
Jangan berhenti memeluk anak-anak baik lelaki atau perempuan. Walaupun anak dah makin membesar pelukan itu juga mampu beri rasa selamat, ketenangan dan meredakan tekanan.
Pelukan ayah ibu dapat meredakan ledakan emosi yang dialami anak. Apabila anak-anak mengalami ‘temper tantrum’ atau tekanan, anak menghadapi masalah dengan regulasi emosi. Pelukan mengurangkan hormon stres (cortisol) dan menaikkan hormon kasih sayang (oxytoxin) yang meredakan emosi.

Bukan itu sahaja, pelukan anak-anak juga dapat meredakan tekanan yang sedang dialami ayah dan ibu.
Jika dari kecil diamalkan, tidak ada sesiapa yang akan merasa kekok. Jika baru hendak bermula, teruskanlah, tidak ada salahnya. Tidak haram bagi ibu memeluk anak lelaki dan tidak haram bagi ayah untuk memeluk anak perempuan.
Jika ada yang melarang ayah dari memeluk anak perempuan dan sebaliknya, itu bermakna orang yang melarang itu mungkin pernah mengalami pengalaman yang tidak elok dengan ayahnya atau dengan lelaki dewasa rapat dalam keluarganya. Oleh itu nasihat tersebut tidak releven untuk keluarga normal dan harmoni seperti keluarga anda.

Peluklah anak lelaki dan anak perempuan anda. Itulah cara termudah dan termurah untuk membina ‘connection’ pada zaman di mana kita sering sibuk terkejar-kejar masa.
Pelukan tidak menjadikan anak lelaki lembik, sebaliknya ia memberi kekuatan dalaman kepada mereka.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan Malu Cakap Kita Sayang. Ini Kenangan Andai Pasangan ‘Pergi’ Dulu

“Selagi pasangan ada depan mata, hargailah! Bila salah seorang tiada, baru kita akan rasa betapa sunyi tanpa insan yang kita sayang.” Ini yang diluahkan oleh Encik Khairul Abdullah, bapa kepada tiga anak lelaki yang membesarkan anak bersendirian setelah pemergian isteri pada Ogos 2019.
Jangan malu tunjuk kasih sayang
Menerusi perkongsiannya dalam Webinar Simpan SSPN x Pa&Ma, Detik Indah Bersama Si Manja, Encik Khairul Abdullah menitipkan beberapa pesanan kepada pasangan suami isteri agar jangan malu untuk menunjukkan kasih sayang.

“Macam saya sendiri, rasa rugi sangat tak ada banyak memori seperti video atau gambar dengan isteri. Sebelum ini kita rasa benda tu tak penting sangat, tapi bila isteri pergi dulu, rindu itu benar-benar buatkan hati ini sedih.
“Saya akui, bila rasa sedih sangat dan teringat arwah isteri, memang saya akan menangis. Walaupun orang kata tak elok tunjuk kesedihan depan anak tapi bagi saya cara ini tak salah.
“Ini seperti saya nak meluahkan pada anak, dan anak pun tak malu-malu untuk luahkan perasaannya. Selain itu jika anak-anak rindu ibunya, saya akan cepat-cepat peluk mereka,” katanya.

Semangat arwah isteri
Menurut Encik Khairul atau mesra dipanggil Super Daddy, kekuatannya membesarkan tiga anak adalah melalui semangat arwah isteri. Walaupun anak sulung saya seorang autism, tapi setakat ini masih lagi boleh urus walaupun ada ketikanya rasa ‘burn out’.
“Saya sanggup berhenti kerja selepas isteri pergi dan bekerja sendiri semata-mata nak urus anak. Sebab jika saya masih berkerja makan gaji, memang tak mampu nak urus sendiri dan mungkin terpaksa hantar ke kampung.
“Apabila difikirkan semula, dan ingat pesan isteri supaya membesarkan anak dengan tangan sendiri, saya nekad berhenti dan alhamdulillah rezeki untuk mereka tak putus walaupun saya melepaskan kerjaya pada gaji yang dah selesa.

“Saya nak anak-anak rapat dengan saya. Jadi bila kita ikhlas, tak semena-mena rezeki kami anak beranak sentiasa Allah permudahkan. Syukur sangat!,” kongsinya.
Arwah isteri banyak persiapkan diri jadi ayah hebat
Tambah Super Daddy ini lagi, dirinya sangat beruntung kerana sepanjang arwah isteri ada, arwah seorang yang sangat teliti. Saya tak kekok nak uruskan anak lepas dia pergi. Sebab masa arwah ada, dia dah biasakan saya buat kerja rumah dan urus anak. Alhamdulillah juga, bab memasak pun saya tiada masalah.
“Lagi satu, dia juga telah siap-siap buat simpanan untuk anak kami. Cuma yang dia tak sempat buat adalah tabungan pendidikan saja. Tapi lepas pemergiannya saya ambil keputusan membuka tabung pendidikan anak-anak demi masa depan. Sebabnya saya tak nak, bila saya juga dijemput ilahi, anak-anak terbiar. Sekurangnya bila ada tabungan, waris yang akan uruskan boleh guna untuk keperluan mereka,” ujarnya.
Dalam nada sebak, Encik Khairul turut berpesan pada suami-suami, jika isteri minta bantu, bantulah. Jangan berkira sebab kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Mana tahu kalau isteri pergi dulu, disebabkan kita tak biasa urus anak dan rumah tangga, terus hilang arah.
Jadi tak salah jika isteri nak persiapkan suaminya untuk sama-sama uruskan rumah tangga. Ambillah ini sebagai yang positif.

Hampir nak cederakan diri sebab rasa stres
Sementara itu, ketika menjawab soalan mengenai pengalaman menjaga anak ketika musim PKP, Encik Khairul menjelaskan pengalaman itu sangat strugle buatnya sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
“Tahun 2020 ketika PKP kali pertama, saya sampai tahap anxiety kerana terlalu stres dan tak boleh nak keluar rumah buat aktiviti seperti biasa. Sampai rasa stres nak pitam, sakit dada, muntah-muntah dan bangun tidur rasa berpusing.
“Apabila jumpa doktor dan beritahu saya anxiety barulah saya mula belajar untuk kawal keadaan. Mana tak nya masa ni lah kita nak buat kerja, anak pulak buat hal macam-macam dalam rumah. Boleh bayangkan bagaimana suri rumah urus anak-anak.
“Apabila tahun kedua PKP, dah boleh urus dengan baik dan kurang rasa stres. Mujur juga saya cepat jumpa doktor. Kalau biar dan berterusan tak tahulah macam mana kesudahannya
“Saya nak nasihatkan kepada suri rumah jika ada perasaan ni, mintalah suami bantu. Tak ada istilah suri rumah goyang kaki. Kadang nak duduk 15 minit pun tak sempat,” kongsinya.

TIPS SUPER DADDY BUAT PASANGAN SUAMI ISTERI
1) Bantulah isteri. Isteri tak harap suami bagi duit banyak. Sebaiknya banyak kan bantu urus rumah tangga dan anak.
2) Jangan malu nak cakap “Saya Sayang Awak.. Abang Sayang Awak”. Suami isteri kena selalu beritahu, biarpun dah kahwin lama. (Ini saya rasa ralat sangat sebab kurang beritahu pada arwah isteri)
3) Banyak ambil video dan gambar sebagai kenangan. Simpanlah untuk kenangan sebab benda ni tak boleh ulang balik dah bila salah seorang dah tak ada.
4) Sediakan kewangan untuk pasangan kita. Contoh ambil takaful atau apa yang patut sebagai persediaan untuk pasangan kita besarkan anak-anak. Ni bukan untuk suami saja tapi isteri pun kena buat jika mampu.
5) Sediakan fail setiap anak, jangan rahsiakan nombor akaun, pasword. Kongsikan juga nombor pin bank atau apa saja yang patut kita kongsi dengan pasangan. Sebabnya bila kita dah pergi dulu, semua urusan akan jadi lebih mudah. Tak payah nak sembunyi apa-apa dengan pasangan.
Nak tahu lanjut mengenai perkongsian Encik Khairul Abdullah ini, boleh klik video dibawah ini:
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rugilah Dapat Ayah Asyik Hadap Fon, Si Ayah Tahu Tak Anak-Anak Lebih Utamakan Dia?

Sedar ataupun tidak, anak-anak tetap mengidolakan ayahnya walaupun kadang-kadang si ayah kurang masa bersama mereka. Kenapa? Kerana bagi anak-anak ayah adalah simbol kekuatan yang mampu melindungi keluarga dan mampu memberikan kebahagian buat mereka sekeluarga.

Setelah seharian bermain sendiri dan kadang kala ditemani si ibu, pastinya anak-anak sangat merindui belaian kasih sayang seorang ayah. Namun apabila ada dikalangan ayah-ayah yang lebih sibuk bersama handphone disaat anak bertanya itu dan ini di kaki ayahnya, akhirnya anak membawa diri dan bermain seorang sambil bersedih. Sebenarnya yang rugi bukanlah anak-anak, tapi ibubapa yang tidak menghiraukan mereka. Kenapa? Ikuti perkongsian Dr.Taufiq kenapa pentingnya seorang ayah buat anak-anak.
Rugilah jika bapa lebih utamakan handphone.
Dia tak tahu si anak lebih dengar cakap dia:
– Si ibu bebel dari pagi sampai malam
– Si ibu nasihat tak berhenti
– Si ibu dari pagi suruh mandi
– Si ibu mulutnya tak pernah berhenti nasihat
Last sekali si ayah berdehem satu kali je, semua anak jadi macam askar. Senang pula ikut kata si ayah
Si ayah tak tahu si anak idolakan dia:
– Saya nak jadi macam ayah
– Saya nak kahwin dengan lelaki macam ayah
– Saya nak kerja macam ayah
– Cita-cita saya nak jadi macam ayah saya
Si ayah tak tahu anak-anak lebih utamakan dia:
– Anak lebih suka ikut ayah pergi jalan
– Anak lebih suka ayah dia temankan
– Anak lebih cari ayah bila nak bermain
– Anak ni bila jumpa ayah wajah ceria semacam
Tapi bila lapar, bila sakit, selsema, demam emak juga yang dicarinya
Ruginya si bapa yang utamakan handphone. Ruginya si bapa yang utama game. Rugi sangat.
Dia tak tahu di sekolah si anak banyak bercerita tentang dia. Semua mengaku bapa dia lah paling hebat

Anak bukan tahu sangat ayah kerja apa. Bukan tahu sangat ayah karier ayah dia tapi bila bercerita tentang ayahnya, dengan wajah penuh bangga si anak akan bercerita
– Ayah saya paling hebat
– Ayah saya pandai berenang
– Ayah saya paling gagah berani
– Ayah saya boleh makan banyak pinggan
Rugi lah ayah yang tak luangkan masa dengan anak anaknya sebelum anak anak mereka meningkat dewasa.
Sedarlah wahai bapa bapa di luar sana, anda adalah Superhero di mata mereka.
Kredit: Dr. Taufiq Razif
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbuka Puasa, Solat Berjemaah Bersama. Inilah Yang Kami Harap Dan Nantikan: Nurul Izzah

Tiada yang terindah buat sebuah keluarga melainkan dapat berkumpul beramai-ramai, makan bersama dan berkongsi cerita. Inilah yang sedang dilalui oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau dibebaskan 16 Mei lalu.
Dapat berkumpul bersama, berbuka puasa dan solat tarawih dengan ahli keluarga adalah pengalaman berharga buat Datuk Seri Anwar untuk Ramadan kali ini.
Menerusi entri di Instagram Nurul Izzah, dia ada berkongsikan mengenai kegembiraan mereka sekeluarga dapat berbuka puasa bersama papanya pada hari pertama Ramadan. Walaupun secara sederhana dah cukup untuk mereka sekeluarga berasa bahagia.
“Inilah nikmat sebenar untuk kami sekeluarga. Akhirnya Allah makbulkan jua selepas penantian dan kesabaran kami sejak bertahun lamanya.
Dapat Manja Dengan Papatuk
Bagi cucu pertama Datuk Seri Anwar, dapat bermanja dengan papatuk adalah penantian yang ditunggu selama ini selain dapat melepas kerinduan.
Hanya melalui gambar yang dimuat naik, ramai netizen yang bersyukur melihat kegembiraan keluarga ini dan mendoakan yang terbaik.
Semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke jannah buat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwaristas reunion! #girlpower #habislapapa #missinghana
A post shared by Nuhanwar (@nuhanwar) on
Sementara itu, di Instagram Nuha Anwar pula, dengan kapsyen ‘Anwaristas reunion! #girlpower #habislapapa #missinghana’ benar-benar menunjukkan anak-anak perempuan Datuk Seri Anwar begitu rapat dengan papanya.
Third wheeler. Don’t care. #middlechildsyndrome #loveyoutoopapa
A post shared by Nuhanwar (@nuhanwar) on
Mereka dianggap kekuatan buat papanya dan papa juga adalah hero dalam keluarga mereka.
Sumber: ig Nurul Izzah & Nuha Anwar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


