Pelakon jelita, Intan Najuwa sering mendapat perhatian kerana kehidupannya yang mewah tetapi tetap merendah diri. Biarpun berkahwin dengan suami yang berpangkat Datuk, namun dia tidak pernah bermegah-megah dengan kesenangan yang dimiliki.
Ibu kepada Imane Lunara ini juga lebih selesa bekerja dan menguruskan peniagaannya demi kepuasan diri sendiri tanpa berharap kepada suami.
Walaupun begitu, Intan tetap menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik. Malah perkongsian resipi darinya sering dinanti-nantikan warganet. Menerusi Thread, Intan ada mengulas topik ‘husband provider’.
Ads
Menurutnya, sebelum berkahwin dia dan suami banyak berbincang tentang masa depan mereka.
Ads
Biarpun Intan boleh menguruskan rumah tangganya sendiri, namun suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, tetap menyediakan para pembantu bagi memudahkan urusan sehariannya. Apabila bercakap tentang ‘husband provider’, Intan memberikan pendapat bernas tentang isu ini.
“Ya, saya selalu fikir 100 langkah ke hadapan. Perkahwinan ni bukan semata-mata tentang cincin tetapi kehidupan yang kita nak lalui bersama.
Ia harus datang dengan rasa hormat, kita sokong empayar suami tapi jangan lupa bina kejayaan kita juga. Jangan sampai ‘hilang diri’ kita.”
Kata Intan, sebelum mendirikan rumah tangga dia dan suaminya banyak berbincang tentang rancangan masa depan, gaya parenting dan bagaimana mereka mahu membesarkan anak-anak. Benarlah kata Intan, sebenarnya untuk menjalani kehidupan yang harmoni bersama pasangan, rasa hormat sangat penting.
Selain itu, sokongan berpanjangan dan saling memahami keinginan pasangan juga perlu dititikberatkan supaya hubungan kekal bahagia dan tiada pihak yang merasa dipinggirkan. Biarpun perkahwinan Intan dan suaminya, masih baharu namun kedua-duanya sangat matang untuk berbincang tentang perkara penting sebelum membina sebuah keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa tentunya tidak dapat mengelak daripada memarahi anak-anak. Sudah namanya kanak-kanak tentulah ada masanya boleh menguji kesabaran kedua ibu bapanya. Apabila nafsu amarah bercampur dengan emosi, tanpa sedar kata-kata dan perbuatan kita juga akan penuh dengan emosi.
Apabila emosi kita tidak terkawal secara tidak langsung akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi. Ingat ini bahaya! Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.
Anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang sudah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat. Kadang-kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi. Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.
Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagilah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.
Oleh itu, wahai ibu bapa, elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.
Apabila perasaan kita sudah tenang semula, baru datang semula pada anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati. Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.
Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah bukan? Begitulah.
Sumber: Firdaus Mokhtar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Khai dan Rosma AF kongsi momen bersama anak-anak, “Dah besar-besar tiga anaknya..” Khai dan Rosma merupakan bintang yang sama menyertai program Akademi Fantasi (AF) musim pertama. Rosma, 35, dan Khai mendirikan rumah tangga pada 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 15, Nur Amani Damia, 10, dan Nur Alya Dhania, 6 tahun.
Dalam era moden yang penuh dengan kesibukan dan tekanan, ibu bapa sering kali terperangkap dalam rutin harian yang padat, menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan masa yang mencukupi bersama anak-anak.
Namun, meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak adalah kunci untuk membina hubungan yang kukuh, mendidik mereka dengan nilai-nilai yang baik, dan memastikan mereka membesar dalam suasana yang positif.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Khai dan Rosma di laman Instagram, pasangan ini berkongsi momen bersama anak-anak mereka.
Melalui masa yang diluangkan bersama, ibu bapa dapat membina hubungan emosional yang kukuh dengan anak-anak. Perasaan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa akan membuatkan anak-anak merasa dihargai dan disayangi.
Hubungan yang erat ini membantu anak-anak untuk membina keyakinan diri serta memberi mereka ruang untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah tanpa rasa takut atau tertekan.
2. Pendidikan dan Perkembangan
Meluangkan masa bersama anak-anak juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendidik dan membimbing mereka dalam pelbagai aspek kehidupan. Ibu bapa dapat memberikan contoh yang baik, mengajar nilai-nilai moral, serta membina kemahiran sosial yang penting.
Melalui aktiviti bersama seperti bermain, membaca, atau berbual, ibu bapa dapat memantau perkembangan anak-anak mereka, mengenal pasti minat dan bakat, serta membantu dalam mengasah potensi mereka.
3. Mencegah Masalah Tingkah Laku
Anak-anak yang tidak mendapat perhatian yang mencukupi daripada ibu bapa cenderung untuk mencari perhatian dari sumber lain, yang kadangkala boleh membawa kepada tingkah laku negatif.
Meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak dapat membantu mengelakkan masalah tingkah laku ini. Ibu bapa yang terlibat secara aktif dalam kehidupan anak-anak mereka akan lebih peka terhadap sebarang perubahan dalam tingkah laku anak-anak dan dapat mengambil tindakan awal untuk mencegahnya.
4. Mengukuhkan Nilai Kekeluargaan
Masa yang dihabiskan bersama keluarga adalah peluang untuk mengukuhkan nilai-nilai kekeluargaan. Melalui aktiviti bersama seperti makan malam, percutian, atau acara keluarga, anak-anak belajar tentang kepentingan kekeluargaan dan tanggungjawab mereka terhadap ahli keluarga yang lain.
Nilai-nilai ini akan membentuk mereka menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, hormat kepada orang lain, dan menghargai ikatan kekeluargaan.
5. Mengatasi Tekanan Hidup
Dalam dunia yang semakin mencabar, meluangkan masa bersama anak-anak juga memberi peluang untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.
Masa berkualiti bersama keluarga boleh menjadi terapi yang menenangkan, di mana ibu bapa dan anak-anak dapat melupakan seketika tekanan dari pekerjaan, sekolah, atau masalah lain.
Aktiviti yang dilakukan bersama-sama, seperti bersukan, memasak, atau sekadar berbual, boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental.
Kesimpulannya meluangkan masa bersama anak-anak bukanlah satu tugas yang boleh diabaikan. Ia adalah satu pelaburan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.
Dalam dunia yang serba pantas ini, penting bagi ibu bapa untuk sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah anugerah yang perlu diberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya.
Masa yang dihabiskan bersama anak-anak bukan sahaja membantu mereka membesar dengan sihat dan bahagia, tetapi juga mengukuhkan institusi kekeluargaan dan memastikan kesejahteraan bersama dalam jangka masa panjang.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Menerusi Instagram mereka, Intan dan Harris yang mengadakan majlis sambutan hari lahir anak sulung mereka, Evie Khadeeja dilihat turut mengumumkan jantina anak kedua mereka.
“Its a boy,” tulis Intan ringkas.
Pada majlis mengumumkan jantina itu, Intan bersama suami dan anaknya, Evie Khadeeja dilihat memecahkan belon sebagai kejutan buat tetamu yang hadir.
Intan yang ditemui dalam sebuah majlis pada Januari lalu turut berkongsi yang dirinya kini hamil enam bulan malah mengalami alahan dan mudah penat pada kehamilan kedua ini.
“Hamil anak yang kedua ini sedikit memenatkan. Maklumlah nak kena jaga anak pertama sekali,” kongsinya.
Terdahulu, Intan dan Harris mendirikan rumahtangga pada 5 Februari 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Evie Khadeeja yang kini berusia dua tahun.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.