Anak perempuan sememangnya sangat dekat dengan figura bergelar ayah. Itu lumrah yang sememangnya diketahui sejak dulu. Bukan hanya inginkan tempat bermanja bahkan ayah dianggap sebagai idola dalam hidup anak perempuan. Ayah segalanya dalam hidupnya.

Berbanding ibu, ayah lebih diutamakan anak perempuan dalam segala hal. Disebabkan itulah, sebagai bapa anda perlu melayani si kecil anda dengan sebaiknya. Jaga hatinya agar jangan terguris dan merajuk yang berpanjangan. Malah sensitif anak perempuan juga lain macam. Jadi sebaiknya cuba luangkan masa.

Jangan Kata ‘Tidak’ Dengan Anak Perempuan, Dia Ingat Sampai Besar, Penat Macam Mana Pun Kena Layan!

Perkongsian bapa ini, Muhammad Yusof banyak benarnya. Sangat dekat dengan permasalahan kita setiap hari. Sebaiknya, lihatlah anak perempuan kita sebagai anak yang bakal dewasa kelak. Layanlah hati dan perasaannya sebaiknya.

Aku rasa sebagai bapa aku kena kongsi benda ni.

Hari tu aku pergi kursus 3 hari. Balik-balik tu anak perempuan aku ajak keluar, nak main kat shopping complex. Aku kata nanti dulu. Last-last oleh sebab penat drive aku tertidur.

Bangun-bangun aku tengok anak aku muncung dah. Aku kata esok-esoklah pergi. Bila aku jawab macam tu, dia merajuk la apa lagi. Cuma yang buat aku sedikit terkesan tiba-tiba dia kata:

‘Ala papa tu setiap minggu boleh je main badminton, kakak nak main sekejap je takkan tak boleh pulak?’

Jangan Kata ‘Tidak’ Dengan Anak Perempuan, Dia Ingat Sampai Besar, Penat Macam Mana Pun Kena Layan!

IKLAN

Benda ni buat aku terfikir.

Sebenarnya bila kita ada anak perempuan, waktu dia kecik inilah kita bagi dia beriadah/bersenam/bermain puas-puas sebab bila dia dah besar dan dia dah berkahwin, memang susah perempuan nak jumpa timing waktu dia beriadah sebab komitmen terhadap waktu yang lain lebih penting daripada waktu riadah ni.

Lelaki lain. Dorang dah kahwin ke bujang ke banyak aktiviti yang dorang boleh buat, main futsal, main badminton, main basikal atau paling koman berjalan guna tangan sambil kaki kat atas time nak pegi masjid.

Jangan Kata ‘Tidak’ Dengan Anak Perempuan, Dia Ingat Sampai Besar, Penat Macam Mana Pun Kena Layan!

Berbeza dengan perempuan. Bila dah dewasa banyak benda yang dorang kena fikir kalau nak libatkan diri dengan akitiviti luar ni. Soal aurat, soal komitmen, soal fasiliti yang hanya sesuai untuk lelaki dan macam-macam isu yang membataskan perempuan untuk terlibat dengan aktiviti luar.

IKLAN

Luangkan lebih masa buat anak perempuan

So, bagi ibu bapa waktu anak-anak perempuan ini masih kecillah kita jaga perasaan dorang, layan dorang dan bagi peluang puas-puas untuk dorang bermain. Jangan sekat dorang untuk bermain.

Sekarang ni banyak je tempat permainan kat shopping complex, bayar je RM10 boleh main puas-puas sampai balik dalam kereta terus tertidur, sebab kepenatan.

Jangan Kata ‘Tidak’ Dengan Anak Perempuan, Dia Ingat Sampai Besar, Penat Macam Mana Pun Kena Layan!

Kalau tak nak yang bayar, bawak je pergi taman permainan percuma atau kalau tak boleh jugak bawak je anak-anak perempuan ni joging depan rumah. Main kejar kejar dengan dorang. Mesti dorang happy. Selain daripada boleh keluarkan peluh, anak perempuan mesti happy sebab kita bagi perhatian khusus kat dorang.

IKLAN

Di samping itu, bapa-bapa boleh selit sikit-sikit pada anak perempuan tentang adab berpakaian, jangan buang sampah merata-rata time riadah, jangan buat vandalisme time beriadah.

Aku percaya dengan didikan start daripada awal ini akan tertanam dalam pemikiran anak-anak ini sampai dorang besar panjang.

Anak ingat sampai besar

Buat bapa-bapa sekelian, hargailah masa bersama anak-anak perempuan kita sementara dorang masih kecik ni sebab bila anak perempuan korang dah besar, dah kahwin pasti kita teringat-ingat ‘priceless time’ bersama ni, percayalah.

Buat mak ayah yang ada anak perempuan, bagilah ruang dan peluang secukupnya untuk anak-anak bermain. Sibuk macamana pun kita, curilah sikit masa kita untuk dorang.

Jangan Kata ‘Tidak’ Dengan Anak Perempuan, Dia Ingat Sampai Besar, Penat Macam Mana Pun Kena Layan!

Sharelah kalau status ni bermanfaat agar anak-anak kita kita semua membesar bagai juara. Isteri-isteri apa lagi tag la suami tapi itulah bukan dorang baca pun, kan? 😉👍

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI