Selepas melahirkan anak pertamanya pada 15 Disember lalu, pelakon cantik, Intan Najuwa meluahkan hasratnya untuk memiliki bayi lelaki pula.
Intan berkongsi hasrat itu menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, baru-baru ini.
Aktres berusia 27 tahun itu berkata, dia tidak serik untuk melalui sekali lagi proses bersalin meskipun pada awalnya pernah berjanji tidak mahu melaluinya lagi.
“Sebenarnya saya pernah cakap yang saya tak mahu beranak lagi, tetapi sekarang saya sudah okay jadi rasanya boleh lagi (hamil).
Ads
“Saya nak lagi seorang, kalau boleh nak anak lelaki,” katanya.
Tambah Intan lagi, selepas pulih bersalin dia kini sudah mula menyimpan hasrat untuk memiliki anak lelaki pula.
Ads
“Semasa keluar dari bilik pembedahan dulu saya dah berjanji dengan diri sendiri, tak nak beranak lagi dan berkata kepada suami, ‘sayang, saya tak nak lalui dah, sakit kena spinal lima kali.’
“Lepas dah hilang sakit, nak baby boy lah lagi satu..last.
Ads
“Itulah perempuan tak serik-serik, sebab dah lupa sakit macam mana,” katanya lagi.
“Teringat lebih daripada teringat, dua tiga hari tidak mahu makan dan minum susu. Dia berlari ke dapur mencari ibunya lepas itu menangis kerana tidak jumpa.”
Demikian ujar seorang jurutera kilang di Alor Gajah, Melaka, Mohd. Hasbullah Mohamed Yasin, 32, menceritakan keadaan anak perempuan sulungnya, Nurul Huwaina Arissa berusia setahun empat bulan selepas kehilangan ibu dua minggu lalu.
Lebih menyedihkan, wanita itu, Nurul Shuhadat Mohd. Daud, 32, seorang ustazah dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Melaka meninggal dunia semasa melahirkan anak keduanya, Muhammad Hayyan di Hospital Besar Melaka.
Bayi lelaki tersebut selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.17 kilogram pada pukul 12.21 tengah malam pada 22 Disember lalu.
Mohd. Hasbullah berkata, selepas kejadian tersebut, anaknya, Nurul Huwaina Arissa begitu merindui arwah isterinya yang mesra dengan panggilan ‘mama’.
“Nurul Huwaina memang rapat dengan ibunya. Setiap malam dia akan tidur berpelukan dengan arwah isteri. Dia masih kurang mengerti bahawa ibunya sudah pergi buat selama-lamanya. Dua ke tiga hari selepas ibunya meninggal dia tidak lalu makan dan minum susu.
“Dia berlari ke dapur mencari ibunya, melihat ke kerusi yang selalu ibunya duduk tetapi tidak berjumpa. Selepas itu dia akan menangis kerana tidak jumpa. Malah, apabila terjaga pada tengah malam dia akan memanggil mamanya,” katanya ketika ditemui di Kampung Kebakat.
Menceritakan semula detik tersebut, Mohd. Hasbullah berkata, keadaan isterinya stabil selepas melahirkan zuriat mereka dan arwah beriya-iya mahu memberikan nama kepada bayi lelaki itu.
“Saya sempat azan dan iqamat di telinga anak kedua kami sebelum doktor mengarahkan saya keluar untuk prosedur seterusnya. Kira-kira pukul 2 pagi, pihak hospital memaklumkan keadaannya stabil dan perlukan rehat.
“Kira-kira pukul 3 dia koma dan terus tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia. Doktor memberitahu punca kejadian berpunca daripada darah beku menyerang paru-parunya,” ujarnya tenang.
Jenazah isterinya dibawa pulang ke kampung halaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Selehor, Kok Pasir di sini.
Katanya, dia kini bercadang untuk mencari kerja di Kelantan selepas ini bagi memastikan kedua-dua anaknya mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya semasa membesar.
“Isteri ini jodoh yang baik dengan saya, dia amat mengambil berat tentang saya. Sifat penyayangnya itu terhadap keluarga ini akan sentiasa dirindui. Dia pergi dalam keadaan mengejut namun saya tetap reda.
“Ini dugaan ketiga buat keluarga saya, pada Mac tahun lalu bapa saya, Mohamed Yasin Mohamed meninggal dunia diikuti kakak sulung, Norhayati pada Ogos lalu meninggal akibat demam denggi berdarah di Hospital Selayang,” katanya.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, kematian Nurul Shuhadat itu kerana melahirkan anak tergolong dalam golongan syahid kecil.
