Kesibukan kerja kadang-kadang membataskan ibu bapa untuk bersama anak-anak. Hati hati Dengan Kesibukan. Mencari nafkah itu kewajipan, buat perut si anak yang perlu dikenyangkan, buat pasangan hidup yang perlu dicukupkan.
Tapi janganlah sampai..Kita larut dalam kesibukan, sampai berkerut dahi siang dan malam hanya fokus pada mencari wang.
Padahal Kasih sayang itu juga kewajipan, perhatian itu juga kewajipan. Masa untuk anak isteri juga suatu keperluan. Tanpa itu semua, jadilah anak kita anak yang lemah bonding-nya. Jadilah pasangan kita lemah ikatan emosinya.
Ads
Sampai suatu masa nanti. Ketika anak mencari sesuatu untuk memenuhi kekosongan hati. Kawan-kawan lah yang akan memenuhi. Gajet-gajet la yang akan mengisi. Hiburan dan keseronokan duniawi la yang akan mempengaruhi. Hingga akhirnya semua itu memenuhi hati. Ikatan hati anak kita yang diabaikan penjaganya sendiri. Ketika itulah bermulanya, KEROSAKAN ANAK YANG KITA CINTAI.
Janganlah cuma salahkan mereka. Lihatlah diri kita yang mencuaikan perhatian terhadap mereka, yang terlalu sibuk dengan pekerjaan kita, hingga emosi anak anak menjadi mangsa.
Ads
Jangan sekali kali tukar anak kita dengan pangkat & wang ringgit!
Ads
p/s : Ketika kesibukan isteri saya, fikirannya masih pada anak. Ketika kesibukan saya, fikiran saya hanya fokus pada kerja. Sebak! Ya Allah. Mudahkan diriku dan semua ayah di dunia untuk bekerja tanpa melupakan anak anak yang diamanahkan kepada kami semua!
Tak paksa tapi bimbing. Ini pendekatan yang diberikan Tomok dan isterinya untuk ajar anak-anak cinta al-Quran dan belajar di usia kecil.
Jika diikutkan rangsangan demi rangsangan yang diberikan berupaya untuk membentuk satu keupayaan positif dalam diri anak terutama dari aspek mental, fizikal dan sahsiah diri. Pentingnya diusia antara 3 hingga 6 tahun ini, anak akan belajar daripada apa yang mereka lihat dan buat.
Jangan rasa kita gagal mendidik anak jika lihat anak itu tidak betul-betul memberi tumpuan sewaktu mereka sedang melakukan sesuatu sebaliknya teruslah membimbing tanpa putus asa. Anak ini ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Jika perkara baik yang kita terapkan, insya-Allah akan dapat hasil yang baik juga selepas itu.
Dalam hal mendidik anak, selebriti seperti Tomok dan isterinya, Ayu wajar dijadikan contoh. Walaupun kesibukan kerja dan menguruskan perniagaan, ternyata mereka sangat menitikberatkan pendidikan akademik dan keagamaan kepada anak-anak.
Menurut Tomok, bukan mudah untuk melayan karenah anak yang macam-macam ragam. Jika orang lain ada pembantu untuk menguruskan anak, saya dan isteri lebih selesa untuk menguruskan anak sendiri.
“Kita boleh lihat anak membesar depan mata dan tahu rutin mereka. Walaupun kadang-kadang perangai mereka sukar dibaca kerana sekejap mengamuk dan menangis, saya dah faham.
“Dari situ ia mengajar saya dan isteri kesabaran untuk melayan karenah anak. Mungkin orang tengok Arrian dan Andra comel je dalam instagram tetapi mereka juga melalui fasa yang sama seperti kanak-kanak lain.
“Paling penting di usia ini, saya sangat memberi penekanan kepada pelajaran anak-anak. Prinsip saya bukan memaksa tetapi mendedahkan mereka dengan sesuatu yang baru.
“Daripada tak tahu apa-apa sekurang-kurangnya dia dapat belajar. Itu yang penting. Sebolehnya saya tidak mahu anak-anak terlibat dalam industri muzik secara serius tetapi biarlah mereka memilih bidang yang lain. Kalau sekadar hobi ia tak menjadi masalah,” katanya.
Antara yang menarik mengenai cara didikan Tomok dan Ayu membesarkan anak-anak boleh dijadikan panduan.
1) Memastikan keseimbangan pendidikan akademik, pengajian al-Quran dan keagamaan.
2) Menetapkan dua kali seminggu untuk anak-anak belajar al-Quran dengan ustazah.
3) Sama-sama belajar dan memperbaiki bacaan al-Quran.
4) Sokong minat anak dan bagi peluang mencuba perkara baru
5) Dedahkan anak dalam kelompok positif
Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 Oktober 2017 menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya. Ia juga memuatkan perjalanan bagaimana Tomok mencipta single pertama yang diinspirasikan daripada anak-anaknya.
#RockstarJr #ArrianAndra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam mana nak buat ya, anak saya memang tak mahu makan. Susu sahaja yang anak hendak minum. Anak saya mesti nak hisap susu botol sebelum tidur.
Malah dah jadi kebiasaan bila ibu tak bagi susu pada anak mulalah rasa risau takut anak tak kenyang ataupun tak dapat zat dan nutrisi yang mencukupi.
