Ramai kalangan ibu yang bekerjaya memilih cara menyediakan lauk untuk seisi keluarga dengan masak dalam kuantiti banyak kemudian asingkan dalam bekas-bekas kecil. Namun timbul isu adakah makanan yang dimasak dan disejuk beku itu boleh tahan lama dan nutrisi makanan itu macam mana?
Ini berikutan tular di satu group Facebook yang mana seorang suami memuat naik satu gambar makanan yang dimasak oleh isterinya kemudian diasingkan dalam bekas untuk disejuk beku.
Masing-masing memberi pendapat dan untuk menjawab persoalan ini, Ahli Kimia, Fatimah Salim ada jawapannya.
Bagus sebenarnya kaedah tuan yang menyiarkan ini. Jimat, cepat dan mudah. Apa lagi untuk mereka yang mempunyai rutin kehidupan yang sibuk dan suami isteri keduanya bekerja.
Saya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.
Boleh bertahan 2 hingga 6 bulan
Ads
Sebenarnya makanan siap masak yang disejuk beku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.
Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindak balas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.
Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.
Ketahuilah kebanyakan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuklah sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hanyatnya. Pengekalan kualiti (terutamanya rupa dan tekstur) makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.
Ads
Tips:
• Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.
Ads
• Keluarkan makanan lebih awal untuk mengnyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.
• Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Asam garam kehidupan berumah tangga pastinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Malah perbalahan suami isteri pastinya akan turut berlaku. Namun sebagai ketua keluarga, suamilah perlu bijak memainkan peranan. Begitu juga isteri yang perlu bertolak ansur agar perselisihan faham misalnya berjaya dileraikan sebaiknya.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, beliau tidak lokek berkongsi kisahnya malah punya cara sendiri dalam menangani masalahnya bersama isteri. Malah beliau turut mendedahkan, dia dan isteri akan menyelesaikan sebarang masalah atau perselisihan faham sebelum tidur. Itu sebaiknya.
Jelasnya lagi, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya. Perasaan marah membuatkan hubungan menjadi tidak selesa dan inilah yang sentiasa diterapkan dalam kehidupannya bersama isteri.
“Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa marah itu sampai esok pagi.
“Tidur dalam keadaan marah akan menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settle dulu sebelum tidur,” katanya lagi.
Tindakan Dato Fazley ini sememangnya harus dicontohi oleh semua suami. Bukan masalah saja settle bahkan kasih sayang pun makin bertambah kuat setiap kali meminta maaf.
Berpisah sekejap satu jam dan kemudian selesaikannya
Satu tindakan yang sangat bijak. Siapapun tidak terlepas daripada perasaan marah namun cara Datuk Fazley bersama isterinya ini cukup istimewa. Mereka berpisah sekejap dan tidak sampai sejam kedua-duanya akan bersemuka dan menyelesaikannya dengan baik.
Akui Fazley, mana-mana wanita pun termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan.
“Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku pergaduhan.
“Isteri suka untuk melafazkan kemaafan. Jadi, bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk tapi kami akan memberikan ruang kepada satu sama lain.
“Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.
Dato Dr. Fazley Yaakob, dan Datin Azrene Soraya mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata. Si comel Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma menjadi penyeri kehidupan mereka.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Bekas pengacara Nona ini turut berkongsi tip untuk elak kulit muka ‘breakout’ teruk.
Mira menasihati para wanita agar tidak mengambil makanan yang berminyak, banyakkan meminum air putih dan elakkan diri daripada terlalu kerap menyentuh bahagian muka.
Berkongsi rahsia kekal awet muda di usia 30an, Mira mengamalkan Ice Facial yang mempunyai banyak manfaat antaranya mampu mengecutkan jerawat, melembutkan dan mencerahlan kulit, mengurangkan kesan gelap di bawah mata serta banyak lagi manfaat lain.
Ice facial merupakan trend kecantikan wanita di Korea. Cara ini menginsiprasikan ramai wanita di seluruh dunia dengan kebaikan menggosk ais pada wajah untuk kesihatan wajah.
Untuk para wanita, selamat mencuba tip daripada Mira Filzah ini.
Bila anak tak mahu makan, mama dan papa jadi susah hati. Bimbang anak tak cukup zat hingga membantut tumbesaran. Kalau beri nasi, lagilah anak tak mahu makan. Kalau makan pun, anak agak cerewet.
Anak lebih suka makan snek dan roti. Itu sahaja yang membuatkan si kecil berselera nak makan. Mulalah mama dan papa berhajat nak beri anak makan multivitamin tak supaya anak selera nak makan.
Ini jawapan untuk kanak-kanak yang sihat tapi mak ayah kata anak tak nak makan nasi.
Ok, saya akan tanya lagi, bila awak ajak anak awak? Berapa kali sehari awak bagi anak awak makan?
Jawapan yang paling biasa ialah 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan malam.
Ini sebenarnya salah. Ini waktu makan orang dewasa. Bukan waktu makan bayi dan kanak-kanak.
Kanak-kanak ini, perut dia tak sama macam perut orang dewasa. Dia makan pun tak sebanyak orang dewasa makan. Jadi logiklah kalau dia lapar lebih awal dari orang dewasa. Biasa selepas 4 jam, kanak-kanak akan mula rasa lapar. Bila dia lapar, dia akan mula makan apa yang ada atau apa yang dia rasa sedap, macam coklat, makanan ringan dan sebagainya.
Makan sedikit dah mencukupi bagi mereka sebab nak sambung main.
Jadi by the time mak ayah nak makan, kanak-kanak tu masih lagi kenyang sebab baru je lagi makan makanan ringan tadi. Jadi bagi nasi kat anak mesti anak tak nak makan. Mesti nak sambung main, nak sambung tengok tv, nak sambung berlari dan sebagainya.
Lepas itu, ada juga mak ayah yang risau, anak mereka tak nak makan nasi. Asyik makan roti, mi dan lain-lain.
Tak mengapa. Asalkan cukup zat makanan mengikut piramid makanan. Cukup karbohidrat, cukup protein, cukup sayur dan lemak. Tak kisahlah nasi, roti atau apa sahaja.
Jadi, pastikan waktu makan anak-anak anda betul. Barulah senang nak bagi mereka makan makanan yang berkhasiat.
Selain itu, tips-tip lain untuk menambah selera makan kanak-kanak
– Jadikan makanan lebih ceria dan nampak menyelerakan – Jadikan waktu makan sebagai waktu berkumpul sesama keluarga. – Pelbagaikan makanan setiap hari. Jangan berikan makanan yang sama setiap hari. – Kenalpasti apa makanan kegemaran anak-anak dan berikan makanan tersebut jika ia berkhasiat.
Perkahwinan adalah sebuah amanah, bukan sekadar ikatan antara dua jiwa, tetapi satu tanggungjawab yang memerlukan kasih sayang, penghormatan, dan kejujuran.