Biasalah anak-anak, ada ketikanya jika rasa nak panggil ibu, mama, mummy ikut suka je. Kadang-kadang boleh menimbulkan gelak ketawa, ada waktunya boleh menimbulkan syak wasangka pula.
Itu yang diceritakan oleh Tomok pada satu entri di Instagramnya apabila Andra terpanggil mama sedangkan sebelum itu memanggil isterinya, Ayu dengan panggilan dibu.
Anak lelaki dan perempuan memang mempunyai karakter berbeza. Hasil didikan ibu ayah amat penting untuk menggilap potensi diri menjadi lebih baik dan boleh diharap.
Anak lelaki dan perempuan, harus dididik menjadi insan yang boleh berdikari dan memainkan peranan dalam institusi keluarga sejak kecil lagi. Lebih-lebih lagi bila ibu ayah sudah tiada lagi, sekurang-kurangnya mereka tahu untuk bergantung antara satu sama lain.
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan buat mama papa yang mempunyai anak lelaki. Tidak salah jika diajar dari awal tentang melindungi maruah adik beradik perempuan, mengamalkan sikap lemah lembut dan melakukan kerja-kerja rumah, pengalaman berharga yang boleh digunakan pada masa hadapan.
#1 – Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya
#2 – Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya
#3 – Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri
#4 – Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan
#5 – Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya.
Tak salah kita kongsikan gambar anak di media sosial, cuma haruslah kena pada caranya. Jangan main sebarangan kongsikan semua gambar anak, semata-mata untuk simpanan mereka apabila besar kelak.
Mak ayah kenalah tapis dan nilaikan dahulu. Bukan apa, takut anak kita jadi mangsa insan-insan yang sakit dan tidak bertanggungjawab ini.
Individu yang terlibat menjadi penjenayah ini sangat lah licik, jika tidak bagaimana polis boleh tangkap mereka dengan mempunyai simpan berjuta juta gambar kanak-kanak sebagai simpanan untuk melempias nafsu seksual mereka.
Individu ini pelik dan tidak normal. Kerana mereka mempunyai pandangan dan nafsu seksual yang sangat tinggi kepada kanak kanak. Gila bukan!
Boleh jadi penjenayah Pedofilia ini ada disekeliling kita sahaja.
6 langkah elak anak anak kita menjadi mangsa atau menjadi buruan penjenayah Pedofilia ini.
1. Biasakan dari kecil berpakaian menutup. Bukan suruh pakai jubah atau bertudung.
Memadai berseluar panjang dan berbaju menutup badan. Elak pakaikan anak2 skirt tutu, baju singlet, kita didik dari kecil dan sediakan pakaian yang sempurna dan melindungi mereka.
2. Elak upload gambar anak2 dalam keadaan tidak berbaju, sedang mandi tidur terkangkang. Ya, comel dimata kita , simpan kecomelan anak kita untuk kita lebih baik.
3. Ajar anak supaya tidak duduk atas riba , berpangku atas sesiapa pun terutama lelaki yang tidak dikenali atau jarang jumpa.
4. Elak buat status di media sosial, kesian anak ibu kene tinggal seorang’ atau update ‘ aduhai kene balik lambat, kesian ibu anak tunggu’.
haaa.. Itu undang bahaya sendiri, takperlu update anak duduk sorang atau ketiadaan ibuayah dirumah. Elak update selalu outstation tinggal anak dirumah dengan pengasuh.
5. Elak dedahkan lokasi rumah, lokasi taska, lokasi sekolah. Atau lokasi tempat yang selalu anak2 hadiri, menjadi rutin. Ada mata yang memerhati anak kita.
6. Ajar anak2 lelaki mahupun perempuan, tunjuk dengan terma yang betul bahagian tubuh badan yang orang lain TIDAK BOLEH pegang,sentuh tengok, mahupun ambil gambar. Tunjuk bagaiman sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat.
Oh ya, jika anak kita menunjukkan tanda tidak suka kepada seorang dewasa. Ibu ayah selidik lah. Barangkali sesuatu telah terjadi!
Kredit: Shahirah Shabandi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merangsang minda anak tak semestinya anda perlu menjadi pakar dalam perkembangan anak anda.
Bahkan sebagai ibu bapa, sebenarnya tidak perlu khuatir tentang rangsangan yang perlu diberikan untuk minda anak kerana pada asasnya bayi lahir lengkap dengan naluri untuk mencari maklumat baru. Tanpa disedari, ketika anda berinteraksi dengannya, anda sedang mengajarnya secara semulajadi.
Ketika anda sedang membelainya, menyanyi dan berbual dengannya, anda sedang mengajarnya tentang pelbagai perkara.
Jom lihat kaedah yang ibu bapa boleh jadikan panduan untuk merangsang minda anak anda.
Menurut penulis The Mozart Effect,don Campbell, mendengarkan muzik klasik akan membantu daya ingatan dalam pembelajaran dan merangsang minda anak anda.
Ibu boleh sahaja menyanyikan lagu buat anak anda sebelum tidur, semasa memakai lampin atau semasa bermain dengan anak. Secara tidak langsung, anak akan mempelajarinya.
Menurut Dr.Joan Freeman, professor School of Education, Universiti Middlesex London, dua perkara paling utama dan penting yang perlu dilakukan ialah mendengarkan dan mengajak bayi berkomunikasi dengan anda.
Sebut sahaja benda-benda yang ada di hadapannya, jelaskan dan bandingkan dengan benda lain. Beri perhatian penuh padanya ketika sedang berbicara.
Lakukan selama mana dan sebanyak mana yang anda boleh, tetapi biasanya sampai anak berumur 3 tahun masih menyusukan anak.
Dalam perubatan, digalakkan penyusuan ibu sepenuhnya selama 6 bulan. Dalam Islam pula, 2 tahun.
Fakta mengatakan kanak-kanak yang disusukan badan mempunyai IQ yang tinggi, selain itu juga ia merapatkan hubungan ibu dan anak semasa didakap ke dada.
Ibu bapa boleh bermain permainan yang menguji minda anak seperti ‘playdough’ ia boleh jadi seperti bola, cawan atau sebagainya.
Membawa si kecil bermain di pasir pantai dengan itu deria rasanya akan meningkat,anak boleh bermain pasir dan juga bermain air.
Seperti mendengar muzik juga, apabila si kecil mendengar alunan Al-Quran ia akan membuatkan jantung si kecil menjadi normal. Apabila si kecil menangis ia akan senyap dan berada dalam keadaan tenang.
Ibu, bapa, kakak, abang boleh mengamalkan zikir kepada bayi apabila menyusu, menidurkan bayi, bermain dengan bayi atau sebagainya. Secara tidak langsung bayi akan gembira mendengar rentak zikir yang didendangkan.
Contoh zikir ialah Subhanallah, Alhamdulilah, Walahillah, Allahu Akhbar dan sebagainya.
Kesimpulannya, ibu bapa tidak harus mensia-siakan saat bersama dengan anak, kerana tiga tahun pertama kehidupan anak adalah masa emasnya dan masa inilah otak anak anda berkembang pesat.
Sumber: www.wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!