Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Tidak subur pada lelaki menjadi sebab masalah untuk mendapatkan cahaya mata. Bila gagal hamil, jangan hanya ingat ia berpunca daripada wanita sahaja!
Masalah kesuburan pada lelaki merangkamu kegagalannya untuk menghasilkan sperma yang berkualiti pada kuantiti yang kuantiti tertentu. Selalunya ia disahkan oleh doktor setelah meneliti keputusan analisis sperma yang dilakukan di makmal.
Menurut Dato’ Dr Hamid Arshad melalui video di Facebook beliau, lelaki yang mempunyai masalah sperma selalunya berpunca daripada benihnya kurang aktif dan abnormal. 20-30 peratus masalah kesuburan ialah berpunca daripada lelaki. Video ini menerima tontonan lebih daripada 36 ribu.
Beliau telah mencadangkan 10 langkah yang boleh membantu meningkatkan kualiti sperma lelaki dan mencetuskan kehamilan. Antaranya ialah;
#1 KURANGKAN STRES
Apa langkah-langkah yang boleh diambil ialah secara amnya mengurangkan stres, merehatkan fizikal dan mental kerana ia boleh mengganggu penghasilan sperma.
#2 LEBIH REHAT & TIDUR AWAL
Amalkan tidur awal dan elakkan menonton televisyen sehingga lewat malam.
#3 JAGA PEMAKANAN
Makan makanan yang elok, berkhasiat dan berzat.
#4 KURANGKAN/ BERHENTI MEROKOK
#5 KURANGKAN KAFEIN
Elakkan minum kopi berlebihan dan minuman soda yang terlalu banyak kafein dan gula.
Dr Hamid juga berkongsi info yang menerangkan penghasilan sperma bagi lelaki. Penghasilannya sentiasa berubah dan sekiranya dikeluarkan, ia dihasilkan semula dalam masa 24 jam dan 48 jam untuk mempunyai kebolehan dan aktif untuk bercantum dengan ovum (sel telur pada wanita).
#6 ELAKKAN KEPANASAN
Kepanasan atau heat, jika anda bekerja dalam suasana yang terlalu panas, badan menjadi panas dan penghasilan benih juga menjadi berkurangan. Menggunakan komputer riba dengan meletakkannya di atas riba juga boleh menyebabkan gangguan kepada penghasilan sperma kerana haba yang dihasilkan oleh komputer tadi. Elakkan amalan ini jika mahu penghasilan benih dipertingkatkan.
#7 SELUAR KETAT
Pemakaian seluar dan seluar dalam terlalu ketat juga boleh mengganggu penghasilan sperma. Ini kerana apabila memakai pakaian ketat, testis akan melekat pada badan dan menyebabkan suhu menjadi panas. Dr Hamid menyarankan pemakaian seluar dalam jenis boxer supaya testis tidak melekat pada badan.
#8 MENYEJUKKAN TESTIS
Ia khususnya dilakukan pada hari isteri subur iaitu hari ke-12 hingga 20. Anda boleh meletakkan pek ais di bawah testis untuk menyejukkan pada sebelah petang, selepas solat Asar selama 30 hingga 40 minit.
Penyejukan ini akan meningkatkan penghasilan sperma dan pada sebelah malam boleh bersama dengan isteri ini meningkatkan peluang kehamilan.
#9 AMBIL SUPLEMEN
Ambil suplemen seperti vitamin seperti vitamin E dan asid folik.
#10 ELOK DIAMALKAN 2 MAKANAN INI
Madu dan telur amat disarankan bagi lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.
Sikit panduan bagi lelaki Yang kurang subur. Benih kurang bilangan, kurang aktif dan abnormal. Cuba ikut tips ini.
Untuk hamil, sebaik-baiknya ibu-ibu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Sekiranya baru bersalin, pastikan tubuh pulih sepenuhnya dan menyusukan bayi. Doktor Muhammad Izzat menerangkan mengenai menggunakan kaedah perancangan keluarga untuk menjarakkan kehamilan dan jenis-jenisnya.
Apabila seorang ibu hamil, ia bermakna tubuhnya akan bekerja keras untuk menyokong perkembangan janin. Sekiranya tidak bersedia dari segi mental dan fizikal, maka ia mungkin boleh menggugat proses kehamilan dan meningkatkan risiko pelbagai komplikasi.
Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi info mengenai kaedah merancang keluarga yang boleh digunakan untuk menjarakkan kehamilan.
Perancangan keluarga perlu bagi setiap pasangan supaya setiap kehamilan itu dihargai. Perancangan keluarga perlu untuk menjarakkan anak, supaya ibu dapat pulih sepenuhnya.
Sekiranya ada luka jahit sewaktu bersalin, luka dapat pulih dengan sempurna. Ia juga dapat menggalakkan penyusuan susu ibu yang lebih lama dan menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Pastikan anda betul-betul bersedia untuk hamil lagi, bukannya hamil secara ‘tidak sengaja’
Kebanyakan wanita keliru dengan kaedah untuk merancang keluarga. Sekiranya ujian air kencing menunjukkan positif hamil, sudah terlambat untuk melakukan kaedah perancangan keluarga.
Setiap keluarga berhak mempunyai bilangan anak yang mereka idamkan, tetapi jarak diantara satu anak dengan anak yang lain boleh dirancang dengan menggunakan kaedah-kaedah perancang keluarga
Berikut, merupakan antara kaedah yang boleh digunakan. Sila pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan.
Anda boleh gunakan kaedah-kaedah pencegah kehamilan berikut ketika anda masih menyusukan bayi:
Kondom adalah kaedah yang paling mudah digunakan, samada anda masih menyusu badan ataupun tidak. Kondom untuk wanita diletakkan di dalam faraj sebelum melakukan hubungan kelamin. Kondom untuk wanita mungkin tidak begitu selesa berbanding kondom untuk lelaki. Jika digunakan dengan betul, kondom untuk lelaki adalah 98 peratus berkesan dan kondom untuk wanita 95 peratus berkesan.
Anda mungkin dapati faraj anda sedikit kering selepas bersalin. Jika anda mahu bersama suami tetapi rasa kurang selesa kerana kekeringan, cuba gunakan jel pelincir. Jeli ini haruslah larut air (water-based) supaya ia tidak membocorkan kondom.
Anda boleh guna pil mini jika anda masih menyusukan bayi kerana ia tidak mengganggu bekalan susu anda. Anda boleh mula mengambilnya 21 hari selepas bersalin.
Pil mini juga dikenali sebagai pil progestin (progestogen-only pill – POP). Ia mengandungi hormon progesterone sintetik . Pil mini adalah lebih daripada 99 peratus berkesan. Namun untuk ia memberi kesan seperti ini, anda perlu mengambilnya pada waktu yang sama setiap hari. Ini boleh jadi sukar jika anda sibuk menjaga bayi yang baru lahir. Mungkin tidak sesuai untuk wanita yang pelupa dan seumpama denganya.
Suntikan berkesan selama beberapa minggu. Terdapat dua jenis suntikan:
Jika anda aktif menyusu badan, sebahagian kecil progestogen akan dirembeskan ke dalam susu ibu. Walaubagaimanapun kuantiti yang sedikit ini tidak akan membahayakan bayi anda.
Adalah lebih baik untuk menunggu sehingga 6 minggu selepas bersalin sebelum mula mengambil suntikan. Ini bagi mengurangkan kemungkinan haid anda jadi tidak menentu dan darah keluar dengan banyak. Masalah pendarahan adalah salah satu keburukan kaedah ini.
Kaedah suntikan semakin popular kebelakangan ini kerana keberkesanannya yang tinggi (lebih daripada 99 peratus) dan mudah untuk didapati. Tetapi jika anda mahu hamil lagi dengan segera selepas berhenti menggunakan pencegah kehamilan, kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk anda. Hal yang demikian kerana kesuburan anda akan mengambil masa beberapa bulan untuk kembali sediakala.
Kaedah implan kekal selama tiga tahun, jadi anda perlu fikir masak-masak samada ini adalah kaedah yang sesuai untuk anda. Dalam kaedah implan, Nexplanon yang berupa tiub plastik fleksibel yang kecil dan nipis bersaiz kira-kira 4 cm panjang dan berdiameter 2mm akan dimasukkan ke bawah lengan. Tiub ini mengandungi hormone progestogen. Anda boleh mengambil implan 21 hari selepas bersalin. Anda masih boleh menyusu badan kerana hanya sedikit sahaja progestogen yang masuk ke dalam susu anda, dan selamat untuk bayi
Doktor akan memasukkan implan ini ke bawah lengan anda. Ia boleh dikeluarkan apabila anda mengambil keputusan untuk menukar kaedah mencegah kehamilan atau apabila anda mahu cuba untuk hamil lagi. Kaedah implan berkesan lebih daripada 99 peratus.
Alat dalam Rahim (intrauterine device) atau IUD boleh digunakan selama 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis yang digunakan.
Anda boleh mula menggunakan IUD pada bila-bila masa daripada empat minggu selepas bersalin. Doktor atau jururawat akan memasukkannya untuk anda. Anda boleh menggunakan IUD samada anda bersalin secara normal atau caesarean. Keberkesanan IUD adalah lebih daripada 99 %
Setiap Anak…..
Yang dianugerahkan oleh Allah adalah anak yang diingini dan ditunggu-tunggu oleh kedua ibu bapanya
Setiap Anak….
Berhak menikmati kehidupan berkeluarga yang aman dan bahagia
Setiap Anak….
Adalah anak yang dikehendaki dan disayangi
Setiap Kehamilan…
Adalah kehamilan yang dirancang, bukannya kehamilan secara ‘accident’
Setiap ibu tentu mengimpikan yang terbaik buat anak dalam kandungan. Begitu juga dengan usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz, yang berkongsi kisah indah dan menyentuh hati apabila berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebelum melahirkan anak ketiga, Idris.
Menerusi perkongsian ringkas namun bermakna di Instagram Story miliknya, Sasha meluahkan rasa syukur kerana Allah mempermudahkan urusannya sepanjang kehamilan.
“Alhamdulillah, boleh bersalin dengan tenang. Memang tekad nak habiskan sepanjang sembilan bulan mengandung. Saya tak tergesa-gesa, saya ambil masa. Tapi yang saya tahu, sebelum bersalin wajib khatam.”
Sepanjang tempoh hamil, Al-Quran menjadi teman setia Sasha. Tanpa tekanan atau paksaan, Sasha membaca mengikut kemampuannya – namun tetap istiqamah dengan niat untuk khatam sebelum tiba waktu bersalin.
Bagi Sasha, ia bukan sekadar amalan peribadi tetapi satu hadiah istimewa buat bayi dalam kandungan yang mendengar setiap lantunan ayat suci saban hari.
“Sepanjang mengandung, memang mengaji untuk Idris. Supaya dia keluar nanti, akhlaknya baik seperti Rasulullah SAW,” katanya penuh harapan.
Bukan mudah bagi seorang ibu untuk menyempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran dalam keadaan hamil, apatah lagi dengan rutin seharian sebagai isteri, ibu dan usahawan. Namun Sasha membuktikan bahawa dengan niat yang tulus, Allah pasti permudahkan segalanya.
Amalan ini juga menjadi satu bentuk ikhtiar spiritual dan kasih sayang seorang ibu, yang bukan sahaja memberi ketenangan buat diri sendiri, malah diharap memberi kesan positif kepada perkembangan anak dalam kandungan.
“Saya doa Idris jadi anak yang soleh, berakhlak mulia dan sentiasa dekat dengan Al-Quran.”
Kisah Sasha ini menjadi inspirasi buat ramai ibu yang mengikuti perkembangannya di media sosial. Ramai meluahkan rasa kagum dan berazam untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran, terutama ketika hamil.
Pa&Ma ucapkan tahniah buat Sasha Abdul Aziz yang bakal melahirkan cahaya mata ketiga, Idris, serta usaha luar biasa menghadiahkan khatam Al-Quran buat anak tersayang. Semoga Idris membesar dengan penuh berkat, menjadi anak yang soleh dan membawa cahaya dalam kehidupan keluarga.
Ibu-ibu yang sedang hamil pun boleh mula dengan satu muka surat sehari, yang penting istiqamah dan niat yang betul. In shaa Allah, anak-anak akan rasa ketenangan itu sejak dalam rahim lagi.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.