Isteri sebenarnya tidak perlukan suami yang kacak lagi kaya dalam hidupnya. Cukup hanya seorang suami yang mampu jalankan tanggungjawabnya membimbing isteri dan anak ke jalan Allah dan menyediakan kelengkapan cukup sempurna sebagai tanggungjawab dan amanah hidupnya. Cukup sempurna beberapa perkara ini, isteri pasti tak berenggang. Sayang sampai bila-bila.

Perkongsian bapa dan suami penyayang, Firdaus Shakirin ini patut para suami jadikan panduan dalam menjalani kehidupan berumahtangga yang bahagia. Suami perlu jadi suami terbaik dahulu, insyaallah rumah tangga aman bahagia.

Nak jadi seorang suami yang baik?

Mudah ja…

Nak jadi seorang suami yang baik sebenarnya tak susah, mudah sangat…

1. Patuhi dan laksanakan tanggungjawab.
Tunaikan nafkah zahir dan batin. Bagi isteri tempat tinggal yang selesa, makan minum yang secukupnya, pakaian yang bersesuaian yang menutup aurat, perubatan dan perlindungan. Jaga aurat, maruah dan kehormatan isteri walau dimana saja kita berada.

 

2. Keluar cari rezeki.
Bangun awal pagi, setiap hari dan keluar bekerja untuk ada pendapatan. Tak kisahlah keje swasta, keje kerajaan, berniaga, jadi runner makanan atau jual insurans. The point is, bekerja atau berniaga untuk ada pendapatan yang halal supaya pendapatan tu boleh digunakan untuk menunaikan tanggungjawab kepada isteri.

3. Tahu bila patut keluar melepak atau buat hobi.
Bukan tak boleh lepak, ride, memancing, hiking atau masuk hutan, tapi perlu tahu bila sepatutnya kita buat semua perkara-perkara tu. Ambil kira kekerapan kita buat smua tu dalam masa seminggu atau sebulan dan tengok situasi/keadaan kita dan isteri. Adakah keadaan membenarkan kita untuk melakukan semua perkara-perkara tu, adakah isteri tiada masalah untuk kita buat macam tu dan lihat keutamaan kita sebelum decide.

4. Tiada ego dan rahsia dalam rumahtangga.
Kalau buat salah, mengaku buat salah dan jangan di tuding jari pada pihak yang tak buat salah. Jangan ego sangat untuk mengaku, jangan pantang ditegur dan jangan tak boleh dinasihat. Jika atas nama kebaikan, maka tiada had bagi seorang isteri untuk terus tegur dan nasihat suaminya.

Bila dah jadi suami, its not you r always right beb, jangan sembunyikan apa-apa dari isteri. Kalau ada masalah kewangan, bagitau isteri, jangan buat pinjaman peribadi then dah tak boleh nak bayar, baru bagitau isteri. Susah, tak ada duit, cakap tak ada duit, jangan bahagiakan atau senangkan isteri dengan penipuan.

5. Bila dah senang, jangan lupa siapa yang ada ketika kita susah.
Kaum isteri paling takut bila suaminya senang dan dah stabil…sebab? Kesenangan suami akan menjadi satu ujian untuk dirinya sebab kebanyakan orang akan lupa diri bila kehidupannya dah bertambah baik. Sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan ingat siapa yang bersama kita ketika kita ni nothing, ketika kita ni bukan siapa-siapa dan tiada apa-apa.

6. Adil dan saksama untuk ibu dan isteri sendiri.
Tak boleh melebihkan mana-mana pihak hatta ibu sendiri atau isteri. Sayang macam mana pun pada isteri, tanggungjawab pada ibu masih wajib untuk dilaksanakan. Patuh dan taat macam mana pun pada ibu, jangan sampai abai dan menganiaya isteri sendiri.

7. Jangan mula main betina.
Perempuan yang cantik, muda dan single is everywhere. Banyak choices yang selalu Allah hadapkan depan mata tapi bila dah jadi suami, sentiasa tundukkan pandangan, jaga pergaulan dan jangan berhubungan dengan perempuan lebih dari sekadar yang ditetapkan. Ingat status diri, ingat kemampuan diri. Hubungan yang halal akan mula bermasalah saat kita mengejar yang haram.

8. Jangan tinggal solat, jaga hubungan dengan Allah.
Saat kau tinggal solat, maka saat itu kau akan mudah terpengaruh dengan perbuatan jahat. Saat kau tinggal solat, maka saat itulah hidup kau akan berubah 360 darjah. Hati akan keras, ego akan melangit, rezeki makin sempit dan kau akan makin jauh dari akhirat sebab kau dah dibuai dengan nikmat duniawi yang sifatnya sementara sahaja. Jika Allah pun kau boleh tinggalkan, apatah lagi manusia.

Ini sebahagian sahaja, tapi kalau mampu jaga 8 points ni, maka insyaAllah hubungan kita, rumahtangga kita akan baik-baik sahaja.