Melakukan aktiviti bersama si manja mampu member ruang yang baik untuk perkembangan mental dan fizikalnya.Namun harus diingat setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza. Jadi jika bayi tidak bersedia untuk melakukan aktiviti itu, jangan risau. Cuba lakukan dalam beberapa minggu berikutnya. Ikuti aktiviti bermain dengan si kecil bermula sejak lahir sehingga 6 bulan. Selamat mencuba!

1.Baru lahir
Perkembangan deria sentuh bayi mula meningkat. Bayi ingin merasai sendiri kelembutan dengan menggunakan pancainderanya terutamanya deria sentuh. Dengan menyentuh anak patung beruang yang mempunyai bulu yang lembu, bayi dapat merasainya.
Perkembangan kemahiran: Koordinasi tangan dan mata

2.Satu bulan
Bayi suka menendang dan inilah cara mengayuh basikal yang dapat memberikan keseronokan ketika bermain dengannya. Pegang kakinya dan buat gerakkan seperti sedang mengayuh basikal. Sambil membuat gerakkan itu anda boleh menyanyikan mengikut rentak kakinya.
Perkembangan kemahiran: Motor kasar.

3.Dua bulan
Bunyi bising membuatkan bayi bertindak balas seperti memandang ke arah bunyi yang dihasilkan itu. Barang mainan yang mengeluarkan bunyi bising akan membuatkan bayi aktif dengan mengerakkan kaki dan tangannya.
Perkembangan kemahiran: Pendengaran

4.Tiga bulan
Antara 2 dan 4 bulan-bulan, bayi mampu mengerakkan tangannya. Dengan mengantungkan objek dengan tali seterusnya ia bergerak ke sana sini, akan membuatkan bayi teruja untuk mencapainya. Namun pastikan objek itu ringan. Pergerakan objek itu akan membuatkan tangan dan matanya bergerak ke kanan dan kiri. Dia juga mulai boleh fokus kepada objek yang digantung itu.
Perkembangan kemahiran: Koordinasi tangan mata dan visual

5.Empat bulan
Pengenalan kepada buku

IKLAN

Duduk bersama si kecil dan pegang buku yang menyediakan ilustrasi yang menarik dengan warna yang terang. Pastikan terdapat gambar yang terang. Cara yang sama boleh digunakan pada kad imbasan. Sebutkan perkataan dan warna yang terdapat pada buku atau kad imbasan itu.
Perkembangan kemahiran: Visual dan lisan

6.Lima bulan
Tepuk amai-amai!

Bayi anda baru sahaja mengenal beberapa perkataan. Mungkin dengan cara menyanyi akan membuatkan bayi bertambah ceria. Tepuk tangan dan gerakkan badan anda membuatkan bayi berasa selesa. Cara ini boleh sesuai dilakukan ketika bayi berada di atas katil.
Perkembangan kemahiran: Lisan

IKLAN

7.Enam bulan
Album gambar

Tunjukkan album gambar keluarga anda dan sebut nama mereka satu persatu. Cara ini mengajarnya mengenali wajah orang yang dekat dengannya. Masukkan sekali gambar pengasuh, jiran dan kawan anda. Cara ini membantunya dia berasa selamat apabila melihat wajah-wajah orang yang dia kenali.
Perkembangan kemahiran: Motor halus dan pengecaman.

 

IKLAN

MESTI TAHU

Secara umumnya bayi baru lahir mampu melihat, mendengar serta berupaya mengenal bau ibunya. Antara tempoh usia enam bulan, bayi sudah pandai pula menggeleng-gelengkan kepalanya. Anak mata bayi sudah mula mengikuti atau merenung sesuatu yang bergerak dan berwarna yang cerah. Serta turut menyukai barang-barang mainan yang mengeluarkan bunyi atau muzik sesuai untuk bayi ini.

Pergerakan badannya semakin baik, antaranya jika bayi dalam keadaan meniarap ia mungkin dapat mengangkat kepalanya sekali-sekala dan ada juga bayi pada usia ini akan cuba menggulingkan badannya. Dan perkembangan bayi yang paling disukai oleh ibu bapa ialah bayi sudah pandai tersenyum!


 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI