Bila ada seorang anak, bab pengurusan masa mungkin tiada masalah lagi. Namun bila lahir anak kedua dan seterusnya, pasangan suami isteri kena berkorban dan saling bekerjasama dalam hal ini.

Tambahan lagi, bila baby semakin besar dan tambah berakal. Mulalah nak makan, berjalan dan bermain. Apa kata suami hadiahkan isteri Primada Smart Cooking Blender ini senang nak buatkan makanan baby dan boleh mudahkan setiap urusan isteri didapur.

Menerusi instagram, doktor selebriti dan pengacara, Dr Say Shazril, beliau akui tidak mudah untuk menjaga dua orang anak kecil jika pengurusan masa tak dilakukan dengan baik.

Takkan kejut isteri, layan dulu anak-anak

Dr Say memberitahu disebabkan jadual kerja yang padat, ada ketikanya dia berasa ‘koyak’ sewaktu perlu uruskan anak sulung, Ace dan bayi baru lahir Sef bagi meringankan beban isterinya, Dr Azura.

“Doc ada moment yang doc koyak tak?”. Tipu kalau saya cakap saya tak koyak. Macam saya cerita saya teman isteri berpantang kat rumah until today dan kerja saya sekarang mostly kena buat video kat rumah.

“Isteri Tidur Kepenatan, Baby Nangis, Saya Takkan Kejutnya.” Cara Dr Say Hargai Dr Azura 

IKLAN

“Saya buat target, tiada kerja lepas Ace habis sekolah. Jadi masa siang saya perlu digunakan sehabis baik. Kadang-kadang bila nak buat video, baby nangis dan isteri tengah mandi takkan saya nak buat dungu dan biar baby nangis je.

“Maka saya layan baby jap. Isteri tertidur kepenatan, baby nangis, takkan nak kejut isteri cakap “tu baby bangun tu” maka saya layan baby jap.

“Isteri Tidur Kepenatan, Baby Nangis, Saya Takkan Kejutnya.” Cara Dr Say Hargai Dr Azura 

“Time constraint ni kadang-kadang semestinya buat saya koyak tapi hiring a manager lepas kelahiran Sef ni kao kao membantu,” kongsinya.

Demi anak, sanggup lepaskan masa bersantai

IKLAN

“Isteri Tidur Kepenatan, Baby Nangis, Saya Takkan Kejutnya.” Cara Dr Say Hargai Dr Azura 

Tambah Dr Say lagi, satu lagi yang dia perasan what made it easier is apabila saya korbankan main Mobile Legends saya. Bunyi macam “apa daa tua-tua main game” tapi saya cukup cinta ML sekuat lelaki lain menyintai EPL/ La Liga/ Serie A/ F1 Grand Prix mereka.

“Awal-awal bila tak dapat main, saya cukup resah namun bila saya slowly let it go, ternyata banyak masa saya dapat spend dekat anak-anak dan kerjaya saya.

“Kesimpulannya, tak mudah menjaga anak namun bila kita korbankan sesuatu demi anak tercinta biarlah sedungu-dungu kurangkan atau berhenti main mobile game, pasti Allah permudahkan jalan kita dan perbanyakkan rezeki kita,” ujarnya.

IKLAN

Kredit: Instagram Dr Say

Beli Primada Smart Cooking Blender

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/primada-smart-cooking-blender-20108218?utm_source=pama&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”flat” background=”#ef2dac” color=”#ffffff” size=”6″]Primada Smart Cooking Blender[/su_button]

 

Mama jom rileks jap, klik link ni!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI