“Itu Baru Plastik Terbang, Kalau Objek Berat?” Keluarkan Kepala Dari Sunroof, Kanak-Kanak 5 Tahun Lumpuh

Share

Hanya kerana plastik berterbangan, tanpa disangka impaknya hingga kanak-kanak menjadi lumpuh. Perkongsian doktor ini tentang kesan buruk membiarkan anak mengeluarkan badan daripada sunroof kereta wajar dijadikan pengajaran.

Gambar hiasan

Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan wajar dijadikan iktibar khususnya kepada ibu bapa. Mengeluarkan anggota badan daripada bahagian sunroof kereta nampak seperti perkara kecil tetapi impaknya boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan.

 

Leher patah, saraf tunjang rosak, organ dalaman pecah adalah antara perkongsian pengalaman beliau sebagai doktor mengendalikan kes-kes yang melibatkan kecederaan kanak-kanak akibat mengeluarkan badan daripada sunroof ini.

Tiada masalah untuk memiliki kenderaan sunroof tapi tegah anak mengeluarkan badan daripadanya. Bahaya tu!

Banyak berhadapan dengan kes-kes yang berpunca daripada salah guna sunroof.

Lumpuh separuh badan kerana beg plastik terbang melayang ke muka ketika mengeluarkan kepala daripada sunroof. Kepala terhentak menyebabkan leher patah dan saraf tunjangnya rosak.

Gambar hiasan

Pecah hati dan limpa kerana tertolak ke depan semasa berdiri di luar bumbung. Si ayah brek mengejut untuk mengelak lori.

Malang tak  berbau. Muka anak tersangkut di bumbung garaj walau pun kereta bergerak perlahan. 

Latih anak keselamatan diri dalam kenderaan. Pastikan duduk di kerusi keselamatan (child car seat) yang dipasang dengan betul dan memakai tali pinggang keledar.

Baca doa menaiki kenderaan. Periksa kereta bimbang anak tertinggal.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan


Ikuti Pa&Ma Musim Keempat bersama dengan Fad & Sya. Episod keempat minggu ini akan mengutarakan tip pakar & perkongsian daripada ibu bapa berkenaan tajuk Check Up Kali Pertama. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jangan lupa saksikan pada 2 April 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Astro Prima HD.

IKLAN