Isteri bekerja, isteri berniaga, isteri ada pendapatan sendiri, NAFKAH TETAP KENA BAGI. Jangan sesekali abaikan walaupun isteri ada duit ya.
Kewajipan suami tidak akan terlepas atau terbatal walaupun isteri ada pendapatan bulanan sendiri…tak kisahlah walau gajinya lebih tinggi atau keuntungan perniagaannya lebih banyak dari suami.
Ini kerana kedudukan suami itu dalam rumahtangga…
Suami itu ketua, suami itu pemimpin dan suami bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya iaitu isteri dan anak-anak di akhirat kelak, suami akan ditanya tentang kebajikan isteri dan anak-anak.
Ads
Tanggungjawab hakiki untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan seorang isteri masih di bahu suami walau apa jua pekerjaan isteri.
Suami tak boleh paksa isteri untuk bayar hutang suami, suami tak boleh rampas duit isteri untuk kegunaan suami.
Ads
Duit isteri tetap duit isteri walau suami yang membenarkan isteri bekerja atau berniaga.
Sekiranya suami ingin mengagihkan komitmen keluarga dengan cara “ini awak bayar, itu saya bayar”, maka suami perlu dapat izin dan redha isteri. Isteri perlu ada kesedaran untuk membantu meringankan bebanan suami dalam menanggung keluarga. Kebiasaannya, ini cara yang diamalkan oleh kebanyakan suami dan isteri yang bekerja/berniaga.
Suami masih wajib untuk menanggung apa yang sepatutnya ditanggungnya dengan kemampuan yang dia ada. Jika suami masih ada duit lebih selepas dibantu isteri, maka suami perlu ambil lagi bebanan yang ada dibahu si isteri.
Kewajipan menafkahi akan terlepas sekiranya si isteri redha untuk suami tidak menyediakan makan minum, pakaian, perubatan dan tempat tinggal kerana si isteri mampu untuk melakukan yang sedemikian dengan pendapatan yang dia ada. Jika tidak, NAFKAH TETAP KENA BAGI.
Sebelum keluar bekerja, suami biasakanlah cium anak dan isteri anda. Dengan cara begini ada kebahagiaan yang mereka dapat dari seorang ayah. Cium kening mereka satu persatu dan ciumlah pipi kanan dan kiri mereka dengan penuh kelembutan hati.
Memberi ciuman adalah salah satu bentuk kasih sayang seorang ayah kepada anaknya dan seorang suami kepada isterinya. Kening perempuan adalah sumber ketenangan dan semangat untuk suami, kerana kening adalah saksi dari ketaatan pada Tuhan.
Pada kening perempuanlah Tuhan hembuskan sumber ketenangan. Maka tak hairan jika suami boleh merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya.
Jadi apakah sama keadaannya dengan tangan suami yang dicium isteri? Perempuan mencium tangan suami bukan semata menempelkan bibirnya. Ada doa yang dia panjatkan di tangan suami, semata meletakkan doa disana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja untuk orang-orang yang dicintai dan disayanginya.
Ketika seorang isteri memberi ciuman di tangan suami, seorang isteri sedang memohon pada Allah agar menjaga tangan suaminya dari hal-hal yang dibenci oleh-NYA. Melalui ciuman yang diletakkan di tangan suami, seorang isteri menitipkan doa agar menjaga tangan suami untuk menjaga kasih sayangnya dan tak mengambil yang bukan haknya.
Terkadang kita sering meremehkan hal kecil yang satu itu. Ciuman sering kita lupakan dalam Aktiviti seharian kita. Kita Rasa berat memberikan kucupan dikening, dan ciuman kepada buah hati kita. Pada hal ciuman adalah salah satu cara untuk menyampaikan rasa sayang kepada mereka. Dengan cara ini akan ada kedamaian dihati mereka. Kucupan lembut dan mesra dari suami kepada isteri atau dari seorang ayah kepada anak-anaknya sangat diperlukan.
Ketika suami keluar rumah di waktu pagi, anak dan isteri masih tertidur. Tentu ada cara lembut untuk membangunkan mereka. Ciumilah satu persatu mereka dengan berkata penuh kelembutan, “Ayah pergi kerja dulu, ya sayang”.
Sumber: petuaibu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Geramnya dengan anak yang buat perangai ni! Sampai satu tahap ibu ayah rasa tak boleh biarkan. Kena juga ajar bagi mereka faham dan ingat supaya lain kali tak buat lagi. Tapi pernah tak kita terfikir, emosi anak yang tak sama dengan pemikiran orang dewasa.
Menurut Pakar Psikiatri & Pensyarah UIAM, Dr Rozanizam Zakaria ada beberapa sebab anak kita buat perangai. Dalam fasa ini mereka memerlukan ibu bapa yang positif dan bukanlah yang selalu nak marah. Berikut perkongsiannya
“Memang sengaja dia nak buat perangai tu!”
Salam doktor, anak saya umur 2 tahun selalu buat perangai, mengamuk, tak nak dengar kata, kacau adik. Kalau saya marah dia menjerit. Kadang-kadang tak dapat control sampai terpaksa naik tangan. Macam mana nak handle? – Puan M –
Antara mesej yang sampai ke peti mesej Facebook saya dari ibu yang risau tentang masalah anaknya. Bukan satu, malah berpuluh mesej yang senada dengannya, sungguhpun banyak kali telah saya sebutkan yang saya tidak dapat menjawab semua persoalan-persoalan diutarakan kepada saya di mesej media sosial saya.
Sebelum kita pecah kepala fikir solusi ajaib kepada ‘masalah dunia’ ini, ayuh kita ambil kira perspektif asas tentang isu ini. Ini kerana dalam banyak keadaan, bagi saya persoalan yang lebih tepat bukan bagaimana, tetapi mengapa.
1. INGINKAN PERHATIAN
Kanak-kanak perlu bersaing untuk mendapat perhatian dari ibu bapa dengan anak-anak lain, kerjaya, urusan rumahtangga, gajet dan internet dan pelbagai lagi distraction yang menyebabkan kanak-kanak rasa tidak mendapat perhatian yang diingini. Adakalanya tingkah laku yang tidak disenangi itulah satu-satunya cara untuk mereka mendapat perhatian yang diinginkan.
2. CEMBURU DAN PERSAINGAN
Kanak-kanak pada usia 2-4 tahun mula belajar tentang konsep ‘my way, my things, myself’ dan kehadiran orang lain seperti adik beradik dan kawan-kawan adakalanya menguji wilayah mereka ini. Ini konsep yang sama seperti egocentricism yang saya kongsikan sebelum ini.
3. PERASAAN KECEWA
‘frustration’ adalah emosi yang tercipta bila mereka tidak dapat memenuhi keinginan mereka sendiri disebabkan ketidakmampuan mereka. Contohnya tak dapat ambil barang yang diingini, tak berjumpa dengan mainan yang dicari, tak dapat menonton cerita yang diingini.
4. PERASAAN TAKUT DITINGGALKAN ATAU BERJAUHAN DARI TEMPAT BERGANTUNG
Reaksi ini adalah tindak balas normal terhadap ketidak pastian mereka atau apa yang mereka pelajari dari pengalaman sebelumnya. Mereka tidak memiliki kematangan komunikasi untuk meluahkan perasaan mereka melainkan dengan tingkahlaku.
5. REAKSI NORMAL TERHADAP KESAKITAN, KELETIHAN DAN GANGGUAN EMOSI
Seperti mana orang dewasa, mereka juga mengalami situasi sebegini. Cumanya, mereka lebih kerap meluahkannya dengan tingkah laku. Jangan lupa orang dewasa pun ada juga berperangai sebegini.
6. KEHENDAK IBUBAPA YANG SUKAR DIPENUHI
Jangan letakkan jangkaan untuk anak-anak untuk berperilaku sempurna seperti dewasa pada setiap ketika (dewasa pun tak mampu penuhi kehendak ini). Adakalanya ibubapa perlu terima hakikat sesetengah tingkahlaku adalah kerana mereka masih kanak-kanak.
7. DRAMA IBU BAPA
Stress boleh berjangkit! Bila ibu bapa tidak mengurus emosi dengan baik, tekanan dan bebanan yang mereka hadapi singgah pada anak-anak. Drama mereka disambung oleh anak-anak dengan watak dan jalan cerita yang berbeza.
Banyak tenaga, suara, masa dan emosi dapat dijimatkan bila kita dapat kenal pasti punca dan selesaikannya dari puncanya dengan lebih rasional. Dalam hiruk pikuk cabaran mendidik anak-anak, ada ketika kita perlu mengambil beberapa langkah kebelakang dan berfikir…”kenapa agaknya anak bertuah ini jadi sebegini?” Mungkin jawapannya ada pada kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah menjadi impian setiap ibu bapa, pasti mahu membawa anak-anak ke Tanah Suci. Bukan mudah untuk bawa anak kecil untuk beribadah di sana. Mahu fokus menjalani ibadat, mahu jaga anak lagi. tetapi itu bukan alasan kerana banyak orang yang sudah berjaya melakukannya.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, merancang untuk membawa anaknya Ayden Adrean yang berusia dua tahun untuk menunaikan umrah. Kata ibu muda ini lagi, hasratnya itu sudah lama disimpan sedari dahulu sebelum berpisah dengan bekas suaminya. Kali ini, Bella akan membawa kedua-dua ibu bapanya sekali bersama kenalan rapatnya untuk ke tanah suci Mekah.
Semoga urusan Bella dan keluarganya dipermudahkan di sana.
Pa&Ma kongsikan tip membawa anak kecil ke Mekah:
1. DOA & PASANG NIAT
Berdoalah sebelum ke sana. Pasangkan niat untuk menjayakan ibadat itu. Ketika berdoa, mintalah apa yang anda mahu secara terperinci. Semoga kuat, semoga larat dan mampu menahan perubahan cuaca. Jika bawa anak kecil yang sudah bebas lampin, berdoalah agar mereka dapat bertahan sekiranya perjalanan jauh atau kekangan mencari tandas.
2. PERSEDIAAN MENTAL
Sebelum berangkat ke Madinah dan Mekah, sediakan mental dan emosi anak. Berceritalah kepada mereka tentang semua perkara di sana. Tunjukkan gambar atau video di sana.
3. PENERBANGAN YANG LAMA
Memandangkan masa penerbangan yang lama, pastikan mental ibu dan anak masing-masing bersedia. Jika risau anak bosan, sediakan material seperti buku atau permainan yang yang boleh mengalih perhatian si manja.
5. STROLLER & BABY CARRIER
Bawa bersama stroller dan baby carrier bagi memudahkan pergerakan anda ketika di sana. Ada masanya anak mungkin letih untuk berjalan dan kita juga tidak larat kalau mahu mendukung mereka, jadi dengan membawa stroller atau baby carrier, mungkin masalah itu dapat diatasi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!