Kemelut di antara pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya, Fizi Ali dilihat semakin berpanjangan.
Menerusi perkongsian Shakilla ketika majlis Sulh untuk berbincang bersama Fizi Ali dan pihak terlibat bagi pengurusan kes Hadhanah, dia tidak pernah menghalang anaknya Ameena Sofia untuk bertemu dengan bapanya.
Malah kata Shakilla lagi, dia orang yang paling berusaha untuk mengekalkan jarak hubungan bapa dan anak itu sejak kedua mereka berpisah.
Dakwa Shakilla lagi, Fizi tidak menunjukkan usaha untuk bertemu dengan anaknya malah menghilangkan diri.
“Kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak. Sebagai bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri.
Ads
“Jangan hilang begitu saja. Jangan ghaib. Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang,” katanya menerusi satu petikan video hari ini.
Menurut perkongsiannya, dia juga menafikan dakwaan Fizi ada menghubunginya beberapa kali selepas tidak dapat bertemu dengan anak mereka.
“Yang dia kata, dia telefon saya berkali-kali mencari anak, itu semua tidak betul.
“Demi Allah, saya cakap tiada, segala rekod dan bukti saya sudah serahkan kepada peguam . Dia tiada telefon atau WhatsApp saya di mana-mana. Dia hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan di media sosial,” katanya.
Ads
Malah dakwa Shakilla lagi, campur tangan isteri Fizi dalam perbalahannya bersama Fizi tambah memburukkan lagi keadaan sehingga dia nekad untuk menyekat nombor telefon bekas suaminya itu.
“Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya ‘block’ (sekat) sebab ada campur tangan isterinya. Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan serahkan kepada peguam saya.
“Sebab ‘block’ saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena. Walaupun itu isterinya,” katanya.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Mama rotan kerana sayang. Mama marah kerana kasih. Mama denda untuk membentuk kamu. Tidak pernah terlintas semua itu Mama lakukan kerana bencikan kamu.
Wahai Anak, percayalah setiap apa yang Mama lakukan adalah kerana Mama mahukan yang terbaik untuk kamu. Setiap titis air mata kamu yang jatuh kala Mama marahkan kamu atau rotan kamu, setiap kali itu hati Mama berdarah. Betapa Mama rasa bersalah. Tidakkah Mama seorang ibu yang gagal?
Jika Mama seorang ibu yang bagus, sudah tentu kamu tidak perlu dimarahi. Apatah lagi didenda atau dirotan. Jadi, Mamakah yang bersalah? Jika begitu, maafkan Mama.
Mama sayangkan kamu dan kerana sayang Mama bertegas. Setiap ungkapan Jangan atau Tidak Boleh bukan kerana Mama mahu menyekat kebebasan dan keinginan kamu. Tetapi Mama mahu mengelak terjadinya perkara yang tidak diingini kepada kamu.
Bila kamu ditegur atau dimarahi orang lain, Mama yang menangis dalam hati. Mama yang menggigil satu badan menahan agar diri tidak terlepas ‘tumbukan’ padu ke mukanya. Kerana Mama… Sayangkan kamu, sentiasa!
Tahukah kamu wahai anak, setiap kali kamu terlelap, Mama lah di sisi kamu yang mencium dahimu. Mamalah yang mendakap tubuhmu. Biarkan kamu tidak tahu, asalkan kamu merasainya.
Mama tidak sempurna, Sayang, tetapi Mama sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik untuk kamu. Biar Mama jadi cinta ketiga buatmu selepas Allah SWT dan Rasulullah SAW. Berilah Mama ruang itu di hatimu.
Ingat Anakku, setiap kali Mama bertegas ada sebabnya. Kerana kamu, anakku CINTAKU YANG TERINDAH.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penularan pandemik Covid 19 kini lebih meluas apabila satu laporan mengenai jangkitan wabak ini terhadap haiwan telah direkodkan. Seekor harimau di Zoo Bronx, New York disahkan positif wabak itu selepas mengalami batuk dan kurang selera makan.
Mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan serta untuk membendung penularan wabak ini, Orang ramai dinasihatkan membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh haiwan peliharaan kerana dibimbangi haiwan terbabit dijangkiti COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata adalah penting untuk menjaga kebersihan termasuk ketika mengendalikan haiwan terbabit.
“Basuh tangan anda sebelum dan selepas mengendalikannya. Kementerian Kesihatan (KKM) akan bekerjasama dengan Jabatan Veterinar (DVS) untuk nasihat lanjut mengenai perkara ini,” katanya dalam ciapan di Twitter mengenai haiwan yang dijangkiti COVID-19 yang dilaporkan di sebuah zoo di New York.
Terdahulu, menerusi sidang media Dr Noor Hisham berkata sekiranya haiwan terbabit dijangkiti COVID-19, virus berkenaan boleh menjangkiti pemiliknya.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat tujuh jenis coronavirus yang boleh menjangkiti haiwan dan manusia antaranya, Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan yang terbaharu ialah COVID-19.
Sebelum ini, media melaporkan seekor harimau malaya di Zoo Bronx, New York disahkan positif COVID-19 selepas mengalami batuk dan kurang selera makan.
Harimau yang dinamakan sebagai Nadia itu berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti coronavirus daripada manusia.
Selain itu, beberapa anjing peliharaan di Hong Kong serta seekor kucing di Belgium dilaporkan dijangkiti COVID-19 daripada pemilik mereka, namun tidak mengalami simptom yang signifikan.
Dalam satu laporan yang dibuat oleh Astro Awani, penulisan oleh Pensyarah Kanan Imunologi Veterinar di Jabatan Patologi & Mikrobiologi Veterinar UPM menggariskan beberapa panduan buat pemilik haiwan peliharaan yang boleh diguna pakai ketika penularan Covid-19 ini.
Adakah haiwan peliharaan anda boleh dijangkiti dan menyebarkan COVID19?
Menurut laporan Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE), kes jangkitan daripada manusia kepada haiwan ini adalah kes terpencil.
Buat masa ini, tiada bukti yang jelas bahawa virus SARS-CoV2 punca penyakit COVID-19 yang menjangkiti haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing boleh merebak kepada manusia atau haiwan lain.
Saringan besar-besaran sedang dan masih dijalankan oleh pihak berkuasa di China dan makmal diagnostik veterinar di Amerika Syarikat ke atas sampel anjing dan kucing dan setakat ini mendapati tiada sampel positif dijumpai.
Jangkitan daripada manusia kepada haiwan bukan sesuatu yang baharu. Semasa wabak SARS pada tahun 2003 di Hong Kong, sejumlah kucing dan anjing didapati positif, namun tiada bukti penyebaran virus boleh terjadi kepada manusia.
Buat masa ini, tiada laporan daripada kalangan doktor veterinar berkenaan peningkatan penyakit berkaitan pernafasan dalam kalangan haiwan peliharaan.
Secara kesimpulannya, pemilik haiwan peliharaan tidak perlu panik dengan laporan ini, sebaliknya perlu mengamalkan kebersihan diri semasa mengendalikan haiwan peliharaan.
Apakah langkah yang boleh diambil oleh pemilik haiwan peliharaan pada masa ini?
Beberapa saranan penting telah dikeluarkan daripada pihak Pusat Kawalan Penyakit (CDC), OIE dan Pertubuhan Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan Sedunia (WSAVA) mengenai kontak dengan haiwan kesayangan sepanjang pandemik COVID-19.
Jika haiwan peliharaan sememangnya dibela di dalam rumah, kekalkan ia di dalam rumah. Namun begitu, sesetengah pemilik haiwan selesa membiarkan haiwan peliharaan di luar rumah.
Secara amnya, langkah pencegahan penularan kepada manusia yang disarankan boleh juga diamalkan ke atas haiwan jika anda mempunyai simptom COVID-19.
Pemakaian penutup muka, elakkan mencium dan memeluk haiwan peliharaan dan yang paling penting, amalkan membasuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan haiwan peliharaan anda adalah langkah-langkah yang boleh diambil pemilik haiwan.
Di waktu perintah kawalan pergerakan ini, banyak kes kucing jalanan yang terbiar kebuluran dan pelbagai pihak mengambil inisiatif untuk memberi makanan kepada kucing jalanan.
Inisiatif sukarelawan ini amatlah dipuji dan amalan langkah kebersihan diri juga perlu diambil perhatian oleh mereka.
Adakah virus SARS-CoV boleh dipindahkan melalui sentuhan ke atas haiwan?
SARS-CoV2 boleh merebak melalui titisan dan boleh berada pada permukaan rata untuk tempoh beberapa jam.
Sebaliknya, bulu haiwan adalah berliang dan risiko untuk virus merebak melalui sentuhan haiwan adalah amat rendah.
Jika anda masih risau haiwan peliharaan anda mungkin terdedah kepada individu yang berkemungkinan positif COVID-19, anda disarankan untuk memandikan haiwan anda.
Apakah yang perlu anda lakukan seterusnya jika anda didapati positif COVID19?
Tempoh jangka masa bagi pesakit COVID19 jika tiada simptom untuk menjalani isolasi ialah sekurang-kurangnya 14 hari dan mungkin lebih panjang jika pesakit mempunyai simptom.
Ini semestinya tempoh yang sukar untuk pesakit dan haiwan peliharaan yang berada di dalam jagaan mereka.
Kebajikan haiwan wajib dijaga sepanjang anda berada di hospital untuk isolasi.
Kita tidak mahu situasi di mana anjing dan kucing terbiar atau lebih teruk lagi, mati kelaparan ditinggalkan.
Kenal pasti ahli keluarga atau rakan-rakan yang dapat membantu memberi makanan dan air sepanjang ketiadaan anda dan bekalkan mereka dengan bekalan makanan yang mencukupi.
Jadi bagi yang mempunyai haiwan peliharaan, sebaiknya langkah pencegahan yang disarankan bagi mengelakkan jangkitan atau penularan perlulah sentiasa dititik beratkan. Ia penting supaya anda dan juga haiwan peliharaan kesayangan juga dapat dilindungi.
Zaman sekarang, semuanya di hujung jari termasuk urusan Tadika dan Taska! Memperkenalkan KindyPro, sistem pengurusan bersepadu yang direka khas untuk membantu pengusaha Tadika, Taska dan Pusat Asuhan menguruskani operasi harian dengan lebih efisien, moden dan teratur.
Dibangunkan oleh AWFATECH, sistem ini menjadi solusi digital menyeluruh yang menyatukan pengurusan guru, ibu bapa dan pentadbir dalam satu platform pintar.
KindyPro menampilkan lima modul utama yang saling melengkapi, iaitu:
1️⃣ Pendaftaran
2️⃣ Yuran & Online Payment
3️⃣ Rekod Digital (Logbook)
4️⃣ Penilaian
5️⃣ Aplikasi Guru & Ibu Bapa
1. Modul Pendaftaran
Tak perlu lagi isi borang panjang atau tunggu di kaunter!
Melalui sistem pendaftaran online, ibu bapa kini boleh mendaftarkan anak mereka dengan mudah dari rumah.
Semua maklumat boleh dihantar terus kepada pihak sekolah, dan keputusan permohonan akan diterima melalui SMS, e-mel atau WhatsApp.
Selain menjimatkan masa, sistem ini turut membantu meningkatkan kadar kemasukan murid kerana prosesnya lebih cepat dan mesra pengguna.
2. Modul Yuran & Online Payment
Urusan kewangan kini jauh lebih mudah dan tersusun.
Pihak sekolah boleh:
Pembayaran boleh dibuat melalui FPX, kad kredit atau kad debit, menjadikan transaksi lebih pantas dan selamat.
Sistem ini turut menyediakan laporan tunggakan automatik, dengan notifikasi terus dihantar kepada ibu bapa melalui SMS, e-mel atau WhatsApp.
Dengan modul ini, Tadika dapat meningkatkan pendapatan dan pengurusan kewangan secara profesional.
3. Modul Rekod Digital (Logbook)
Modul ini ibarat diari harian murid yang merekod setiap aktiviti penting di pusat asuhan.
Guru boleh mencatatkan:
Semua maklumat ini boleh dipantau oleh ibu bapa secara real-time melalui aplikasi ASIS.MY.
Selain itu, data harian akan diringkaskan dalam modul Summary, memudahkan guru menyemak perkembangan murid dengan cepat dan tepat.
4. Modul Penilaian
Kini, perkembangan anak boleh dipantau secara menyeluruh bukan sekadar laporan di hujung tahun!
Modul ini membolehkan guru merekod dan menilai kemajuan akademik, sahsiah dan sosial murid, termasuk kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan tingkah laku.
Segala laporan prestasi ini boleh diakses oleh ibu bapa melalui aplikasi ASIS.MY, menjadikan pemantauan anak lebih telus dan berterusan.
5. Aplikasi Guru & Ibu Bapa
Hanya dengan telefon pintar, semua maklumat berada di hujung jari.
Melalui aplikasi KindyPro, ibu bapa boleh melihat:
Bagi guru pula, aplikasi EBOSS PRO (BossPro) membantu mereka menguruskan tugas harian dengan lebih teratur seperti:
Semua dalam satu sistem pintar yang mesra pengguna, cepat dan selamat.
Dengan KindyPro, setiap urusan Tadika dan Taska menjadi lebih tersusun, efisien dan profesional.
Daripada pendaftaran, pembayaran, pemantauan murid hingga urusan staf — semuanya diurus dalam satu sistem bersepadu yang lengkap.
Beralihlah ke KindyPro hari ini kerana pengurusan yang bijak bermula dengan sistem yang canggih dan tersusun.
📞 Untuk maklumat lanjut, hubungi:
019-383 2823 atau 013-380 8874
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!