Bila badan penat, secara tak sengaja jadi stres. Para ibu tidak perlu menafikan kenyataan ini. Tapi peranan para suami boleh membantu secara tidak langsung mengembalikan keceriaan.
Orang selalu kata kalau penat, rehat. Manakala kalau mengantuk, tidur. Bagi seorang isteri yang sibuk, mendapat rehat dan tidur yang cukup memang memadai. Tapi bagaimana pula dengan stres yang dihadapi?
Perkongsian daripada bapa ini ada benarnya. Mengambil hati isteri saat kekalutan dan kepenatan melanda boleh memberikan impak kepada pertambahan hormon oxytocin yang membuatkan si isteri ceria semula.
Tips mengurat hati isteri. Fahami kehendak fisiologi isteri atau bahasa mudah kita sangat faham yang isteri juga perlukan tubuh badan yang sihat. Insyaallah isteri akan tenang dan bahagia. Sebenarnya isteri tidak memerlukan rehat yang banyak untuk mereka bahagia. Sebab itu kita tengok isteri boleh hadap kerja rumah 24 jam.
Ads
Perhatikan. Dalam masa yang sama mereka boleh buat 2, 3 kerja. Sambil goreng ikan boleh mandikan anak,boleh basuh pinggan, boleh mop lantai. Boleh bisnes online. Eh siap boleh order barang online depan kuali? Fuh.. hebat الله cipta otak wanita. inilah yang dipanggil ‘otak multitracking’,yakni boleh bagi tumpuan kepada banyak perkara dalam satu masa. Sebab itulah jangan pelik kalau mereka masuk mall rambang mata…
Tapi.. apa yang buatkan mereka stress? Bukan sebab tidak cukup rehat. Sebab hormon oxytocin mereka turun secara mendadak bila stress. Kenapa stress? Sebab tiada tumpuan, perhatian, belaian dari suami.
Hormon cortisol meningkat,mereka akan nampak lesu,kusam,suka makan makanan manis sebab cortisol telah bakar gula dalam darah.
Ads
Rupanya isteri kita ini,apabila mereka penat bukan sahaja perlu rehat,tetapi perlukan belaian,pelukan dan paling penting suami perlu jadi PENDENGAR yang setia. Dengar dengan penuh tumpuan,tatap wajah mereka sambil pegang tangan dan peluk dia dengan erat sambil gosok-gosok belakang mereka. Yes! Waktu ini oxytocin hormone mendadak naik.
Jadi para suami rajin-rajinlah peluk isteri bukan sahaja ditempat tidur. Nampak isteri penat pergilah peluk dia,ajak anak peluk sekali. Dalam masa yang sama oxytocin dalam badan lelaki juga akan meningkat. Dengan pelukan kita akan jadi lebih tenang dan boleh buat banyak keputusan yang baik.
Duit raya lebih besar pahala beri pada Syawal atau Ramadan. Duit raya adalah adat yang masih diamalkan dalam masyarakat Melayu di Malaysia sebagai tanda pemberian ikhlas dan amalan sedekah.
Pemberian duit raya bukan sekadar tradisi tetapi juga satu bentuk kebajikan yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan. Namun, timbul persoalan sama ada lebih besar pahalanya jika diberikan pada bulan Syawal atau Ramadan.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala sedekah, manakala sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala – iaitu pahala sedekah dan pahala mengeratkan silaturahim.
Nabi Muhammad SAW terkenal sebagai insan yang paling pemurah, terutama dalam bulan Ramadan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, disebut bahawa Baginda menjadi lebih pemurah ketika bertemu Malaikat Jibril, seumpama angin yang bertiup kencang memberi manfaat kepada semua.
Sheikh Muhammad Hasan Al-Dedu Al-Shanqiti menjelaskan bahawa pemberian Nabi SAW sangat cepat dan menyeluruh, menunjukkan keutamaan bersedekah sebelum orang meminta. Oleh itu, memberi duit raya dalam bulan Ramadan lebih digalakkan kerana pahalanya berlipat ganda.
Bila berbicara tentang duit raya, pasti ramai yang sudah sediakan awal-awal untuk diberikan kepada anak-anak, ibu ayah, adik beradik, saudara mara dan lain-lain.
Pemberian yang sedikit atau banyak bukanlah ukuran keikhlasan bagi seseorang, jangan sesekali pertikai apa yang diberikan, tapi nilailah sejauh mana kesyukuran yang kita panjatkan. Penting bagi setiap ibu bapa untuk menasihati dan mengajari anak-anak tentang adab menerima pemberian duit raya.
Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah kepada orang miskin pahalanya satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat(keluarga) pahalanya dua; pahala sedekah dan pahala silaturahim.” (HR an-Nasaie, hadis sahih)
SubhanAllah, hebatnya orang melayu yang menjadikan pemberian duit raya sebagai satu adat dari dulu sehingga sekarang. Ia bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, bahkan di dalam kitab Fathul bari yang dikarang oleh Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani R.A menyebut bahawa “Menzahirkan perasaan bergembira pada hari-hari perayaan adalah di antara syiar Islam”.
Bagaimanapun, menjadi satu tanda tanya kepada masyarakat kini.. pemberian duit raya lebih baik diberikan semasa Syawal atau Ramadan? Adakah pahala kedua-duanya sama?
Baca artikel lain juga: HARAM Guna DUIT RAYA Anak Tanpa Sebab Kecuali TERDESAK, Jadilah Mak Ayah AMANAH
Sahabat, ganjaran pahala adalah milik Allah. Sebagai hamba-Nya, kita digalakkan bersedekah pada bila-bila masa namun Nabi Muhammad SAW menggandakan amalan sedekahnya apabila menjelang Ramadan. Maka, disarankan jika ingin lakukan pemberian duit raya, berikanlah lebih awal iaitu dalam bulan Ramadan.
Maksudnya: “Nabi SAW merupakan manusia yang paling pemurah dengan kebaikan. Baginda menjadi lebih pemurah dalam bulan Ramadan, apabila bertemu dengan malaikat Jibril. Jibril akan hadir berjumpa Nabi SAW setiap malam di bulan Ramadan sehingga tamatnya Ramadan. Nabi SAW akan membacakan al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril bertemu baginda, baginda menjadi lebih pemurah daripada angin yang bertiup.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Sheikh Muhammad Hasan al-Dedu al-Shanqiti menjelaskan:
“Sesungguhnya angin mursalah bertiup sangat laju dan akan mengenai seluruh apa yang dilalui. Demikianlah dengan pemberian Nabi Muhammad SAW, memberikan segala-galanya sehingga meliputi seluruh rumah. Ia juga ibarat lajunya pemberian Nabi sehingga baginda memberi sebelum orang meminta, dan baginda menghulurkan bantuan ke tempat yang jauh sebagaimana angin yang bergerak ke tempat yang jauh dalam waktu yang singkat.”
Moga ikhlas dan syukur terus terpahat dalam diri kita sama ada bagi yang memberi atau menerima. Bagi yang tidak mampu, janganlah bersedih hati. Pemberian duit raya bukanlah satu kewajipan melainkan hanya satu adat yang diraikan, masih banyak lagi amalan yang boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim antara kita dan insan lain, In sha Allah.
Tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang ingin memberikan duit raya ketika Syawal, akan tetapi amat digalakkan untuk memberikannya ketika Ramadan. Nabi SAW akan menggandakan amalan sedekahnya apabila menjelang Ramadan.
Apa pun, yang lebih penting adalah keikhlasan dalam memberi dan rasa syukur bagi yang menerima.
Ragam anak perempuan memang secara semulajadinya tertarik pada kecantikan sememangnya sudah diketahui. Walaupun tidak didedahkan dengan bermacam alat solekan, anak-anak kecil kita peka dan tahu menggunakannya walau hanya melihat kita orang dewasa. Inilah kisah anak-anak perempuan kita.
Gelagat anak pelakon Ezzaty Abdullah yang ‘mengerjakan’ gincu bibir miliknya menarik perhatian wargamaya.
Mana tidaknya, bukan hanya mengambil lipstick ibunya bahkan si comel kesayangan Ezzaty, Harum Dalia yang kini baru berusia tiga tahun turut sama menyepahkan bilik mainannya.
“Ya Allah anak bertuah ibu ni. Patut diam je dalam bilik toys dia tu dari tadi. Habis paper cup ibu dia main dan lipstik ibu dia pakai.
“Mana dia jumpa ntah bawak masuk bilik dia tu senyap-senyap. Haaiiii la Harum.
“Saya dok larang dia pakai makeup yang real, saya beli makeup toys yang plastik tu dengan brush set. Pastu dia letak sepah-sepah sebab selalu bawak naik atas la, ke ruang tamu la, ntah mana-mana la dia bawak dan hilang. Pastu dia asyik pakaikan lipstik dekat saya.
“Hari ni impian dia tercapai dapat pakai lipstick real kat diri sendiri. Tak comot pulak tu.
