“Isteri Dalam Pantang Sempat Menjerit” Daun Mengkudu & Kain Balut Tungku Terbakar Macam Bara Api

Share

Detik mencemaskan lelaki ini berlaku apabila kain yang membalut tungku untuk rawatan isterinya dalam pantang tiba-tiba berasap kemudian terbakar.

Kejadian cemas tersebut dikongsi oleh Encik Hisyam melalui perkongsianya di aplikasi TikTok.

Menurutnya, sebelum ini dia juga yang memanaskan tungku tersebut namun tiada sebarang masalah walaupun tungku tersebut sudah berusia 38 tahun.

“Sebelum kejadian saya ke dapur untuk panaskan tungku besi di tingkat bawah. Selama ini saya buat tak ada masalah pun.

“Lepas dipanaskan, saya bawa tungku tu dibalut dengan dua kain yang diletakkan daun mengkudu di dalamnya, ke bilik di tingkat atas dan letak atas katil.

“Saya kemudian sambung buat kerja di tingkat bawah. Tiba-tiba isteri menjerit panggil saya dan saya bergegas naik semula dan tengok satu bilik mula berasap.

“Masa bungkus dua lapisan kain yang dimasukkan daun mengkudu bersama tungku, okay je. Bila saya bawa ke tandas, saya dengar macam bunyi daun terbakar dari dalam.

“Bila saya buka balutan kain, nampak daun mengkudu dan kain terbakar macam bara api. Habis terbakar kain yang balut tungku tu.

“Alhamudilillah tiada yang cedera, anak pun tak menangis. Kejadian berlaku sebab tungku terlalu panas. Isteri mulanya pegang balutan kain okay je sebab ia ambil masa utuk terbakar di bahagian dalam.

Sebelum ini Hisyam hanya memanaskan tungku tersebut hanay 10 minit sahaja namun kali ini dia agak terleka kerana perlu menyiapkan beberapa urusan kerja hingga terlupa tungku berada di atas dapur.


“Biasanya sebelah bahagian tungku tu saya panaskan selama kira-kira 10 minit dan kemudian saya terbalikkan untuk panaskan sebelah bahagian lagi untuk 10 minit.

“Kali ini saya terlupa sebab leka buat kerja sampai sebelah bahagian tungku sahaja dibiarkan atas dapur selama 30 minit. Itu yang membuatkan tungku terlalu panas.

“Sejak kakak sulung saya lahir 38 tahun kemudian saya dan anak sulung hinggalah anak keempat ni guna tungku yang sama. Tungku lama, tapi tak pernah bermasalah.”

Kredit: dinhisyam/ mstar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

 

IKLAN