Untuk anak yang berusia lebih 2 tahun, susu bukan keperluan utama anak.
Semasa pertumbuhan anak membesar dari 0 hingga 2 tahun, susu ialah keperluan zat untuk pertumbuhan fizikal (tulang dan lain-lain) serta perkembangan minda anak-anak (untuk perhubungan sel-sel otak).
Antara tip-tip untuk membantu anak di dalam pemakanan:
Jarakkan 4 hingga 6 jam untuk susu selepas makan. Jika anak minta susu, beri buah-buahan ataupun snek sihat (homemade finger food/homemade nugget dan lain-lain).
Antara konsep yang biasa digunakan
+ “eat or go hungry” – beri anak 2 sahaja pilihan, nak makan atau berlapar.
+ “eat and play” (sesi belajar masa makan) – Sesi makan bersama yang penuh dengan konsep belajar seperti ‘pretend and play’.
+ “Do it together and eat” – ajak anak memasak bersama, dan proses belajar zat dan nutrisi bermula dari penyediaan makanan lagi
Tidak kira mana-mana konsep yang serasi dengan cara keluarga kita, yang pentingnya dapat membantu ‘mood’ anak untuk mula suka makan.
Dan kurangkan bergantung pada susu.
“Kita kena beri anak gajet dari bayi supaya dia tak ketinggalan zaman”. Ini antara pendapat ibu bapa sekarang sebab takut anak ketinggalan peredaran zaman jika tak diberi gajet sejak bayi. Ada juga yang takut anak tak “up to date” dengan gajet terkini susulan kerja sekolah di sekolah rendah pun dah ada menggunakan komputer.
Menurut Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi, ibu ayah tak perlu terlalu risau. Zaman kita dulu pun tak ada gajet, komputer sendiri pun tak ada, alhamdulillah bila cukup masanya ok sahaja tak ada masalah untuk guna bila skil dah ada. Betul tak?
Otak anak, bila dikembangkan dengan baik dan dirangsang dengan baik. Nak belajar apa pun mudah, percayalah.
Jangan terlalu risau anak ketinggalan zaman bila tak beri atau tak ada gajet di awal usia tapi risaulah anak ketinggalan perkembangan. Saya nasihat macam ini sebab saya dah jumpa banyak sangat kes kelewatan perkembangan disebabkan pendedahan gajet terlalu awal. Dan pendapat diatas adalah antara yang paling popular penyebab mak ayah beri gadget sendiri kepada anak. Antara kes popular:
Nampakkan? Yang peliknya, anak-anak terlewat perkembangan ini pandai “slide” handphone, pandai klik youtube dan buka channel kegemarannya malah ada yang pandai menyanyi dengan gajet atau TV. Mereka seperi dunia mereka sendiri tetapi bila masuk ke dunia sebenar mereka buntu.
1. Tak sedar siapa yang panggil. 2. Tak sedar hujan diluar. 3. Tak sedar mak ayah balik rumah. 4. Tak sedar ada kawan sebaya di sebelah meja makan. 5. Tak sedar sepupu-sepupu tengah main kejar-kejar. 6. Tak sedar ada bau durian di dapur. 7. Tak sedar rasa makanan manis masam masin. 8. Tak sedar suhu persekitaran sejuk atau panas. 9. Tak sedar ada lori, kereta, burung berterbangan di luar.
Tanda-tanda di atas inilah antara tanda-tanda yang saya namakan sebagai “buta persekitaran” iaitu tak sedar apa jadi di persekitaran mereka.
(Kecuali kes-kes lain tertentu seperti Autisme, ADHD dll)
Kalau anak-anak anda ada tanda-tanda ini di usia 1 tahun keatas dan ada pendedahan gajet atau TV terlalu lama, mohon mak ayah ambil tindakan awal sebelum isu lain timbul.
Tak ada gunanya kalau pandai “slide” handphone, pandai klik klik youtube, main game dalam handphone, tahu A-Z tentang teknologi terkini tapi bila tiba menulis cepat penat, bila tiba waktu makan minta mak suap sebab masih bersepah, bila tiba pakai baju berbutang kena minta orang lain butangkan, bila minta tolong ambilkan barang banyak alasan dan sebagainya.
Sebab apa? Asyik merangsang pergerakan jari telunjuk sahaja sehingga skil sebenar yang anak perlu belajar terabai.
Sebenarnya banyak sangat skil yang perlu anak belajar semasa bawah 3 tahun sebelum “skil main gadget”.
1.Skil motor halus.
2. Skil motor kasar.
3. Skil bahasa.
4. Skil sosial.
5. Skil urus diri.
Untuk merangsang skil-skil di atas, yang paling penting adalah anak WAJIB “Celik Persekitaran” kerana anak bawah 2 tahun belajar melalui sistem deria. Sistem deria pula dirangsang dengan persekitaran.
Latih, latih dan latih skil penting anak. Pastikan anak cukup umur baru beri “main gajet” atau TV. Itupun ada hadnya mengikut umur mengikut AAP (American Academy of Pediatrics):
Anak bawah 18 bulan: Zero
Anak 18 bulan – 2 tahun: 30 minit SEHARI bukan sekali tengok ya, dan hanya rancangan berilmiah BERSAMA ibu bapa.
Anak 2 tahun – 5 tahun: 1 jam SEHARI dan hanya rancangan berilmiah.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.