Compound) yang rendah untuk permukaan kayu dalaman serta membantu meningkatkan kecantikan tekstur permukaan kayu.

Wood & Metal = Hydro Finish

Hydro Finish diformulasi dengan resin bebas pelarut untuk menghadkan pencemaran udara dan mempunyai bau yang sangat rendah ketika mengecat dan mengering. Cat ini lebih pantas mongering dibandingkan dengan cat berasaskan pelarut, ia boleh dicat semula dalam masa sehari.

Mengecat rumah boleh menjadi aktiviti menyeronokkan bersama keluarga. Jom nyanyi bersama dengan lagu Nippon Paint Ruang Baru untuk membangkitkan semangat positif ketika mengecat rumah anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk berinovasi ini layari ke www.nipponpaint.com.my/ruangbaru

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI