Isteri Mengidam Naik Bas Ekspres, Tengok Road Block, Suami Tunaikan Hasrat Sebelum Bersalin

Share

Biasa kita dengar wanita yang mengandung selalunya akan mengidam kepada makanan berasaskan jeruk, ais krim ataupun makanan pelik-pelik.

Lagi susah bila saat mengidam itu bukan musimnya. Jika nasib baik sebelum bersalin dapat juga rasa tapi ada tu sampai bersalin pun masih tak dapat.

Bagaimanapun, mengikut kata orang tua-tua dulu jika isteri mengandung mengidam tak dapat apa yang dia mahukan, boleh jadi air liur bayi akan meleleh.

Sebenarnya tiada kena mengena dengan air liur bayi meleleh pun. Cuma jika isteri memang betul mengidam apa salahnya suami cuba tunaikan, selagi bolehkan. Kadang-kadang emosi wanita mengandung ini sangat sensitif. Benda tak ada apa pun, tapi menangisnya sampai bebeberapa hari.

Bukannya sengaja tapi ia memang berlaku pada sesetengah wanita.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang suami, Adli Rohaizan, walaupun isterinya, Puteri Nazwa dah tunggu masa nak bersalin, dia tetap tunaikan tiga permintaan isterinya iaitu

 ✔Naik Bus Express
✔Tengok Road Block JPJ/POLIS
✔Naik Cameron,Makan Strawberry + Salut Coklat

Sumber: Adli Rohaizan & Puteri Nazwa

IKLAN