Larang anak pakai make up
Kata Ezzaty dia sememangnya melarang anak kecilnya itu memakai barangan solekan orang dewasa kerana tidak sesuai untuk kulit anak kecil. Kata Ezzaty, bila masanya tiba kelak, dia sendiri akan membelikannya buat Harum.
“No Harum! No! Still tak boleh pakai makeup lagi. Awak baru 3 tahun.
“Tunggu dah umur 17 tahun nanti beli je la apa-apa makeup pun nak taruk kat muka tu. Ibu pun tolong belikan nanti.
Pastu cupcake tu siapa nak kemas? Ni la jadinya anak-anak bila bermain dengan orang dewasa je kat rumah ni. Tak boleh bergaul dengan rakan sebaya kat luar sana, tak boleh pegi playschool. haihhh.
Sabarlah ibu. Lepas ni ibu kena jadi budak kecik semula la nak bagi anak tak cepat matang sangat ikut usia. (kalau harum ada adik kan senang)
Parents or teacher tolong bagi idea sikit permainan apa boleh main dengan budak 3 tahun ni selain kejar-kejar, hide and seak and tembak-tembak,” cerita Ezzaty.
Video perkongsian Ezzaty itu pastinya mencuit hati wargamaya malah ada yang mencadangkan beberapa permainan yang boleh dilakukan dengan anak di rumah.
Menarik:
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ezzatyabdullah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan Mac lalu untuk menyekat penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara telah menyebabkan perubahan drastik dalam kehidupan seharian, perniagaan dan ekonomi kita.
Di Malaysia pula pelbagai peringkat PKP telah dilaksanakan dan kini rakyat Malaysia berada dalam pemulihan atau dikenali sebagai PKPP bagi memastikan negara kita dapat memutuskan rantaian COVID-19.
Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan sekaligus memaksa kita untuk hidup dalam normal yang baharu (new normal) antaranya penjarakan sosial, pembelian secara dalam talian, pembayaran secara debit/kredit/dalam talian, memakai pelitup muka, sentiasa mengamalkan kebersihan diri, mengurangkan aktiviti luar seperti majlis kenduri, keramaian dan sebagainya.
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil tentu sekali anda berasa was-was untuk keluar ke tempat awam kerana bimbang dengan penyebaran virus COVID-19 yang masih belum hilang. Sudah tentu ramai ibu bapa lebih selesa memilih untuk melakukan pembelian dan aktiviti membeli-belah secara dalam talian. Jika anda sedang mencari platform untuk membeli-belah dan beriadah dalam masa yang sama, apa kata cuba sertai Wellness Fair secara maya yang bakal diadakan bulan ini.
Terpanggil untuk menjayakan normal baharu, buat pertama kalinya dalam Malaysia Virtual Wellness & Healthy Living Fair #myweellfair diadakan secara dalam dalam talian selama tiga hari iaitu bermula pada 24 sehingga 26 Julai 2020 . Pengunjung berpeluang untuk melihat lebih daripada 70 jenama dipamerkan dalam satu tempat. Antara aktiviti menarik yang anda boleh sertai seperti demo makanan selebriti, webinars oleh pakar kesihatan, cabutan bertuah dan jualan kilat potongan diskaun sehingga 80% dan banyak lagi.
Apa yang lebih menarik aktiviti seperti mencari harta karun secara maya turut diadakan dan beberapa cabutan bertuah turut dijalankan pada hari tersebut. Memang teruja habis nak sertai pencarian harta karun secara dalam talian kan?
Selain itu, anda hanya perlu duduk di rumah untuk merasai pengalaman seperti realiti menerusi teknologi 3D 360 secara maya dan anda boleh berbelanja apa-apa sahaja dan di mana jua selama tiga hari tersebut. Jadi tak perlu pun bersusah payah dalam keadaan sekarang untuk keluar bersiap-siap ke pusat membeli-belah atau kedai dan perlu membawa anak kecil bersama. Boleh #DudukRumah #StayAtHome je dan selesa membeli-belah.
Bagi yang berminat, anda boleh daftar sekarang di https://mywellfair.com/register/pre-registration/ . Jangan lepaskan peluang kerana pameran ini akan berlangsung di tiga platform utama iaitu laman web rasmi www.mywellfair.com, Facebook rasmi Fb.com/mywellfair dan saluran YouTube #mywellfair selama 3 hari sahaja. Rasai pengalaman mengunjungi pameran secara virtual sambal membeli-belah barangan pilihan anda hanya dengan duduk di rumah sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!