Jangan main-main dengan pemberian ubat pada anak, lebih-lebih lagi ketika anak demam. Malah penggunaan ubat bontot juga tidak sewenang-wenangnya diberikan pada anak kita.

Menurut Dr. Erna Nadia, penggunaan ubat bontot pada bayi dan kanak-kanak hanya diberikan atas nasihat doktor sahaja. Malah hanya diberikan pada suhu yang melebihi 38.5 dan ke atas sahaja. Ini saranan yang dikongsikan oleh beliau.

Jangan Main Bagi Ubat Bontot Kalau Anak Demam, Bahaya Kalau Salah Bagi!


Ubat bontot untuk bayi dan kanak kanak yang demam boleh diberikan atas nasihat doktor. Biasanya apabila suhu melebihi 38.5 ke atas adalah dikira suhu yang tinggi untuk bayi dan kanak kanak.

Jadi jika anda bawa anak ke klinik/hospital waktu ini, doktor akan tanya bila last ubat demam anda bagi. Jika masih belum bagi atau sudah bagi 2-3 jam lepas tapi tinggi suhu, memang akan diberikan ubat bontot bernama Paracetamol. Ingat ya, Paracetamol.

Ubat bontot Paracetamol ini boleh bantu turunkan suhu badan anak lebih cepat sedikit berbanding ubat makan. Dan boleh sahaja diberikan 6-8 jam sekali untuk 2-3 hari. Tidak lebih dari itu. Dan diberi apabila suhu lebih 38.5 ke atas sahaja.

Jangan Main Bagi Ubat Bontot Kalau Anak Demam, Bahaya Kalau Salah Bagi!

Kerana apa kita takut suhu yang tinggi? Suhu yang tinggi boleh membawa mudarat pada otak sesiapa sahaja. Bukan kanak kanak sahaja. Yang mengawal suhu badan kita adalah ‘termoregulator’ yang terletak di dalam otak juga.

IKLAN

Suhu yang tinggi boleh sebabkan sawan pada anak anak kecil dan juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada otak. Jika suhu tak begitu tinggi, bagi sahaja ubat cecair setiap 6-8jam sehari.

Jangan balut badan mereka bila mereka tengah demam. Pakaikan baju nipis, kerap mandikan mereka dan make sure mereka minum air. Selalu lah periksa pampers mereka.

Jika seharian kering sahaja pampers, menangis pun tak keluar air mata, bibir kering, kulit jadi bertompok biru atau ada lebam, teruslah bawa ke hospital. Itu tanda mereka sangat sangat dehidrasi. Dehidrasi boleh membawa maut.

Ubat bontot jenis voren ini kita tak bagi sebagai first ubat. Sama juga untuk orang dewasa, voren ini ubat tahan sakit. Jika demam tak boleh bagi ubat tahan sakit sebab boleh tinggikan risiko pendarahan dalam badan. Kita taktau kita demam sebab apa.

Dan please jika bawa anak jumpa doktor, ceritalah hal sebenar. Bila mula demam. Bila last bagi makan ubat. Macam mana keadaan anak. Siapa lagi yang tak sihat di rumah.

IKLAN

Jangan Main Bagi Ubat Bontot Kalau Anak Demam, Bahaya Kalau Salah Bagi!

Ubat demam perlu diberi 6-8 jam sekali sehingga demam memang benar benar hilang. Kalau masuk hari ketiga pun suhu masih tinggi walau dah bagi ubat demam 6-8 jam sekali, bawa ke hospital. Kena tahu apa punca dia.

Dan again saya merayu supaya tidaklah diberikan anak kecil ini apa apa makanan tambahan yang dibeli sendiri. Bahaya sebab kita tak tahu apa kandungan sebenar dalam tu.

Sekarang memamg musim demam. Kita akan anggap semua kes demam adalah Covid until proven otherwise. Jaga diri ya semua.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

IKLAN

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Jangan Main Bagi Ubat Bontot Kalau Anak Demam, Bahaya Kalau Salah Bagi!

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI