Biasalah anak-anak, ada ketikanya jika rasa nak panggil ibu, mama, mummy ikut suka je. Kadang-kadang boleh menimbulkan gelak ketawa, ada waktunya boleh menimbulkan syak wasangka pula.
Itu yang diceritakan oleh Tomok pada satu entri di Instagramnya apabila Andra terpanggil mama sedangkan sebelum itu memanggil isterinya, Ayu dengan panggilan dibu.
Anak-anak yang manja biasanya adalah paling sukar untuk anda minta pertolongan darinya sehingga kena tinggikan suara. Namun kalau nak meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau nak anak jadi rajin kenalah dilatih dari awal. Jadi bagaimana caranya ya? Untuk permulaan boleh cuba cara ini.
1.Pertandingan kemas rumah
Kanak-kanak memang suka bermain. Mungkin anda boleh lakukan tugasan di rumah sebagai suatu permainan yang menyeronokkan. Misalnya, permainan mengutip barang permainan yang bersepah. Siapa yang dapat mengumpul barang permainan paling banyak akan menjadi pemenang. Pastinya mereka akan seronok melakukan aktiviti ini bersama adik-beradiknya yang lain. 2.Ganjaran
Ganjaran dikatakan tidak digalakkan untuk kanak-kanak, namun tidak salah sekali kala memberi ganjaran kepada usahanya. Misalnya berjaya menyiapkan tugasan seperti mengemas bilik, lap meja makan dan membuang sampah. Atas kejayaannya anda boleh membawanya ke satu tempat yang menarik, memberinya kek atau makanan kegemarannya. Dalam pada itu, jangan lupa lihat hasil kerjanya dengan perasaan gembira walaupun ada yang anda tidak puas hati. Apa yang jelas, kanak-kanak akan berasa gembira apabila usahanya dihargai. Cara ini membuatkan ia berasa bangga dan yakin diri. Sebaliknya akan sedih dan kecewa apabila usahanya tidak dihargai dan mendapat cemuhan daripada anda. Apa yang pasti, dalam usia ini, kanak-kanak sepatutnya dididik supaya menghargai hasil kerjanya. 3.Tunjukkan pencapaian kejayaan
Bukan mudah untuk menyuruh anak terutamanya lelaki menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru tadikanya. Ada sahaja alasan tidak mahu melakukan kerja sekolah. Oleh itu, anda perlu tunjukkan kepadanya situasi bagaimana kejayaan jika bersikap rajin. Jelaskan juga kesan negatif jika bersikap malas. Katakan kepadanya, jika adik mahu berjaya menjadi angkasawan atau peguam mesti rajin baca buku dan menyiapkan kerja sekolah. Sebaliknya jika bersikap malas segala cita-cita yang diimpikan tidak akan berjaya. 4.Intonasi suara
Biasanya kanak-kanak yang rajin akan melakukan kerja yang diberi dengan kemas dan penuh keseronokan. Bagi kanak-kanak yang bersikap malas pula, hasil kerjanya tidak memuaskan dan tidak teratur kerana menganggap tugasan itu satu bebanan kepadanya.
Oleh itu, pastikan intonasi suara anda bukan keadaan marah semasa memberi arahan. Lumrah bagi kanak-kanak suka apabila dirinya diberi arahan dengan intonasi suara yang mesra. ‘Abang long, boleh tolong mama kemas meja makan ini sekarang.
5.Pujian
Kanak-kanak suka kepada pujian. Selepas selesai melakukan tugasan yang diberi, berikan pujian kepadanya. Lakukan begitu setiap kali berjaya melakukan tugasan dengan baik iaitu mengemas katil, bilik atau permainan yang berselerak. Jelaskan kepada mereka bahawa berjaya melakukan tugasan pada masa yang ditetapkan adalah seorang anak yang baik. 6. Membantu lakukan tugasan
Kadang kala, arahan anda tidak diendahkan oleh anak. Jangan mudah untuk meninggikan suara. Misalnya jika dia tidak mahu mengemas biliknya. Oleh itu, anda perlu melakukan tanpa membebel atau memarahinya. Pada masa yang sama mengajaknya untuk membantu anda. Tindakan ini adalah cara psikologi supaya anak akan merasa rasa bersalah apabila melihat anda pula yang mengemas biliknya. Lama-kelamaan, cara ini akan membuatkannya berubah sikap mahu melakukan kerja yang diberi oleh anda. 7.Persekitaran bersih
Kaitkan kehidupan dengan persekitaran yang sihat. Jelaskan kepadanya setiap manusia perlu hidup dalam suasana yang ceria dan sihat. Oleh itu, persekitaran rumah perlu bersih. Kaitkan dengan persekitaran yang bersih akan membuatkan badan sihat dan mengelak daripada batuk dan demam. Oleh itu, untuk menjadikan sihat, seorang itu perlu rajin membersihkan rumah supaya persekitaran bebas daripada bakteria. Badan yang sihat mampu meningkatkan sistem imun badan. 8. Idola pembakar semangat
Kanak-kanak memang terkenal dengan sikap yang suka meniru perwatakan orang lain. Untuk mendidik dirinya bersikap rajin, anda cuba mencari idola yang disukainya. Jelaskan sikap positif idolanya untuk dicontohinya misalnya rajin menolong ibu bapa mengemas rumah. Beritahu kepadanya bahawa jika bersikap rajin dirinya akan disukai oleh semua orang. Untuk memudahkan anak faham, jelaskan dalam bentuk yang ringkas dan mungkin penceritaan supaya anak anda mudah memahami perwatakan idola kesukaannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak suka duduk posisi ‘W’ ibu bapa jangan biar, hentikan ‘habit’ ini. Ramai ibu bapa tak kisah apabila anak duduk dengan posisi yang salah terutamanya yang berbentuk W. Alasannya sebab anak kecil lagi dan apabila dah besar, tabiat itu akan hilang.
Perlu diketahui apabila dah menjadi ibu bapa bukan setakat kena ambil tahu cara nak mendidik anak semata-mata tetapi perlu ada pengetahuan asas dari aspek penjagaan kesihatan anak, membentuk tingkah laku anak dan proses perkembangan mereka.
Nak menegur tingkah laku anak bukan kena tunggu anak buat perangai yang bukan-bukan tapi jika rasa ada yang tak kena boleh terus tegur. Contohnya apabila anak suka hisap jari, menggigit kuku atau suka menjerit.
Ibu bapa kena ingat jika dibiarkan akan jadi tabiat sehingga mereka besar. Paling kerap dan dah jadi tabiat anak apabila mereka bermain, anak akan duduk dalam posisi W. Ingat ini bukan biasa-biasa tapi perlu diperbetulkan kerana kedudukan ini akan memberi kesan pada fizikal anak. Jangan tunggu dan buat tak tahu ye.
Sebenarnya, ramai anak-anak seawal usia setahun pun suka duduk dengan kedudukan menyerupai huruf W. Jika dilihat memang kedudukan seperti ini tiada masalah, namun jika dibiarkan akan memberi kesan negatif pada si kecil.
Seperti dipetik dari Boredomtherapy.com, ternyata pola duduk seperti ini sangatlah berbahaya kerana meletakkan tekanan pada pinggul, lutut, dan pergelangan kaki.
BAHAYANYA ADALAH BOLEH MENIMBULKAN MASALAH POSTUR DI KEMUDIAN HARI. DUDUK DENGAN POSISI INI DAPAT MENYEBABKAN KEKERASAN OTOT YANG SERIUS DAN MENIMBULKAN RASA TIDAK SELESA. HAL INI JUGA BOLEH MENYUKARKAN ANAK UNTUK BELAJAR MENGENDALIKAN TUBUHNYA.
Ibu bapa juga harus tahu, nak membiasakan anak pada kedudukan baru akan memerlukan masa. Anak-anak perlu terbiasa untuk melatih ototnya supaya mampu duduk dengan posisi yang betul.
Jadi, apabila si kecil kembali pada posisi duduk di antara dua kakinya, tegurlah, atau perlahan-lahan tarik kakinya, dan bantu mereka untuk duduk dengan kedua kaki bengkok di depan.
Perlu kerap ditegur supaya anak faham. Juga, elakkan dengan hanya mengatakan “Jangan duduk seperti itu,” melainkan beri contoh dan tunjukkan cara melakukan posisi duduk yang betul.
Anak kecil jika dibiasakan dari awal buat sesuatu perkara dan menjadi rutinnya pasti tiada masalah. Begitu juga dalam bab membaca al-Quran. Mendidik anak cinta al-Quran sejak kecil bukan sesuatu yang sukar jika ibu bapa bersungguh-sungguh melakukannya.
Disebabkan itulah untuk melahirkan generasi cinta al-Quran kerjasama dari ibu bapa penting. Sebenarnya, cara ajar anak hafal al-Quran boleh dimulakan sejak anak berumur dua tahun ke atas lagi.