Beliau berkata, mati syahid ini menurut Islam terbahagi kepada dua iaitu syahid besar dan syahid kecil manakala kaum wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anak termasuk dalam kalangan para syuhada.
“Bukan sahaja wanita meninggal dunia semasa melahirkan, malah mati lemas, kemalangan, mati dalam kebakaran juga dianggap sebagai syahid kecil.
“Cumanya jenazah mereka yang syahid kecil ini perlu diuruskan seperti biasa berbeza dengan golongan yang gugur di medan perang ketika berjuang membela Islam (syahid besar),” katanya ketika dihubungi.
Sumber & Gambar: Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adik dan abang berkongsi tarikh lahir sama. Rezeki 29 Julai! Itu kegembiraan dan rasa syukur yang diluahkan oleh Nur Nabila Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz yang selamat melahirkan anak keempatnya hari ini.
Kebetulan pula tarikh 29 Julai adalah tarikh lahir anak ketiga Bellaz, Muhammad Aisy Ean Yusuf.
Berita gembira itu dikongsi di laman instagramnya dengan mengucapkan Allahuakbar dan alhamdulillah atas kelahiran anak perempuan kedua daripada empat beradik.
“Sedap & unik namanya..”
Dalam perkongsian itu juga, Bellaz turut berkongsi nama bayi perempuannya, Nur Aisywara Nealofa dan ramai yang memuji pemilihan nama tersebut.
Walaupun baru nampak sipi-sipi saja wajah Nur Aisywara Nealofa, tetapi ramai yang boleh agak wajahnya iras Bellaz dan kakak sulungnya. Ibu ayah elok, mesti anak pun lawa kan! Lagipun Bellaz juga ada kacukan Turki-Melayu.
“Merahnya bibir dia..”
Terdahulu, MUA Bellaz mempunyai tiga orang cahaya mata, Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhali dan Ean Yusuf.
Meroyan atau postpartum depression tidak boleh dipandang ringan. Ibu yang mengalaminya boleh tergamak mengelar leher anak sendiri.
Bayi berusia 5 hari, menjadi mangsa ibunya yang sedang bergelut dengan kemurungan selepas bersalin. Hiralbahen Bhavsar, 29 bertindak mengelar leher dan lengan bayinya dengan pisau.
Dia yang telah ditahan pihak berkuasa sebelum itu telah menghubungi polis dan memberitahu mengalami sakit dada dan suami, Jaymin cuba untuk membunuhnya. Bagaimana pun, ahli keluarga yang lain menafikan penglibatan suaminya dalam cubaan membunuh.
Di saat lelaki itu digari polis, kemudian Hiralbahen keluar dari bilik tidur dan mengakui “Bukan, bukan dia yang membunuh. Saya yang membunuh. Saya telah membunuh anak saya.”
BAYI DITEMUI DENGAN KESAN KELAR PADA LEHER DAN LENGAN
Dalam siasatan yang dijalankan, polis menjumpai mayat bayi di dalam bilik dengan kesan kelar pada leher dan lengan. Apabila ditanya mengapa membunuh anak sendiri, dia menjawab dia tidak mahukan bayi itu dan ambil keputusan untuk membunuhnya.
AMBIL ‘SESUATU’ DARI DAPUR & KEMBALI KE BILIK
Suami Hiralbahen, Jaymin memberitahu polis, isterinya itu telah membawa bayi mereka yang menangis ke bilik semasa dia sekeluarga menikmati makan malam. Bagaimana pun, dia melihat isterinya keluar dari bilik yang terletak di bahagian hadapan rumah itu tanpa bayi mereka, mengambil sesuatu daripada dapur dan kembali ke bilik berkenaan.
Apa yang ‘menyeramkan’ beberapa jam sebelum bertindak mengelar si kecil, Hiralbahen telah memuatnaik gambarnya bersama anak dan suami di FB. Bagaimana pun, gambar berkenaan telah pun dipadamkan.
ORANG SEKELILING TIDAK MENYANGKA IBU ALAMI MEROYAN
Jiran-jiran keluarga ini tidak menyangka Hiralbahen menderita postpartum depression atau meroyan kerana dia kelihatan normal dan berkelakuan seperti biasa. Seorang ibu yang sihat tidak akan berbuat demikian kepada anak sendiri.
Ibu ini telah pun didakwa dengan kesalahan membuh dan pemilikan senjata untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
Pa&Ma ingin berkongsi info mengenai post partum depression atau meroyan yang terjadi kepada ibu selepas bersalin. Ibu sendiri, suami dan ahli keluarga perlu peka keadaan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...