Isteri Shukri Yahya Kongsi Gelagat Anak Lelaki Suka Mengemas “Mesti Masa Hamil Terlebih Rajin”

Share

Isteri kepada pelakon, Shukri Yahya iaitu Tya Adnan berkongsi video yang menunjukkan sisi kerajinan anak lelakinya, Maleeq Mikayl.

Malah, Tya turut mengakui akan sikap anak keduanya itu yang cukup suka mengemas.

Kongsi Tya lagi, setiap kali beliau mahu mop lantai, pasti Maleeq akan turut serta dan berebut untuk berbuat demikian.

“Maleeq dan cleaning tools berpisah tiada.

“Tak fahamlah kita, setiap kali nak mengemop nak kena berebut dengan anak lelaki pula tu. Anak perempuan relaks jer tengok TV,”

Hantaran tersebut membuatkan ramai ibu-ibu terhibur tak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama.

 

Sama la dengan anak lelaki kita..macam gini ler

Agaknya selalu tengok contoh dari ayahnya tak….❤️

Macam sma je prngai gn anak boy sy 😂😂

Eh samaaaa. Anak dara punyaaa laaaa melingkauuuu. Yang boy sibuk nak kemassss. Sampai kena tunggu diorg tidur baru boleh mop mengemas dgn aman.

Malah ada juga yang meneka mungkin Tya suka mengemas ketika hamilkan anak keduanya itu.

Masa Tya pregnant dekat Maleeq mungkin Tya terlebih rajin…tu yg maleeq pun mcm tu jgk…tp anak no 2 rajin lain mcm tau…mcm suami saya anak no 2 xleh duk diam ade saje nk buat

Kredit: Tya Adnan

 

 

IKLAN