Pada usia ini anak masih mudah dibentuk dan senang dilentur untuk terima ajaran dari kedua ibu bapanya. Secara tak langsung dengan cara ajar anak membaca al-Quran ini, anak dapat menjiwai bacaannya dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian.
Ada beberapa tip yang boleh ibu bapa lakukan untuk memastikan impian ini terlaksana dan boleh diamalkan setiap hari pada anak-anak.
1)Ibu ayah kena rajin baca al-Quran
Usaha ini antara yang paling penting untuk memupuk anak minat membaca al-Quran. Anak yang biasa melihat ibu bapanya memegang dan membaca al-Quran automatik jadi lebih dekat dengan kalam Allah ini.
Amat penting ibu bapa memainkan peranan dengan mewujudkan suasana al-Quran di rumah seperti selepas waktu solat jadikan ia sebagai rutin walaupun hanya dalam tempoh 15 minit.
Apabila anak selalu melihat ibu bapa terus istiqomah, secara tak langsung mendorong anak untuk RAJIN membaca al-Quran tanpa perlu dipaksa.
2) Kurangkan masa anak-anak dengan gajet
Bagi anak kecil, perkara ini paling susah nak ditinggalkan kerana sejak kecil dah terbiasa. Tak kiralah televisyen, telefon bimbit atau ipad. Sampaikan satu tahap ada anak yang akan melekat depan TV semata-mata nak menonton rancangan kegemaran.
Sebagai ibu bapa, anda perlu buat satu keputusan tepat untuk anak. Jika perlu berkorban sekalipun, terimalah. Mungkin sebelum ini sepanjang masa anak bebas menonton atau bermain gajet tanpa had.
Anda boleh buat satu jadual baru. Contohnya dalam sehari hanya dua jam sahaja masa untuk menonton TV atau bermain gajet. Selebihnya isi masa dengan aktiviti bermanfaat seperti membaca al-Quran atau aktiviti perkembangan sensori anak.
3)Kongsi cerita kisah-kisah dari dalam al-Quran
Ada bermacam cerita kisah-kisah tauladan dan pengajaran yang ada dalam al-Quran. Ibu bapa boleh beli pelbagai jenis buku cerita kisah dari al-Quran khusus untuk kanak-kanak yang banyak di jual di pasaran.
Walaupun kita tengok anak seolah-olah belum mengerti kisah yang dibacakannya tapi percayalah yang anak anda akan lebih mencintai al-Quran apabila mereka tahu makna dan kisah dalam kitab suci tersebut itu sendiri apabila mereka dah boleh berfikir sendiri.
Jangan cepat putus asa jika anak kecil susah nak fokus. Jadikan waktu sebelum tidur sebagai satu cara anda bercerita mengenai kisah dalam al-Quran dan secara tak langsung mengeratkan hubungan anda dan anak.
4)Sentiasa berdoa
Doa ibu bapa adalah senjata paling mujarab untuk anak-anak. Tak kisah dalam keadaan apa sekalipun, jika kata-kata yang baik sentiasa diucapkan itulah keberkatan buat anak.
Dalam hal ini ibu bapa nak anak sentiasa dibukakan pintu hati mencintai al-Quran, berdoalah sepanjang masa. Allah Maha Baik dan tak akan pernah menghampakan permintaan hambanya jika dilakukan dengan niat yang betul.
Berdoalah supaya Allah memimpin anak-anak kita cinta al-Quran. Hanya Allah yang akan beri tepat pada waktu dan izin-Nya.
5) Sediakan pemakanan sunnah yang baik untuk otak anak
Pemakanan seimbang sangat penting seawal bayi selain khasiat susu ibu. Bila anak dah melepasi usia dua tahun pengambilan makanan mengikut perkembangan usia kena dititikberatkan.
Pemakanan yang sihat berkait rapat dengan perkembangan akal, emosi, rohani dan fizikal. Sebab itu pemberian makanan sunnah seperti kismis, madu, safron, gam Arab, delima sangat digalakkan kerana kandungannya mengandungi khasiat untuk minda dan semua bahan ini terkandung di dalam suplemen Al-Fateh.
Sebaiknya ibu bapa boleh jadikan pemakanan ini amalan buat anak-anak. Elakkan mengambil makanan dan minuman ringan yang mungkin boleh menjejaskan fokus anak untuk membaca al-Quran.
Keterangan lanjut mengenai produk Al Fateh hubungi 019-6129869 atau layari www.alfatehjunior.com dan boleh emailkan di info@alfatehjunior.com
.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.