Mendapat sokongan daripada isteri tersayang adalah salah satu kunci dalam kehidupan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Pelakon Nadzmi Adhwa sangat terharu apabila isterinya Ardell Aryana menghadiahkan sebuah komputer untuknya sebagai tanda sokongan buat Nadzmi yang akan melanjutkan pelajaran ke peringakat Ijazah Sarjana atau Master.
Nadzmi dalam postingnya di Instagram berjanji akan lakukan yang terbaik dan menanam niat untuk ke peringkat tertinggi seterusnya iaitu PHD.
“Balik balik je dia tinggalkan nota kecik atas meja.
“Terima kasih sebab selalu support saya in everything. Dia (Ardell) kata dia dengan Urwa (anak) peminat number satu saya.
“Insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk sambung Master ni. Kalau ada rezeki sampai PHD Insyaallah!
IKLAN
“Kawan baik saya tahu segalanya tentang saya, dari dulu sampai sekarang. Kawan baik saya ialah isteri saya. Saya sayang awak isteri,” katanya.
Nadzmi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video rakaman menunjukkan computer yang dimiliki dan sekeping nota.
Dalam nota tersebut tertulis, “This is for you! Saya dan Urwa support awak sambung belajar,”
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan agar urusannya untuk sambung belajar dipermudahkan.
Terdahulu, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu.
IKLAN
Urwa selamat dilahirkan pada 5 June 2020, jam 2.22.22.
Sumber: Gempak & Ig Nadzmi Adhwa
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Benarlah kata orang, kelahiran cahaya mata buat hidup kita ceria dan bahagia. Inilah yang sedang dilalui oleh hero Malaya, Remy Ishak.
Selepas kehadiran Tuah Alam dalam hidupnya dan isteri, akui Remy hidupnya kini banyak berubah.
Jika dulu dia pernah rasa kesunyian dan kosong selepas arwah bapanya pergi, kini kekosongan hati itu sudah mula diisi selepas mendirikan rumah tangga.
Tambah bahagia kata Remy, selepas lahirnya cahaya mata permatanya, Tuah Alam yang kini berusia empat bulan.
“Ada satu waktu dalam hidup, aku rasa kosong.
“Lepas arwah ayah pergi tinggalkan dunia, bertambah kosong rasanya hidup & jiwa aku. Tapi bila Tuah lahir semuanya berubah.
“In shaa Allah, ‘ll be the very best version of me as a father. Ayah sayang Tuah,” kongsinya menerusi akaun Tik Toknya.
Menerusi perkongsian video yang sama, Remy turut memuat naik beberapa keping gambar dan momen bersama Tuah ketika di awal kelahirannya sehingga kini berusia empat bulan.
Wajah lembut dan redup Tuah Alam, gabungan wajah ibu dan ayahnya ini memang cukup comel.
Terdahulu, Tuah Alam selamat dilahirkan pada 27 Julai yang lalu.
@remyishaktiktokada satu waktu dalam hidup, aku rasa kosong, lepas arwah ayah pergi tinggalkan dunia, bertambah kosong rasanya hidup & jiwa aku. Tapi bila Tuah lahir semuanya berubah. In shaa Allah, ‘ll be the very best version of me as a father. Ayah sayang Tuah.♬ original sound – 🎧 Lirik Pendek ✅
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Lagi beberapa minggu, sesi persekolahan penggal baharu bakal dibuka dan pelajar akan memulakan sesi pembelajaran mereka di sekolah. Bagaimanapun, kebimbangan ibu bapa sebelum ini mengenai isu beg berat ke sekolah telah pun mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Terbaru dalam perkongsian di Twitter Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, akhirnya beliau memberi satu berita gembira, isu beg berat ke sekolah oleh anak-anak bakal berakhir dengan beberapa pelaksanaan akan dilakukan.
[TERKINI]
Selepas hampir 40 tahun isu beg berat murid ke sekolah:
1. Kepada sekolah 2 sesi; KPM akan menyediakan lokar untuk murid di Sekolah bermula tahun ini.
2. Penyusunan semula jadual waktu sekolah murid yg mengandungi 3 hingga 4 matapelajaran sehari.
Selepas hampir 40 tahun isu beg berat murid ke sekolah:
1. Kepada sekolah 2 sesi; KPM akan menyediakan lokar untuk murid di Sekolah bermula tahun ini.
2. Penyusunan semula jadual waktu sekolah murid yang mengandungi 3 hingga 4 mata pelajaran sehari.
Dalam masa sama, inisiatif ini juga dipercayai lebih memudahkan mereka untuk menjalani sesi pembelajaran di sekolah kelak. Justeru, berikut di bawah ialah tujuh inisiatif KPM bagi isu beg sekolah berat.
7 inisiatif KPM sebagai solusi bagi isu beg berat:
1. Penyediaan Lokar
KPM akan menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa. Fasa I akan melibatkan penyediaan lokar untuk murid Tahap I, iaitu Tahun I, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan ini akan melibatkan 10,662 kelas dengan 323,186 orang murid. Jumlah anggaran peruntukan tahun 2022 untuk Fasa 1 adalah sebanyak RM37.3 juta.
Bagi Fasa 2 pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid Tahap 2, iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan dijangka pada tahun 2023.
Bagi sekolah satu sesi pula, murid akan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing.
2. Penyusunan Semula Jadual Waktu
Melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.
Di samping itu, sekolah akan diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan oleh sebilangan sekolah bawah KPM.
3. Buku Latihan
Bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu satu masa. Setiap buku latihan hendaklah tidak melebihi 80 muka surat.
4. Buku Aktiviti dan Buku Kerja
Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP).
5. Buku Teks Digital
Penerbitan baharu buku teks dalam format digital secara berterusan. Sehingga kini, sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Murid yang mempunyai peranti boleh mengakses buku teks digital melalui pelantar DELIMa.
6. Pendekatan PdP
Guru digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.
7. Kerjasama Dengan JAKIM
Kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) juga diadakan dari aspek penyelarasan uniform agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA.
Diharapkan dengan inisiatif ini, ibu bapa boleh menarik nafas lega dan murid tidak perlu dibebankan lagi dengan isu beg sekolah berat.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba merayu kepada orang ramai yang mendapatkan rawatan di pusat kesihatan supaya bersikap jujur.
Beliau mengingatkan mereka supaya tidak menyembunyikan sejarah perjalanan ke luar negara atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif COVID-19.
“Saya merayu kepada semua yang datang mendapatkan rawatan di semua fasiliti kesihatan untuk bersikap jujur.
“Jangan sembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara atau sekiranya anda merupakan kontak terdekat kepada pesakit positif COVID-19,” katanya menerusi status di Facebook rasminya.
Dr Adham berkata, mereka yang mempunyai gejala, perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat terlebih dahulu bagi mengetahui pusat kesihatan yang harus dikunjungi.
Katanya, pegawai kesihatan terpaksa membuang masa membersihkan sebuah Jabatan Pesakit Luar di pusat kesihatan selepas mendapati seorang pesakit yang mendapatkan rawatan disahkan positif COVID-19.
“Masa yang sepatutnya digunakan untuk merawat pesakit terbuang untuk hal sebegini. Lebih malang lagi, ketika ini terdapat 12 petugas kesihatan didapati positif virus COVID-19.
“Seorang mereka kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Bantulah kami untuk membantu anda,” katanya.