Ads

Jangan Abaikan Diri, Ibu Juga Berhak Merasa Cantik Seperti Zaman Belum Berkahwin!

Ada satu fasa dalam kehidupan seorang wanita apabila cermin mula terasa sedikit asing. Dulu, sempat juga berdiri lama di depan cermin, belek wajah, sapu sedikit skincare atau pilih warna gincu yang serasi dengan baju. Tetapi selepas bergelar ibu, ada hari-hari kita sekadar sempat memandang pantulan sendiri ketika membasuh muka sebelum anak memanggil dari bilik sebelah.

Kulit yang dahulu terasa lebih segar mula nampak kusam. Jerawat tiba-tiba muncul, wajah kelihatan letih walaupun baru bangun tidur, manakala perubahan hormon selepas kehamilan dan bersalin membuatkan sesetengah ibu terasa seperti sedang mengenali tubuh dan wajah sendiri untuk kali kedua. Perlahan-lahan, keyakinan yang pernah begitu mudah hadir itu mungkin mula pudar, bukan kerana seorang ibu sudah tidak cantik, tetapi kerana terlalu banyak perkara lain yang perlu didahulukan.

Jangan Abaikan Diri, Ibu Juga Berhak Merasa Cantik Seperti Zaman Belum Berkahwin!

Anak perlu makan, pakaian perlu dibasuh, rumah perlu diurus dan kerja pula menunggu. Dalam masa yang sama, keperluan suami, keluarga dan orang di sekeliling tetap perlu difikirkan. Akhirnya, selepas semua orang selesai dijaga, ibu sering menjadi orang terakhir dalam senarai.

Bila Menjaga Diri Terasa Seperti Satu Kemewahan

Realiti itulah yang cukup dekat di hati Puan Fatin Alawiah Amiruddin, pengasas Soora Miguhara. Bagi Fatin, kecantikan tidak pernah sepatutnya terhenti pada apa yang kelihatan di luar. Cara seorang wanita menjaga dan menghargai dirinya sendiri juga membawa makna yang jauh lebih besar.

Jangan Abaikan Diri, Ibu Juga Berhak Merasa Cantik Seperti Zaman Belum Berkahwin!
Puan Fatin Alawiah Amiruddin, pengasas Soora Miguhara

Sepanjang melihat kehidupan wanita di sekelilingnya, terutama para ibu, Fatin sedar bahawa wanita selalunya terlalu cekap menjaga semua orang sehingga terlupa bahawa dirinya juga manusia yang perlu diberi perhatian. Kerana itu, apabila mengenali Miguhara, sebuah jenama penjagaan kulit dari Korea yang menekankan rutin konsisten, minimal dan berfokus kepada keperluan kulit, pendekatan itu terasa sangat dekat dengan apa yang beliau percayai.

Bagi Fatin, penjagaan kulit tidak perlu rumit. Ia tidak semestinya melibatkan terlalu banyak langkah atau mengambil masa yang panjang kerana kadang-kadang, apa yang diperlukan hanyalah beberapa minit yang benar-benar diperuntukkan untuk diri sendiri.

“Saya mahu para ibu tahu bahawa menjaga diri bukan bermaksud mereka mengabaikan keluarga. Mereka cuma sedang memberikan sedikit penghargaan kepada diri sendiri.”

Beberapa Minit Khas Untuk Ibu

Mungkin kedengarannya kecil tetapi menyapu serum, memakai mask, menggunakan pelembap atau melindungi kulit sebelum keluar rumah. Tetapi untuk seorang ibu yang sepanjang hari hidupnya sentiasa berkisar tentang keperluan orang lain, beberapa minit itu boleh terasa jauh lebih besar daripada sekadar rutin kecantikan.

Ia boleh menjadi ruang untuk berhenti sekejap, memandang wajah sendiri dan menarik nafas selepas seharian bergerak tanpa henti. Dalam momen kecil itu juga, seorang ibu boleh mengingatkan dirinya bahawa wanita di sebalik gelaran ‘ibu’ itu masih ada, masih punya keinginan dan masih berhak diberi perhatian.

