Ads

Intan Najuwa Raikan Ulang Tahun Pertama Anak, Luahan Ibu Ini Undang Sebak

Intan Najuwa

Pelakon Datin Intan Najuwa menzahirkan rasa syukur dan bahagia atas kehadiran puteri sulungnya, Imane Lunara, yang kini genap berusia setahun. Detik istimewa itu diraikan penuh emosi apabila Intan berkongsi luahan hati menyentuh perasaan tentang perjalanan setahun bergelar ibu, satu fasa yang disifatkannya sebagai pengalaman paling berharga dalam hidup.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid mengakui setiap detik bersama anak kecilnya itu membawa makna besar dan mengubah seluruh kehidupannya bersama suami tercinta.

“Happy Birthday Lunara! Kepada cinta kecil pertamaku, ‘mini-me’ ku, sahabat baikku. Hari ini genap usiamu satu tahun, dan mommy masih tidak mengerti bagaimana masa berlalu begitu pantas namun mengubah hidup kami sepenuhnya,” tulisnya.

Menurut pelakon drama Racun Rihanna itu lagi, detik pertama memegang Lunara masih segar dalam ingatan. Saat itu menjadi titik perubahan terbesar dalam hidupnya sebagai seorang wanita.

Intan Najuwa Raikan Ulang Tahun Pertama Anak, Luahan Ibu Ini Undang Sebak

“Terasa seperti baru semalam mommy memegangmu buat kali pertama dan pada saat itu, seluruh dunia mommy berubah selamanya.”

Anak, Cinta Yang Menulis Semula Kehidupan

Intan turut berkongsi bagaimana kehadiran Lunara memberi makna baharu dalam rumah tangganya bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman. Anak kecil itu bukan sahaja melengkapkan keluarga mereka, malah menjadi sumber kebahagiaan yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini.

“Imane Lunara, kamulah cinta yang telah menulis semula kehidupan kami. Kamu mengisi hari-hari kami dengan makna, hati kami dengan kehangatan dan jiwa kami dengan kebahagiaan yang tidak pernah kami tahu wujud sebelum ini,” luahnya jujur.

Ads

Setiap senyuman dan tawa Lunara, kata Intan, cukup untuk melembutkan hati yang lelah dan menjadi peringatan bahawa cinta adalah anugerah teragung daripada Tuhan. Dalam diam, Intan Najuwa membuktikan bahawa peranan seorang ibu bukan sekadar menjaga, tetapi membesarkan dengan penuh jiwa dan kasih.

Kasih Ayah Yang Tidak Terucap

Lebih menyentuh hati, Intan turut berkongsi mengenai kasih sayang mendalam suaminya terhadap Lunara, malah sejak sebelum anak itu dilahirkan.

“Dan buat gadis manisku, ayahmu… Dia jatuh cinta denganmu jauh sebelum dia memegangmu,” tulisnya.

Ads

Menurut Intan, sejak detik pertama melihat Lunara, suaminya terus menjadikan puteri kecil itu sebagai kebanggaan terbesar dan tempat paling selamat di hatinya. Bagi seorang ayah, Lunara akan sentiasa menjadi gadis kecilnya, selamanya.

Intan Najuwa Raikan Ulang Tahun Pertama Anak, Luahan Ibu Ini Undang Sebak

Penghormatan Terbesar Bergelar Ibu Bapa

Menutup luahan penuh emosi itu, Intan menyifatkan peluang menjadi ibu bapa kepada Lunara sebagai satu penghormatan terbesar dalam hidup mereka.

Ads

“Kamu menukar rumah kami menjadi sebuah ‘rumah’, hari-hari kami menjadi lebih bertujuan dan hati kami menjadi sesuatu yang lebih penuh daripada yang pernah kami bayangkan,” kongsinya.

“Menjadi ibu bapamu adalah penghormatan terbesar kami, dan menyayangimu akan sentiasa menjadi perkara paling mudah yang kami lakukan.”

Untuk rekod, Intan Najuwa sah bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023, dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Imane Lunara, pada 15 Disember tahun lalu.

Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama, Lunara. Semoga membesar menjadi anak yang sihat, disayangi dan terus menjadi cahaya dalam kehidupan mommy dan daddy. Kisah Intan Najuwa ini juga menjadi peringatan indah buat semua ibu ayah bahawa setiap detik bersama anak, walau singkat, adalah kenangan yang tidak ternilai.

Posting di IG

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

“Daddy Is Proud Of You”: Anak Cemerlang Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa,...

Perkongsian Dr Sheikh Muszaphar tentang “Daddy Is Proud of You” menyentuh hati ramai ibu bapa. Ia bukan sekadar kisah kejayaan anak-anak, tetapi refleksi mendalam tentang pentingnya kehadiran ibu bapa dalam membentuk keyakinan dan keseimbangan hidup anak.