Bukan mudah untuk membawa anak kecil menunaikan umrah. Namun pasangan selebriti ini, Datin Fouziah Gous dan suaminya, Dato’ Md Zafran Md Yusof punya tip mereka sendiri ketika membawa anak mengerjakan umrah pada tahun lepas. Pasangan ini tampil sebagai pengacara program Pa&Ma TV dengan topik Travel Umrah Bersama Si Kecil. Banyak tip yang dikongsikan pasangan ini ketika sesi fotografi berlangsung.
Malah menariknya, pasangan ini juga sempat berkongsi rasa syukur mereka kerana dapat membawa anak-anak menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Semoga tip yang dikongsikan pasangan ini dapat memberi panduan lain kepada ibu bapa.
“Bawa anak pergi menunaikan umrah adalah satu pengalaman paling hebat buat saya. Mulanya suami tak izinkan saya bawa anak-anak kerana dia bimbang akan mengganggu untuk beribadah tapi saya beriya nak bawa anak-anak bersama. Kalau boleh saya nak bawa anak-anak jejakkan kaki ke sana dan nak dia tengok sendiri berada di Tanah Haram.
Saya rujuk pada ustaz untuk lebih meyakinkan kami suami isteri. Anak kedua saya cirit birit semasa di sana tapi kami sama-sama jaga. Masa nak buat ibadah pun kami sama-sama berganti.
Satu hal lagi semasa berada di masjid, saya cuba cari ruang yang selesa buat anak-anak. Jauh sedikit daripada orang ramai tetapi selesa untuk anak-anak bergerak. Bagi saya bila bawa anak taklah susah cuma kena ada kesabaran yang tinggi.
Sepanjang berada di sana saya bawa makanan dan pek siap-siap. Di sana abang makan nasi tetapi adik pula saya pilih yang organik untuk dia dan juga yogurt. Disebabkan dia masih kecil ketika itu, saya banyak bawa puri yang tak perlu dipanaskan sepanjang berada di sana.”
Malah kongsi Dato’ Md Zafran pula, pengalaman bawa anak sedikit berbeza jika dibandingkan dibandingkan dengan pergi menunaikan umrah sendiri.
“Bawa anak taklah sesusah mana, perlu pandai mencari ruang untuk fokus beribadah. Sepanjang berada di sana kami menyewa kerusi roda untuk bergerak kerana stroller tidak dibenarkan. Antara tip yang saya boleh kongsikan adalah dulukan kelengkapan anak-anak.
Rasa nervous juga nak cuba bawak anak pergi umrah tapi dalam masa yang sama rasa teruja. Pengalamannya sangat mencabar dan sebelum pergi harus tambahkan ilmu agar persediaan nak bawak anak terkawal sepanjang berada di sana.
Persediaannya kena cukup, kelengkapan seharian dan makanan juga penting. Walaupun saya dah pernah pergi umrah sebanyak lima kali namun pengalaman bawa anak berlainan sedikit.
Ubat-ubatan wajib di bawa kerana di sana mudah terdedah dengan persekitaran kerana terlalu ramai orang. Penyediaan susu juga kerana beri lebih perhatian supaya anak dibekalkan susu dengan sebaiknya.
Saya juga ambil insurans anak awal-awal lagi, bimbang berlaku pelbagai masalah seperti anak sakit dan sebagainya. Kita tak minta tetapi perlu bersedia”.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila nampak baju putih anak terkena warna dari baju-baju lain semasa mencuci dalam mesin basuh, rasa kecewanya bukan main lagi. Terus rasa down. Tak gitu mama?
Janganlah rasa kecewa kerana sebenarnya ada cara terbaik untuk hilangkan kesan warna pada baju putih ini. Nak tahu caranya?
Tip dan perkongsian pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini mak-mak kena cuba. Memang baju jadi putih bersih.
Baju & kain kena warna tak boleh hilang? Sebenarnya cara nak bersihkannya senang sahaja.
Masukkan sabun mandi rata.
Masukkan pula baking soda.
Kemudian tuangkan air panas.
Biarkan kain dan baju direndam selama 30 minit.
Hasilnya warna pada baju akan luntur dan keluar.
Memang jadi putih bersih.
Kalau macam ni senanglah kerja mak-mak, lagi-lagi waktu nak basuh baju sekolah anak.
“Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!” Ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.
Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap. Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga. Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak. Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu. Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.
“Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun.” Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
“Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?” Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
“Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?”
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.
“Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”
“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”
“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”
Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
“Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita”
Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja. Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman.
Walaupun dia menangis jerit masa tu. Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah SWT. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
6. Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu. Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.
Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.
Sumber: Muhammad Zukermi Bin Edi-
Gambar Google
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah tragis bayi 8 bulan meninggal dunia pengasuh ini menyentuh hati ramai, memberi peringatan penting kepada ibu bapa tentang keselamatan anak di bawah jagaan orang lain.