
Artis terkenal Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya semalam.
Menurut Portal berita CNN Indonesia, kemalangan maut itu berlaku di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur.
Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Surabaya.
Namun rata-rata meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar anaknya, Gala Sky Ardiansyah cepat sembuh daripada kemalangan tersebut. Gala mengalami luka-luka di bahagian badan dan juga kepala akibat kemalangan tersebut.
Ahli keluarga daripada surabaya bergegas ke hospital untuk menemani Gala sementara mendapatkan rawatan.
Di Instagram, ramai selebriti terkenal Indonesia memuat naik ucapan takziah atas pemergian Vanessa dan suaminya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Masa Sesuai, Isteri Akan Tahu Lepas Ni.” Suami Tak Sedia Beritahu 3 Anak Dah Tiada

“Saya tidak akan beritahu dia, sekarang bukan masa yang sesuai.” Demikian kata Muhammad Alhafiz Mohamad, 29, suami kepada Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, yang parah dalam kemalangan meragut nyawa tiga anak lelaki mereka di Kilometer 272.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang di sini semalam.
Dalam nahas kira-kira pukul 2.45 petang itu, tiga anak pasangan tersebut iaitu Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.
Nahas menimpa empat beranak itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dipandu Nur Aimi Nadiah terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang berada di lorong kecemasan.
Menurut Muhammad Alhafiz, dia mahu keadaannya isterinya itu stabil terlebih dahulu sebelum memaklumkan mengenai kematian ketiga-tiga anak mereka.
Katanya, tindakannya itu bukan berniat untuk merahsiakan perkara yang memilukan hatinya sebagai seorang bapa tetapi mengambil kira keadaan kesihatan wanita itu.
“Buat masa ini saya tidak akan beritahu dia kerana keadaannya. Dia akan tahu tetapi bukan sekarang.
“Sekarang bukan masa yang sesuai untuk beritahu keadaan anak-anak, malah saya sendiri pun tertekan (disebabkan kejadian),” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri.
Muhammad Alhafiz berkata, kejadian berlaku ketika isteri dan tiga anak lelakinya itu dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas balik bercuti menemuinya yang bekerja di Melaka.
“Saya bekerja dan tinggal di Melaka, kami PJJ (tinggal berasingan). Aimi dan anak-anak balik bercuti. Mereka balik ke Melaka kerana urusan keluarga,” katanya.
Sementara itu, abang sulung Nur Aimi Nadiah, Muhd. Jazli Aiman, 31, berkata, mereka sekeluarga berhasrat membawa anak ketiga daripada empat beradik itu ke Melaka untuk dirawat di hospital di sana.
Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada pihak hospital bagi menentukan tahap kesihatan wanita itu.
“Kita tunggu dulu apa kata doktor. Kita harap semua stabil dan kita akan pindahkan dia ke hospital di Melaka untuk dekat dengan keluarga,” katanya.
Dalam laporan Harian Metro pula, jenazah Allahyarham Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3 dan Muhammad Affan Hafiy, 1, telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka.
Terdahulu, ketiga-tiga jenazah ‘anak syurga’ terbabit tiba di rumah datuknya di Taman Seri Jati, Batu Berendam jam 10 malam (17 Disember) untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.
Kredit: Utusan Online & Metro
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibu Hamil Masuk ICU, Baby Dicucuk Asyik Menangis. Sedihnya Ya Allah” Air Mata Mengalir Di Pasir Gudang

Pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang menyaksikan pelbagai kejadian menyayat hati. Pembuangan sisa toksik ke sungai berkenaan memberikan kesan kesihatan yang hebat kepada lebih 10,000 penduduk di sekitarnya.
Kunjungan pendakwah Uztaz Ebit Liew menziarahi masyarakat di sana melihat sendiri pelbagai keadaan dan suasana kesan daripada pendedahan kepada bahan kimia berkenaan. Dia turut menceritakan pelbagai situasi yang menyedihkan dan menyentuh hati melibatkan kanak-kanak, kaum ibu, kaki tangan perubatan serta jabatan lain yang bertungkus lumus memastikan perkhidmatan diberikan sebaik mungkin.
ebitlew Mengalir air mata sepanjang ziarah di pasir gudang tadi lihat mangsa tragedi pencemaran sisa toksik. Allahu. Masih ada yang dekat icu. Tak tahu nak cakap apa. Ramainya orang dalam wad dan keluar masuk orang.
“USTAZ TOLONG DOAKAN SAYA”
Sedih bila lihat anak kecil disana. Ada seorang anak ini tiba-tiba tak boleh jalan. Sebelum ni masalah peparu. Terkejut saya dengarnya. Allahu. Dia peluk saya. Ibu dan ayahnya sebak kenal saya. Ustaz tolong doakan saya. Anak itu minta saya doakannya.
SEKELUARGA SEMUA DALAM WAD
Ada seorang anak itu saya tengok takde sesiapa keluarganya. Sedih bila dia kata ibu dan kakak dekat wad lain. Tu abang saya. Kecil lagi abangnya. Sekeluarga semua dalam wad. Allahu. Katil sampai ke luar-luar terlalu ramai orang yang masuk semalam katanya. Biasanya tak begitu. Tak berhenti rawatan diberikan.
IBU MENGANDUNG 8 BULAN BARU KELUAR DARI ICU
Ada seorang kakak baru keluar dari icu tengah mengandung 8 bulan anak pertama. Dah dari hari tu dekat hospital. Ya Allah. Tadi saya ziarah dengan cikgu Md Noor cikgu yang mula dakwah saya. Keluarganya pun ramai kena tiba-tiba termasuk bidadarinya. Baby kecil lagi semua dicucuk asyik menangis. Ya Allah sedihnya.
AIR MATA SAYA TAK BERHENTI MENGALIR
Ada juga jumpa ibu-ibu tadi yang cerita mereka pengsan sebelum dapatkan rawatan. Sampai pitam. Ramai keluar juga dari Pasir Gudang cari udara segar. Ada orang Pasir Gudang pergi bercuti ke kl pun tiba-tiba pening muntah dan merah mata sekarang dihkl. Dengar kisah semua ini air mata saya tak berhnti mengalir.
BEKERJA 24 JAM, JASAMU DIKENANG. SEBAK & MENGALIRKAN AIR MATA
Ya Allah semua kakitangan hospital dan jabatan lain kerja 24jam. Terima kaseh jasamu. Terima kaseh semua yang bantu tadi. Gembira dapat beri sedikit semangat pada petugas dan jururawat. Mereka sebak dan mengalir air mata. Ramai sempat bergambar walau tengah penat wajah mereka semua.
ANGKATLAH MUSIBAH DARI PASIR GUDANG
Ya Allah bantulah jagakanlah anak ini semua berilah kesihatan yang baik. Hati ini sangat pilu melihat semua ini. Bantulah angkatlah musibah ini dari Pasir Gudang. Sayangilah dan rahmatilah mereka semua ya Allah. Mereka keluarga kami yang baik. Allah sayang. Allahu…-ebitlew #prayforpasirgudang. #Allahsayang
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Sumber: ebitlew
Foto: Astro Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“You Jangan Sedih. Ampunkan Dosa I Ya.” Shuib Kongsi Perbualan Akhir Dengan Arwah

“You jangan nangis…daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!” Itu kata-kata terakhir yang diluahkan oleh penyanyi Allahyarham Siti Sarah sebelum ditidurkan kerana jangkitan Covid-19 pada 6 Ogos lalu.
Rakaman perbualan terakhir Siti Sarah bersama suaminya pelawak Shuib diselitkan dalam video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman Youtube pada Jumaat.
Menurut Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, lagu dalam MV tersebut merupakan rakaman nyanyian semasa Siti Sarah menjalani latihan sebuah showcase di MATIC, Kuala Lumpur kira-kira tiga tahun lalu.
“Enam hari selepas pemergian arwah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.
“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ditidurkan.
“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.
“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.
Dalam rakaman perbualan terakhir yang dikongsi itu, Shuib meminta Siti Sarah untuk kuatkan diri berdepan ujian penyakit tersebut.
Sedih sangat dengar suara Shuib dan arwah Sarah dalam video muzik di minit 4:52. Kita yang mendengar pun sebak dan boleh mengalir air mata, apatah lagi Shuib.
“Ibu..satu step ni je you kena lepaskan..you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyAllah lepas ni kita tengok baby kita.
“Ibu..sumpah I sayang you sangat,” kata Shuib dalam rakaman tersebut.
Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur akibat Covid19.
Arwah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia 8 bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.
Selain Ayash, tiga lagi anak arwah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Kredit: Mstar; IG Shuib Sepahtu
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI