Isu tentang bersalin secara pembedahan caesarean atau normal ini selalu diperdebatkan. Kebanyakan orang suka menghukum cara ibu bersalin caesarean ini kononnya tak tahan sakit dan tak terhapus dosa. Walhal tujuan utamanya ialah menyelamatkan nyawa bayi yang sedang lemas.

Perkongsian dariapada Dr Say Shazril ini memang benar. Ada sesetengah yang beranggapan kaedah bersalin secara pembedahan dipandang jelik dalam masyarakat. Mentaliti perlu diubah & tidak terus menghukum. Periksa dulu punca ibu dibedah kerana kebanyakan kes caesarean adalah untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

Jangan Kata Ibu Bersalin Czer Manja, Tak Terhapus Dosa. Selamatkan Anak Hampir Lemas Lagi Penting!Dr Say Shazril menerusi kemaskini Instagramk mengutarakan hal ini apabila isterinya, Dr Azura Abas melahirkan anak pertama mereka, Aezril melalui pembedahan walau pun pada awalnya telah mencuba untuk bersalin normal.

Ia bukan pilihan yang dilakukan sewenang-wenangnya, nyawa bayi amat berharga. Dalam situasi cemas bayi lemas (fetal distress), pembedahan caesarean adalah cara yang terbaik.

IKLAN

Topik : Bersalin Ikut Tingkap

Setel cerita susu, satu lg isu yg masih dipandang jelik msyrkt adlh jika seseorang ibu itu bersalin ikut tingkap (pembedahan/ caesarean). Masih sy ingt bile org tny bini “bersalin normal ke?” pastu bile bini jawab “bersalin caesar” terus bini dpt satu pandangan ibarat “habisla xterhapus dosa ko sb xmrasa kesakitan contraction, hilang nikmat hidup sb ko xbersalin normal“. Tanpa menanyakan ape sebab bini ceasar diorang terus ade mindset yang bini bedah sebab manja tak mampu tahan sakit.

Ingat bini saya sewenang-wenangnya nak bersalin ikut tingkap ka? Ingat bini manja xmampu tahan sakit, padahal dia pernah sebulan warded in pain akibat doctor lambat diagnose dia ada appendicitis yang akhirnya pecah & bernanah hinggakan dia operation belah perut besar-besaran.

IKLAN

Jangan Kata Ibu Bersalin Czer Manja, Tak Terhapus Dosa. Selamatkan Anak Hampir Lemas Lagi Penting!

INGAT TAK TAHU BAB MENERAN

Ingat bini yang belajar as doctor ni tak tahu cara-cara nak meneran yakni jgn angkut punggung, jgn menjerit, focuskan pernfasan kepada peneranan ke? Ingat bersalin ikut tingkap ni aman damai tak terseksa ka coz lepas pembedahan recovery lagi rumit kalau xjaga elok-elok jahitan pada luka boleh terbuka/ bernanah belum lagi kalau terbersin, pedih die smpi berair mata bini menanggung.

IKLAN

FETAL DISTRESS JADI PUNCA
Kepada yang baru follow sy, bini sy bersalin caesar akibat baby lemas (fetal distress) semasa sedang meneran maka persoalan sy, patutkah bini sy teruskan meneran yg mungkin memudaratkan nyawa bayi atau patutkah keselamatan bayi diutamakan dengn cepat2 mengeluarkan dia melalui pembedahan?

Jangan Kata Ibu Bersalin Czer Manja, Tak Terhapus Dosa. Selamatkan Anak Hampir Lemas Lagi Penting!

MEMILIH CAESAR UNTUK SELAMATKAN NYAWA BAYI

Segala yg berlaku bukan pilihan kami, kami terpaksa memilih caesar demi menyelamatkan nyawa baby. Tanya la mane2 ibu, siapa yg ximpikan bersalin normal, jadi tak adil jika kita terus menghukum wanita yg terpaksa bersalin bedah ni. Cukup2 la dgn mentaliti kebelakang ni peeps nk masuk 2020 dh tp kalau pemikiran ibarat 1920 berat nanang bohhh.

Sumber: say_shazril

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI