Ramai ibu dan guru-guru yang selalu mengeluh kerana anak-anak kecil sukar untuk memberi fokus kepada apa yang sedang dilakukan. Daya fokus kanak kanak sebenarnya adalah agak singkat iaitu antara 10 hingga 15 minit sahaja.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Jadi sebagai ibubapa atau pendidik, jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi pada anak anak kecil untuk memberi focus atau perhatian pada sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan. Bagaimanapun daya fokus ini boleh dirangsang atau dipupuk supaya ia berlaku lebih lama dari biasa.
Menurut pakar psikologi klinikal, Dr Jamie Howard memberi tumpuan atau fokus seumpama otot yang memerlukan senaman untuk menguatkannya. Berikut adalah Antara perkara perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau pendidik bagi merangsang atau meningkatkan daya fokus kanak-kanak yang dikongsi oleh pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali.
Ads
Kebanyakan kanak-kanak boleh fokus pada aktiviti yang seronok dan gembira. Apabila tiba aktiviti yang membosankan, kanak-kanak berasa kurang berminat dan mereka akan hilang fokus. Sebagai ibubapa dan guru pastikan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menarik minat kanak kanak.
Ads
Bagi memastikan aktiviti tersebut adalah menyeronokkan, ibubapa dan pendidik boleh berbincang dengan kanak-kanak apakah jenis aktiviti yang akan dilakukan. Minta pendapat kanak kanak juga dalam menyediakan bahan dan perancangan aktiviti.
Ads
-Pastikan aktiviti tersebut dilakukan dalam suasana yang kondusif atau selesa serta wujud perasaan selamat pada kanak-kanak.
– Pastikan ruang tempat melakukan aktiviti adalah bersih selesa dan pada suhu yang bersesuaian. Ruang yang panas akan menyebakan kanak-kanak cepat hilang fokus.
-Berikan arahan dengan menggunakan ayat-ayat yang mesra dan bukan berbentuk ugutan. Selain dari itu sentiasa memberi masa kepada kanak kanak untuk menyiapkan sesuatu aktiviti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lara Alana yang kini mencecah usia 5 tahun ibarat best friend daddynya, Awal Ashari kerana hubungan mereka berdua sangat rapat dan Lara pun suka membuat kejutan pada daddynya.
Menurut Awal, apa yang dilakukan pada Lara adalah untuk membalas kembali kesibukannya bekerja dan apabila ada masa terluang akan dimanfaatkan untuk melayan karenah Lara.
“Ramai yang kata bonding ayah dengan anak sejak kecil sebenarnya bagus kerana anak lebih bijak dan membesar dengan penuh rasa kasih sayang.
“Walaupun sering sibuk, ada masa terluang saya dan Scha akan layan Lara buat apa saja aktiviti menghiburkan. Bukan sepenuhnya menyerahkan tugas kepada pengasuh,” katanya.
Jika diikutkan tidak kira anak lelaki atau perempuan masing-masing memerlukan peranan seorang bapa dalam perkembangannya.
Mungkin bonding Awal dan Lara ini boleh dijadikan contoh untuk bapa-bapa yang lain kerana dalam posting di instagramnya sebelum ini dia selalu memanfaatkan masanya dengan Lara melalui beberapa cara ini.
PERJALANAN KE SEKOLAH
Boleh dikatakan Awal mengambil tugasan menghantar Lara ke sekolah setiap pagi. Jadi, waktu ini menjadi satu sesi untuk mereka berdua berbual-bual. Lara bebas untuk melontarkan idea dan Awal juga boleh bertanya apa sahaja kepada Lara. Seronok bila kedua-duanya bercakap dengan bahasa Inggeris.
Ini secara tidak langsung akan menggalakkan skil pergaulan, skil pertuturan dan perkembangan kognitif terutama sekali apabila si ayah mengajukan soalan-soalan yang agak rumit dan memerlukan penaakulan dan berfikir.
MEMBACA
Awal juga meluangkan masa bersama Lara bagi sesi membaca. Sekiranya ada salah sebutan, Awal akan memperbetulkannya. Jadi, ini bukan sahaja sesi pembelajaran, tapi juga merapatkan hubungan antara bapa dan anak.
PRETEND PLAY
Awal selalu ambil bahagian dalam permainan yang digunakan Lara. Mainan seperti masak-masak, anak patung dan macam-macam lagi. Pretend play atau main peranan ini sangat bagus untuk menggalakkan si kecil berimaginasi dan menajamkan skil bahasa.
BERMAIN DI LUAR RUMAH
Awal juga sering membawa Lara bersenam dan beriadah. Ini juga cara merapatkan hubungan antara mereka. Sambil mengeluarkan peluh, udara segar dan suasana menghijau memberikan mood yang baik.
WAKTU MAKAN
Walaupun Lara dah mula belajar berdikari sekali-sekala Awal ada juga menyuapnya untuk bagi berselera. Orang kata suapan ibu bapa ini mengeratkan hubungan anak. Apa yang boleh dipuji tentang Awal ini dia seorang daddy yang kreatif dan rajin melayan dan memujuk jika mood Lara tak berapa elok untuk makan. Seboleh-bolehnya dia akan buat apa saja untuk bagi Lara makan.
Selain itu, Awal juga akui sejak Lara dah pandai ni, dia selalu juga buat kejutan dengan memberi apa sahaja kad dengan lukisannya tersendiri untuk meluahkan rasa hati. Biasa dia tulis I Love You
Kiranya bila dah dapat kad dari Lara daddy dan mummy akan faham apa yang Lara mahukan,” jelasnya.
Sumber: Instagram Lara Alana & Awal Ashari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak masih tidak pandai bercakap? Pelat dan bercakap terlalu laju yang kita sendiri tidak faham?
Lagi satu anak faham apa yang kita ucapkan kepada mereka tetapi mereka hanya sekadar tersenyum dan jika bercakap sekalipun bahasanya boleh dikatakan seperti ‘Bahasa German’.
Kalau ya anak-anak anda ada masalah ini, jangan biarkan. Lakukan aktiviti yang boleh membantu kelancaran pertuturan anak kita sendiri di rumah.
Perkongsian dari Puan Hidayah Azir ini cukup mudah dan boleh membantu ibu bapa merancang aktiviti seperti ini sejak awal. Selain memberi keseronokan ia juga sangat bermanfaat.
Sel-sel otak yang saling berhubung menjadikan anak cerdas dan bijak. Tahukah anda bahawa bayi dilahirkan dengan lebih daripada 100 bilion sel-sel otak? Semasa dilahirkan, sesetengah sel tersebut telah bercantum dengan sel-sel lain bagi mengawal degupan jantung dan pernafasan, tindakan refleks dan fungsi-fungsi badan yang lain.
SEL OTAK
Anehnya, kebanyakan sel-sel otak hanya bercantum selepas anak anda dilahirkan. Sel-sel otak hanya membentuk perhubungan dengan kebanyakan bahagian di dalam otak pada bulan-bulan dan tahun-tahun pertama di dalam kehidupan. Pembesaran dua pertiga daripada otak ini berlaku dalam tempoh 0 hingga 8 tahun pertama kehidupan. Fokus pada menstimulasikan otak pada tempoh ini adalah sangat kritikal. Percantuman sel-sel ini adalah komponen-komponen kompleks yang membentuk pemikiran, perasaan dan tabiatnya.
Pada masa dahulu, sesetengah para saintis menyatakan yang perkembangan otak ditentukan secara genetik. Perkembangan otak terjadi mengikut haluan biologi yang telah ditentukan lebih awal lagi. Pengalaman awal boleh mempengaruhi perkembangan otak dan merangsang cara-cara tertentu di mana komponen-komponen ini disambungkan. Otak si manja sentiasa bekerja. Dunia di sekelilingnya mempengaruhi pembentukan perkembangan otaknya melalui pengalaman yang dirasai oleh deria- melihat, mendengar, menghidu, menyentuh dan merasa.
STIMULASI
Paling baik, rangsangan otak dilakukan sejak daripada alam rahim lagi dan diteruskan selepas kelahiran.
Usia 0 hingga 6 tahun adalah waktu kritikal di mana sebarang stimulasi yang dilakukan pada otak dalam masa ini akan menggalakkan percantuman antara sel-sel yang bermula dari bawah ke atas. Jika rangsangan tidak dilakukan, sel-sel ini akan mati.
Jika perkembangan tersebut tidak disusuli dengan rangsangan yang betul, maka bersedialah membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar anak anda ke pusat-pusat terapi atau tuisyen dalam membantu memulihkan perkembangan tersebut. Justeru, apa sahaja yang dilakukan pada peringkat umur ini akan memberikan impak kepada perkembangan kognitif dan pemikiran mereka.
PANDUAN RANGSANGAN OTAK ANAK
Komunikasi
Kerapkan berkomunikasi dengan anak terutama sekali yang melibatkan komunikasi dua hala. Misalnya berbual, bercakap dengannya mengenai sesuatu topik atau apa yang ada di sekeliling. Komunikasi tidak formal ini akan memberikan impak positif dari segi perkembangan bahasa dan pembinaan perbendaharaan kata (vocabulary). Minta pendapatnya dalam pelbagai situasi untuk membina pemikiran kritis dan lontaran idea spontan. Jangan abaikan suara kecil ini kerana kelak segala memori yang diperolehinya akan disimpan di lexical database pada otak. Info-info ini akan dipanggil semula tanpa sedar apabila diperlukan nanti. Membaca buku bersama pada 10 minit terakhir sebelum tidur akan membantu si kecil menambah tatabahasa dan perkataan baru.
Sebab-akibat
Sentiasa menghuraikan tentang sebab-akibat kepada si manja. Hal ini akan memberikan info-info baru kepada si manja. Info tersimpan di lexical database akan dipanggil semula tanpa sedar dan membantu pembinaan skema pengetahuan yang tersimpan.
Sebagai contoh, si manja belajar tentang ‘awan’. Skema yang membentuk ‘awan’ antaranya adalah (i) titisan air, (ii) pelbagai bentuk seperti awan cirrus, awan cirrostratus, awan cumulus, (iii) warna awan dan pelbagai lagi. Dalam tidak sedar, si manja anda membina ilmu pengetahuan mereka.
Minda bawah sedar
Jangan main-main dengan minda bawah sedar. Waktu sebelum tidur adalah waktu yang kritikal yang mampu memberikan kesan kepada pembangunan minda bawah sedar. Untuk membantunya berkembang sihat, elakkan si manja daripada melihat imej negatif seperti filem kejam, seram, mendedahkannya kepada situasi negatif seperti memarahinya atau keadaan yang tertekan.
Setiap kali terdedah kepada perkara negatif, sejenis bahan kimia yang berkait rapat dengan stres akan di rembes dan kekal di dalam badan. Hal ini kerana khuatir akan menjejaskan pembinaan otak, karakter dan pemikiran si manja.
Rangsangan deria
Rangsangan deria atau sensori penting dalam merangsang minda si kecil. Bawa si manja ke tempat-tempat yang berlainan supaya dia boleh menerokai bermacam-macam tekstur, bau, saiz, bentuk dan warna.
Misalnya ke taman permainan, pantai, hutan, sawah, padang dan sebagainya. Benarkan anak anda untuk menyentuh dan merasa setiap tekstur tersebut dengan jari mereka. Setiap benda yang di sentuh oleh jari si manja secara tidak langsung sebenarnya juga merangsang otak mereka. Begitu jugalah pentingnya peringkat merangkak. Anak-anak yang tidak melalui peringkat ini berkemungkinan besar akan ada masalah yang berkaitan dengan sensori.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.