Anak anugerah yang tidak ternilai untuk kita sebagai ibu bapa. Amanah ini harus dijaga dan dididik dengan baik sehinggalah mereka dewasa kelak. Tidak kiralah sama ada anak lelaki ataupun anak perempuan tanggungjawab untuk mendidik mereka tetap mencabar.

Bagi yang mempunyai anak perempuan, cabaran terbesar adalah untuk memastikan anak-anak selamat dididik sehinggalah suatu hari nanti tanggungjawab tersebut diambil alih oleh suaminya. Namun bukan mudah. Ikuti perkongsian Puan Farhan ini.

Bila ada anak perempuan orang senang cakap “ala anak kecik lagi pakai macam mana pun tak apa nanti dah besar ajarlah… “

Sebenarnya ajar dari kecik bkn dah besar bru nk ajar… siap belikan anak baju seksi-seksi konon-konon nampak elegance ala-ala orang berduit gitu

pakai baju tak ada lengan, short pant bagai. Anak prempuan bila dah sedap diajar pkai pakaian sebegitu bila dah besar nanti dah jadi kebiasaan. So jangan pandang remeh  benda-benda macam ni.

Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan. Jujur, masa dia kecil kecik dulu
tak rasa sangat cabarannya tapi bila dah besar makin terasa cabarannya.

Mak sentiasa pesan, ada anak perempuan jangan ambil mudah..jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat. Tugasnya amat besar!

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki

Bila ada anak perempuan. Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup, tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini, tidak ketat menonjol. 

Ajarkan mereka erti malu, ajar pakai yang sopan sopan. Besederhana menikmati zaman kanak kanak.

Bila ada anak perempuan, tak boleh dibiar tidur sana sini. Harus diajar tidur setempat di dalam bilik. Bahayanya ada dimana mana. Jangan percaya kepada sesiapa!

Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka sentuhan selamat. Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat. Jangan biarkan anak berseorangan. Sentiasa temani mereka. Biar kita susah hari ini, dari menangis dikemudian hari.

Bila ada anak perempuan. Ajarkan mereka tentang harga diri, ajar mereka untuk sayang diri sendiri. Kerana diri mereka sangat berharga.

Bila ada anak perempuan, terangkan kepada mereka tentang haid dan kehamilan bila mereka sudah baligh. Usah malu untuk memberi ilmu, bimbang mereka cari di tempat salah.

Bila ada anak perempuan, pilihlah rakan untuk mereka. Kenali juga siapa kawan mereka.
Rakan yang baik menjadi penguat, rakan yang nakal menjadi pemusnah

Bila ada anak perempuan, selalu lah diperiksa handphone mereka. Apa yang dikongsi
, apa yang ditulis, ambil tahu!

Bila tiba saat kau lepaskan mereka- hidup berjauhan. Sentiasa ingatkan mereka
jagalah diri baik baik, jagalah maruah diri, jagalah maruah keluarga. Biarlah orang kata kita kolot, biarlah orang kata kita syadid.

Bila ada anak perempuan berdoalah, mohon dijaga kehormatan diri mereka, mohon dijaga keselamatan mereka. Moga moga Allah jaga dan lindung..

Perkongsian utk kita sebagai ibubapa semua. Ketika ibu bapa hidup, anak-anak perlukan doa ibu bapa. Apabila ibu bapa meninggal,mereka tunggu doa & amalan dari anak-anak. Sebagai syafaat mereka di kubur.

Sumber: Puan Farhan