Ads

IPU Tidak Sihat Cecah 183, Jerebu Makin Teruk: 17 Kawasan Terjejas, Ibu Ayah Wajib Lebih Berwaspada

Foto AI ChagGPT

IPU tidak sihat yang semakin meningkat ketika keadaan jerebu ketika ini pastinya membuatkan ibu ayah mula risau, terutama apabila anak perlu keluar ke sekolah, melakukan aktiviti luar atau berada lama di kawasan terbuka.

Kanak-kanak merupakan antara golongan sensitif yang perlu diberi perhatian apabila kualiti udara semakin merosot. Justeru, ibu ayah disarankan sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing sebelum merancang aktiviti anak.

Setakat pagi ini, sebanyak 17 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan Johor menjadi negeri yang paling terjejas akibat keadaan jerebu.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 183.

Ia diikuti Kluang dengan bacaan 169, Larkin (167), Segamat (165), Pasir Gudang (164) dan Tangkak (161).

Beberapa kawasan lain turut mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu Nilai (159), Seremban (156), Kota Tinggi (155), Pengerang (154), Putrajaya (152), Bandaraya Melaka (152), Balok Baru, Kuantan (152), Rompin (151), Cheras (132), Kemaman (109) serta Indera Mahkota, Kuantan (106).

Artikel Trending: “Furqan Mukmin Pergi Tanpa Signal, Post-Mortem Tak Detect Apa-Apa” Ibu Reda Pemergian Anak, Doktor Tak Jumpa Punca

Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”

Ads

IPU Tidak Sihat, Kanak-Kanak Antara Golongan Perlu Diberi Perhatian

IPU Tidak Sihat Cecah 183, Jerebu Makin Teruk: 17 Kawasan Terjejas, Ibu Ayah Wajib Lebih Berwaspada
Foto AI ChagGPT

Berdasarkan kategori APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 diklasifikasikan sebagai tidak sihat.

Keadaan ini boleh memberi kesan kepada golongan sensitif termasuk kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan dan jantung.

Dalam keadaan seperti ini, ibu ayah boleh mengambil langkah lebih berhati-hati terutama jika anak mempunyai aktiviti di luar rumah.

Sementara itu, sebanyak 47 stesen pemantauan merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100.

Antara kawasan yang hampir memasuki kategori IPU tidak sihat ialah Bukit Rambai, Melaka; Paka, Terengganu dan IPD Serian, Sarawak yang masing-masing mencatatkan bacaan IPU 99.

Lembah Klang Hampiri Paras IPU Tidak Sihat

Di sekitar Lembah Klang pula, Batu Muda mencatatkan bacaan IPU 98.

Ads

Shah Alam dan Banting masing-masing merekodkan bacaan 90, diikuti Petaling Jaya dengan 89 dan Klang, 82.

Walaupun masih berada dalam kategori sederhana, ibu ayah tetap disarankan mengikuti perkembangan bacaan semasa memandangkan sesetengah kawasan semakin menghampiri paras tidak sihat.

Dalam masa yang sama, empat kawasan masih merekodkan kualiti udara pada tahap baik.

Ia melibatkan Minden, Pulau Pinang dengan bacaan IPU 50, Kangar, Perlis (39), Langkawi, Kedah (29) serta Balik Pulau, Pulau Pinang (26).

Johor Paling Terjejas Ketika IPU Tidak Sihat Meningkat

IPU Tidak Sihat Cecah 183, Jerebu Makin Teruk: 17 Kawasan Terjejas, Ibu Ayah Wajib Lebih Berwaspada
Foto AI ChagGPT

Johor menjadi negeri paling terjejas apabila lapan daripada 10 bacaan IPU tertinggi di negara ini direkodkan di negeri berkenaan.

Ads

Situasi tersebut menunjukkan keadaan jerebu di Johor lebih ketara berbanding kawasan lain ketika ini.

Dengan keadaan udara yang kurang baik, ibu ayah perlu lebih peka terutama terhadap aktiviti harian anak.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Kurangkan Aktiviti Anak Di Luar Rumah

Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah, memakai pelitup muka ketika berada di kawasan terbuka serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami sesak nafas, batuk berpanjangan atau iritasi mata akibat jerebu.

Bagi ibu ayah, pemantauan terhadap keadaan anak juga penting terutama jika mereka mula menunjukkan ketidakselesaan ketika keadaan IPU tidak sihat. Aktiviti di kawasan terbuka boleh dikurangkan dan perancangan aktiviti harian anak boleh disesuaikan mengikut keadaan kualiti udara semasa.

Ibu ayah juga boleh menyemak bacaan IPU dari semasa ke semasa menerusi laman web APIMS yang dikendalikan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pemantauan bacaan semasa boleh membantu ibu ayah membuat pertimbangan sebelum membawa anak melakukan aktiviti di luar rumah ketika keadaan jerebu.

Sumber:Awani / Sinar Harian 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Isteri Mengidam Avokado, Suami Pergi Selamanya Selepas Terkena Renjatan

Renjatan elektrik meragut nyawa seorang suami ketika memetik alpukat untuk isteri hamil. Niat mahu menggembirakan isteri berakhir dengan tragedi.