Jika anda melakukan penyusuan eksklusif, sudah tentu aspek pemakanan sangat penting untuk dititikberatkan.

Jadual Pemakanan Ibu Menyusu Ini Bantu Kekal Kenyang Dan Bertenaga!

Diet pemakanan seimbang

Anda tidak memerlukan diet penyusuan khas tetapi apa yang dimakan haruslah seimbang.

Ini bermakna diet anda perlu mengandungi buah-buahan dan sayuran, serta bijirin penuh seperti oat, beras perang serta bijirin dan roti yang dilabelkan gandum penuh.

Makanan tinggi kanji seperti kentang dan pasta adalah sumber tenaga penting.

Anda juga memerlukan protein tanpa lemak – ayam, telur, kekacang, lentil, ikan dan daging lembu tanpa lemak. Lemak sihat seperti minyak zaitun, kekacang, avokado dan ikan berlemak juga baik.

Sangat penting untuk ibu yang menyusukan anak menjaga diet pemakanan harian. Ini kerana ia dapat membantu mengekalkan tenaga dan menjadikan emosi anda lebih stabil.


Jadual pemakanan ibu menyusu

Ini antara idea hidangan harian untuk anda cuba:

Jam 7-8 pagi – Sarapan

Apabila ingin bersarapan, pastinya kita akan terbayangkan nasi lemak mahupun roti canai, bukan? Tetapi untuk anda yang menyusukan badan, sudah tentu menu yang lebih sihat amat disarankan.

IKLAN

Apa kata anda cuba overnight oat dengan susu badam, ditambah biji chia, oat dan juga buah-buahan segar pilihan – seperti strawberi atau beri biru.

Bagi mereka yang tidak pernah mencubanya overnight oat adalah oat yang direndam bersama susu dalam satu bekas dan disimpan semalaman di dalam peti sejuk – kerana ia lebih enak dimakan sejuk.

Oat jenis rolled atau cooking oat adalah yang paling elok dan sesuai digunakan.

Untuk menu yang lebih ringkas, roti sandwic tuna dan susu kurma jawapannya. Susu kurma bukan sahaja mengenyangkan, bahkan berkhasiat dan dikatakan sebagai makanan penggalak susu.

Berikut resepi susu kurma boleh anda cuba:

Bahan-bahan:

  • 7 biji buah kurma – dibuang bijinya (untuk 1 hidangan)
  • Air mineral secukupnya
  • Susu UHT (boleh juga guna susu kambing). Tidak digalakkan menggunakan susu serbuk atau susu pekat manis

Cara-cara penyediaan:

  • Rendam kurma yang sudah dibuang biji di dalam air mineral hingga menutup permukaan kurma semalaman. Anda boleh letak di dalam peti ais jika mahu sejuk.
  • Waktu bersarapan, tuang kurma yang sudah direndam berserta air rendamannya. Tambahkan susu UHT secukupnya.
  • Kisar semuanya hingga halus.
  • Sedia untuk dinikmati.

Jam 10-11 pagi – Minum pagi dalam jadual pemakanan ibu menyusu

IKLAN

Untuk hidangan snek waktu pagi ini, pilih makanan yang lebih ringan.

Anda boleh makan:

  • 5 keping kraker gandum penuh
  • 1 cawan yogurt rendah lemak
  • Potongan epal
  • Kismis
  • Coklat panas
  • Jam 12-1 tengah hari – Makan tengah hari

Bagi menu makan tengah hari pula, kita ubah kepada cita rasa western, okay?

  • 2 ketul bebola daging
  • 1 cawan spageti
  • ½ cawan sos bolognese
  • 14 biji buah anggur

Namun jika tekak masih mahukan sesuatu berunsur kemelayuan, anda boleh memilih hidangan nasi, berlauk ayam atau ikan, sayur hijau dan pastikan ada buah-buahan.

Jam 3-5 petang – Minum petang

Snek petang pula, anda boleh memilih roti bakar gandum penuh bersama ½ cawan buah-buahan.

Sekiranya anda mahukan sesuatu yang lebih mengenyangkan sementara tiba waktu makan malam, smoothie peanut butter strawberry pilihan terbaik.

Jam 7-8 malam 

IKLAN

Nasi bersama lauk pilihan ikan atau ayam, sayuran berdaun hijau dan juga buah-buahan.

Tetapi jika inginkan sesuatu yang lebih fancy, anda boleh mencuba baked salmon bersama kentang panggang dan kacang pis.

Jam 9-10 malam – Minum malam

Pada sesi snek malam, anda boleh menikmati 2 auns bijirin, 1 cawan susu dan ½ cawan buah-buahan.

Anda juga boleh menyediakan bekalan di malam hari – buah kurma dan air kosong untuk jika terasa lapar dan dahaga.

Jika terdapat sebarang keraguan mengenai kesesuaian sesuatu jenis makanan untuk anda ambil semasa menyusukan bayi, berbincanglah dengan doktor.

Jadual Pemakanan Ibu Menyusu Ini Bantu Kekal Kenyang Dan Bertenaga!

Kredit: Hello Doktor

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sek

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI