Bilik air antara salah satu tempat yang paling anak-anak kecil suka. Mereka tak fikir bahaya dan kesan buruk yang berlaku. Jika ibu bapa terleka, sekelip mata perkara yang tak diingini boleh terjadi.
Menurut Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan , ibu bapa kena tahu hal ini! Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter.
Ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:
1. Elak Tinggal Anak Mandi Sendirian
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
2. Terdapat Risiko Tergelincir
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
Ads
3. Simpan Bekas Takungan Air
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
4. Tutup Bekas Takungan Air
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
Ads
5. Tutup Pintu Bilik Air
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Semoga bermanfaat! Nanti kita belajar sikit tentang CPR untuk bayi pula, ya?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah semuanya dipermudah Allah SWT. Penantian lebih sembilan bulan penuh liku tanpa suami di sisi membuatkan peminat pengacara, Dayah Bakar sentiasa memberikan sokongan padu buatnya sepanjang kehamilan.
Baru sebentar tadi, pengacara petah ini telah pun selamat melahirkan bayi lelakinya pada jam 2.23 petang di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya. Biarpun tanpa suami, Muhammad Hanif Hamidi yang ketika ini bertugas di Australia dan tidak dapat kembali ke Malaysia berikutan penularan COVID-19, namun Dayah terus kuat semangat demi bayinya yang tercinta.
Dayah mengaku reda kelahiran anak sulung tidak dapat disambut suami.
“Sebelum ini, saya fikir, pengalaman ini dapat dikongsi bersama suami di mana kami sama-sama meraikan kelahiran anak sulung. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.
“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya, ” kongsinya menerusi Berita Harian.
Dayah yang selamat melahirkan anak secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Damansara Setia, Petaling Jaya, ditemani ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak dan anak saudara yang sentiasa menguatkan semangatnya.
Bukan itu sahaja, malah suami juga sentiasa memberikan semangat dan kekuatan buat Dayah menempuh tempoh bersalin. Beberapa jam sebelum bersalin, Dayah dan suami sempat berinteraksi melalui panggilan video. Malah berkongsi kata semangat agar Dayah terus kuat menempuhnya.
Sokongan suami luar biasa
“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata. Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai detik kelahiran anaknya, pengacara Borak Kopitiam ini bersyukur segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.
“Alhamdulillah, semuanya lancar dan dipermudahkan. Insya-Allah, foto dan nama anak akan saya kongsi selepas tujuh hari,” katanya.
Suntingan penuh profesional undang sebak
Terdahulu, beberapa jam sebelum melalui tempoh kelahiran, Dayah memuat naik foto di Instagram yang disunting menampakkan mereka berada di lokasi sama, sebelum putera tersayang dilahirkan.
Perkongsian video dan gambar yang dikongsikan Dayah ternyata cukup menyentuh hati. Dayah dan suami lebih dahulu membingkas dan menyimpan koleksi gambar kenangan bersama mereka sebagai kenangan walaupun terpaksa berjauhan.
Berjauhan bukan halangan, bidikan kemas lensa dan sentuhan gambar Dayah dan suaminya yang diedit jurugambar profesional ternyata membuatkan warganet sebak sambil mendoakan kesejahteraan malah dipermudahkan bersalin.
Alhamdullah kerana semuanya sudah pun dipermudahkan malah putera sulung yang sihat dan comel, yang bakal dikongsikan fotonya kelak pastinya menjadi
Perkongsian video dan gambar di instagramnya sebentar tadi membuatkan warganet tersentuh. Hasil sentuhan oleh @zaidiel_afiqie dalam video pendek dengan alunan muzik yang syahdu sesungguh membuatkan kita merasai apa yang dikongsikan Dayah. Semoga Dayah terus kuat menempuh tempoh berpantangnya dengan sihat.
Perjuangan ini bukan milikku sahaja, bukan juga milik kamu, tapi milik kita bertiga ….
Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan 🤲🏻 Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah🤍
Untuk yang membaca, mohon kalian mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk saya dan little bb. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang tak putus mendoakan . Terima kasih 🙏🏻🤍
P/s : This photo was taken separately malaysia 🇲🇾 🇦🇺 Thank you to @zaidiel_afiqie for making it happen for us 📸
Kongsi Dayah lagi, pastinya besar rahsia dan hikmah serta ganjaran yang Allah sediakan saat dia dan suami melalui semua ini. Kuncinya adalah kesabaran dan keluarga adalah penguatnya kini untuk menempuh proses berpantang pula.
Tahniah buat Dayah Bakar dan suami, semoga Dayah terus kuat untuk menjalani tempoh berpantang bersama keluarga.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses kehamilan sehinggalah proses kelahiran memerlukan pengorbanan yang besar dari si ibu. Bukan mudah untuk mengharungi tempoh 9 bulan 10 hari tersebut. Pelbagai dugaan yang harus dilalui untuk memastikan si kecil ini selamat dilahirkan.
Sama seperti Puan Nur Najwa Najdi yang diuji dengan beberapa masalah kesihatan ketika kehamilanya yang ketujuh. Namun berkat doa dan surah yang diamalkan sepanjang tempoh kehamilanya, urusan melahirkan puteri tercinta dipermudahkan. Menurutnya, dia perlu melalui proses induce kerana masalah kesihatan namun takdir Allah, dia dapat melahirkan bayinya secara semulajadi tanpa induce.
Puan Najwa turut berkongsi surah yang sentiasa diamalkannya sepanjang tempoh kehamilan dan mendoakan agar urusan ibu-ibu yang bakal bersalin dipermudakan. Ikuti perkongsian ibu ini.
Alhamdulillah.. syukur dipanjatkan pada yang ESA.. kandungan ke 7.. banyak sungguh dugaan mama.. ulang alik hospital tiap 2minggu.. macam-macam masalah kesihatan mama .. tapi mama syukur sebab baby dalam kandungan sihat.. aktif cergas..
Mama ada masalah jantung hypo thyroid beta telesemia tred animea in pregnancy.. HB mama cuma 7-8 sahaja.. mama hadapi masalah sukar bernafas.. tidur mesti bantal yang tinggi kalau tidak mama akan lemas..
Selama 9bulan mama kandungkan mama harungi dengan penuh kesabaran.. Seawal 32w mama dah alami contraction.. doktor pantau mama sebab mama ada history besalin 35w.. Alhamdulillah baby kuat dan bertahan.. masa kandungan masuk 36w mama dah sakit contraction secara konsisten setiap 30minit.. baba terus bawa mama ke hospital.. rupanya contraction tu disebabkan jangkitan kuman..
18/4/2021 usia kandungan 37w.
Memang mama ada appoitment dengan pakar.. memang pakar suggest nak induce.. memandangkan keadaan mama yang kurang stabil.. Allah Maha Berkuasa.. Tak sempat induce dah ada bukaan 5cm.. terus masuk LR..
Tepat jam 1:46ptg seorang khalifah Allah mujahidah solehah selamat dilahirkan..
Allah mudahkan sungguh proses kelahiran.. mugkin Allah nak gantikan dengan kesusahan yang mama tanggung sepanjang kandungan ..
Apa yang mama nak kongsikan di sini.. sepanjang mengandung antara ayat yang tak pernah mama tinggal dan selalu mama baca dibibir mama ialah Surah abasa ayat 20.
ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ Terjemahan: Summas sabeela yassaraah(yassaraahu).
Then He has made the way easy for him.
Ibu-ibu diluar sana boleh cuba ayat ini sejak diawal kandungn lagi.. yakin.. insyaAllah Allah akan mudahkan..
Lahirlah puteri kedua penyeri keluarga.. pelengkap hidup kami.. zuriat ke 7.. moga menjadi anak yang solehah.. penyejuk hati mama baba.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hampir seminggu bukaan 3cm tanpa progress yang dialami oleh blogger dan instafamous Irine Nadia yang dikongsi di instagramnya. Selepas mengamalkan satu surah, beliau selamat melahirkan bayi lelaki secara normal tanpa induce. Keajaiban yang besar dirasai beliau.
Ibu bersalin tepat 40 weeks. Asalnya semalam ibu datang untuk serah diri induce sebab dah almost seminggu bukaan 3cm without progress. Sakit contraction on off since enter 38weeks. Sepanjang 2 minggu ni, memang ibu dengan ayah get ready siap-siap tengah malam nak pegi hospital sebab contraction ibu lebih kuat datang menyerang waktu malam. Siang-siang dia syokkk tido.
Sepanjang 2 minggu lepas berteka-teki bila lah baby nak keluar, sampai mak call cakap “nanti keluar la baby tu, jangan dipaksa baby tu keluar”.
Ibu mmg ada history overdue 41 weeks masa bersalinkan Hasya. Umar no-3 lahir awal sikit 38 weeks, Kak Nina anak sulungku jangan citelah, dia special edition 36 weeks sebab bersalin ceaser (baby breech). Adik-adik dia bersalin normal.
Masa Hasya ibu tak kisah sangat boleh tunggu relax-relax walaupun overdue. Siap cakap dengan doctor lagi, kalau baby nak keluar 42 weeks pun sanggup tunggu. Hehe.
Tapi untuk baby HH ni, memang dah tak larat sangat dah sebab badan & pinggang sakit sangat2. Doctor memang ada bagitau, makin banyak kali bersalin rasa sakit pinggang tu extra! Sbb tu seawal 1st trimester pun dah terasa sakit, sedangkan fasa sakit-sakit badan/pinggang masa mengandung ni selalunya rasa masa hujung-hujung 2nd/3rd trimester.
Sabtu tengahari semalam datang untuk register dan terus naik labour room. Sementara tunggu doctor datang nak masukkan ubat (induce), sempat makan siap-siap & solat zohor dulu. Sambil-sambil tu layan mild contraction dengan baca banyak-banyak surah Maryam.
Sebenarnya pagi semalam sebelum pegi hospital dah pun rasa sakit lain macam, dalam hati dah doa banyak-banyak, harap-harap lah ada keajaiban berlaku last minute .
Tepat 2pm doctor datang, sebelum nak induce doctor check dulu bukaan, mana tau kan kot-kot ada bukaan bertambah (padahal seminggu takde progress after 3cm tu) .
Tup-tup, doctor cakap “eh dah ada bukaan lah 5cm” .Terus cancel plan untuk induce. Fuhhh, rasa nak sujud syukur time tu jugak ! Bijak baby ni, macam tau-tau je tak nak kena paksa keluar induce.
Sampailah bukaan 10cm, akhirnya keluarlah seorang baby boy. Alhamdulillah, keajaiban berlaku last minute. Ibu dengan ayah rasa syukur sangat-sangat.
Netizen turut berkongsi pengalaman mereka semasa hamil dan bersalin. Turut tak melepaskan peluang, netizen mengucapkan tahniah dan selamat berpantang kepada blogger terkenal ini.
Samaa lahh akak tgh pregnant yg ke 4 ya ampun awal pregnant lg dah start sakit pinggang semuaa lah sakit2 & x larat. padahal pregnant yg sebelum2 ni mmng active sgt2. kali ni siap hrp klu bersalin awal sket dari due date pun xpe dah xlrt sgt
Ketahui 6 barang bayi yang tidak disarankan oleh pakar kerana boleh meningkatkan risiko kecederaan dan masalah kesihatan. Ramai ibu bapa masih menggunakannya tanpa sedar.