Atas pemikiran inilah Soora Miguhara dibawa lebih dekat kepada pengguna Malaysia. Nama tersebut menggabungkan identiti SooraBeauty dengan Miguhara, jenama skincare Korea yang menawarkan pelbagai pilihan penjagaan seperti cleansing, hydration, brightening, soothing, anti-aging dan rutin penjagaan kulit harian.

Ads

Jangan Abaikan Diri, Ibu Juga Berhak Merasa Cantik Seperti Zaman Belum Berkahwin!

Namun, bagi Fatin, memiliki banyak produk bukanlah matlamat utama. Apa yang lebih penting ialah setiap produk mempunyai fungsi yang jelas dan pengguna memahami apa sebenarnya yang diperlukan oleh kulit mereka. Bukan membeli semata-mata kerana sesuatu produk sedang viral, tetapi memilih berdasarkan keadaan dan keperluan kulit sendiri.

Cantik Tak Semestinya Sempurna

Ada satu tekanan yang sering tidak disebut apabila bercakap tentang kecantikan selepas bersalin. Seolah-olah selepas beberapa bulan menjadi ibu, seorang wanita perlu segera ‘kembali seperti dulu’. Berat badan mesti turun, kulit mesti kembali glowing, wajah mesti kelihatan segar dan tubuh pula diharapkan kembali seperti sebelum hamil.

Hakikatnya, tubuh seorang ibu baru sahaja melalui sebuah perjalanan yang cukup besar. Sembilan bulan membawa satu kehidupan, kemudian melalui proses melahirkan, berjaga malam, menyusu, perubahan hormon dan rutin yang tidak lagi sama. Mungkin yang ibu perlukan bukan tekanan untuk kembali menjadi wanita yang dahulu, tetapi ruang untuk menyayangi wanita yang ada di hadapan cermin hari ini.

Jangan Abaikan Diri, Ibu Juga Berhak Merasa Cantik Seperti Zaman Belum Berkahwin!

Bagi Fatin sendiri, cantik tidak pernah bermaksud sempurna. Cantik, pada pandangannya, lebih dekat kepada rasa selesa dengan diri sendiri dan keberanian untuk menjaga diri tanpa rasa bersalah.

Ads

“Cantik itu apabila seorang wanita rasa selesa dengan dirinya sendiri, yakin dengan dirinya dan tidak rasa bersalah kerana meluangkan masa untuk menjaga diri.”

Mungkin itulah definisi kecantikan yang lebih ramai ibu perlukan. Bukan mengejar wajah tanpa cela atau membandingkan diri dengan wanita lain, tetapi belajar menerima perubahan sambil perlahan-lahan membina kembali keyakinan terhadap diri sendiri.

Dari Korea, Tetapi Untuk Rutin Wanita Malaysia

Walaupun Miguhara berasal dari Korea, Fatin tidak mahu wanita memilih sesuatu produk hanya kerana label ‘Korean skincare’. Baginya, produk tetap perlu mempunyai nilai dan tujuan. Pengguna perlu tahu apa fungsinya, bagaimana mahu menggunakannya dan bagaimana produk tersebut boleh dimasukkan ke dalam rutin harian mereka.

Jangan Abaikan Diri, Ibu Juga Berhak Merasa Cantik Seperti Zaman Belum Berkahwin!

Maklum balas daripada pelanggan Malaysia juga diberi perhatian kerana keperluan dan gaya hidup pengguna di sini mungkin berbeza berbanding di Korea. Sebab itu, peranan Soora Miguhara bukan sekadar menjual produk kecantikan, tetapi menjadi penghubung antara produk Korea yang berkualiti dengan keperluan sebenar wanita di Malaysia.

Antara produk yang mendapat sambutan ialah DailyShine Mask dan Rose UV Tone Up, selain beberapa produk lain daripada rangkaian penjagaan kulit Miguhara. Namun bagi Fatin, tanda paling bermakna bukan sekadar jumlah produk yang terjual, tetapi apabila pelanggan kembali membeli kerana produk tersebut sudah menjadi sebahagian daripada rutin mereka.

Jangan Abaikan Diri, Ibu Juga Berhak Merasa Cantik Seperti Zaman Belum Berkahwin!

Ads

Kepercayaan itu terasa lebih besar apabila pelanggan bukan sahaja membeli semula, tetapi turut mencadangkan produk kepada ibu, kakak, adik atau sahabat baik. Bagi sebuah jenama, pembelian berulang seperti itu menunjukkan bahawa hubungan dengan pengguna sudah bergerak melangkaui sekadar jual beli.

Ibu Juga Layak Ada Ruang Untuk Dirinya

Ada kalanya kita terlalu biasa mendengar ayat, “Ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk anak.” Ya, pengorbanan seorang ibu memang besar, tetapi mencintai keluarga tidak seharusnya menuntut seorang wanita menghilangkan dirinya sendiri.

Anak-anak juga membesar dengan melihat cara ibu melayan dirinya. Kita mengajar mereka menjaga kebersihan, makan dengan baik, berehat dan menghargai diri, namun dalam kesibukan mendidik anak tentang semua itu, ibu juga perlu melakukan perkara yang sama untuk dirinya sendiri.

Fatin melihat penjagaan kulit sebagai salah satu bentuk kecil penjagaan diri yang boleh dilakukan secara konsisten. Ia bukan soal menghabiskan masa berjam-jam di hadapan cermin atau memiliki kabinet penuh produk kecantikan. Kadang-kadang, lima minit sudah memadai, kerana mesej di sebalik lima minit itu jauh lebih penting — ibu juga layak dijaga.

“Kulit adalah sesuatu yang kita bawa setiap hari. Menjaganya secara konsisten adalah satu bentuk investment kepada diri sendiri.”

Bukan Sekadar Jenama, Tetapi Sebahagian Daripada Perjalanan Wanita

Melangkah ke hadapan, Soora Miguhara mahu memperkenalkan lebih banyak produk Miguhara kepada pengguna Malaysia sambil membina kefahaman bahawa penjagaan kulit bukan tentang mengikut apa yang sedang trending. Fatin juga berharap SooraBeauty dapat menjadi sebuah platform yang membantu wanita memilih produk berdasarkan keperluan kulit mereka sendiri.

Dalam jangka panjang, impiannya lebih besar daripada sekadar pertumbuhan sebuah jenama. Beliau mahu membina komuniti wanita yang benar-benar memahami kulit mereka, mempercayai produk yang digunakan dan menjadikan penjagaan diri sebahagian daripada kehidupan seharian.

Jangan Abaikan Diri, Ibu Juga Berhak Merasa Cantik Seperti Zaman Belum Berkahwin!

Bagi Fatin, membina sebuah jenama bukan tentang seberapa cepat ia boleh berkembang, tetapi sejauh mana ia mampu kekal relevan, dipercayai dan dekat dengan pelanggan. Prinsip itu juga terasa dekat dengan perjalanan seorang ibu mencintai dirinya sendiri, tidak perlu terburu-buru untuk menjadi seperti dahulu, tidak perlu berlumba dengan sesiapa dan tidak perlu menjadi sempurna.

Cukuplah perlahan-lahan kembali memberikan perhatian kepada wanita yang selama ini terlalu sibuk menjaga semua orang. Kerana selepas menjadi seorang ibu, seorang wanita tidak kehilangan dirinya. Kadang-kadang, dia cuma terlupa bahawa dirinya juga masih layak dicari, dijaga dan disayangi. Because mothers, you worth all the loves! 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Kaki Bengkak Ketika Hamil, Perlu Risau Atau Tidak?

Kaki Bengkak Ketika Hamil, Perlu Risau Atau Tidak?

Kaki bengkak ketika hamil sering berlaku dan biasanya normal. Ketahui punca, cara mengurangkan bengkak dan tanda bahaya menurut penjelasan doktor.