Mungkin sesetengah wanita hamil menganggap waktu mengandung untuk berehat. Tidak boleh bergerak aktif atau terlalu lasak dikhuatiri memberi kesan kepada kandungan. Sebenarnya jika seseorang wanita hamil itu aktif dan banyak bersenam sewaktu mengadung, amalan ini dapat memudahkan proses kelahiran kelak. Carilah jenis senaman mengikut kemampuan tubuh. paling penting, ikuti kelas atau latihan kecergasan yang diawasi oleh instruktor bertauliah.

Berminat untuk kekal aktif, tetapi keliru dengan pilihan senaman yang boleh diamalkan? Untuk penegtahuan anda, ada beberapa jenis senaman yang mungkin tidak anda sangkakan baik untuk wanita mengandung, tetapi amat bagus jika boleh diamalkan.

Pa&Ma senaraikan beberapa jenis senaman yang boleh anda cuba untuk kekal aktif dan mudah-mudahan memudahkan proses melahirkan anak nanti. Carilah senaman yang anda suka kerana ia dapat membantu anda untuk kekal konsisten dan berdisiplin untuk melakukannya. Amalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

BERLARI
Senaman ini paling cepat dan berkesan untuk mengaktifkan jantung. Selagi tubuh anda berkemampuan, ubah jaraknya selagi tenaga anda mampu menanganinya. Jika baharu mula bersenam, jangan terus berlari. Mulakan perlahan-lahan dengan berjalan terlebih dahulu.

BERENANG
Aktiviti ini sangat baik untuk ibu hamil kerana ia membantu menggerakkan lengan dan kaki. Ia juga membantu mengaktifkan jantung dan paru-paru. Semakin besar kandungan, anda akan dapati tubuh semakin ringan di dalam air. Menariknya aktiviti ini kerana anda boleh membuat senaman di dalam air yang membantu menguatkan sendi dan mengurangkan masalah edema terutamanya pada hujung waktu mengandung.

Artikel Menarik: [Mengaku Sayang Jatuhlah Ego, Tapi Ini Apa Suami Buat Jadi Bukti Cintakan Isteri]

YOGA ATAU PILATES
Aktiviti yoga baik kerana ia memngajar anda untuk melenturka tubuh serta bersedia dengan posisi melahirkan bayi. Selain itu, senaman ini banyak mengajar teknik pernafasan yang baik untuk anda guna pakai ketika mahu bersalin. Regangan yang dibuat haruslah mengikut kemampuan tubuh dan tidak dipaksa. Ikuti kelas dengan instruktor yoga bertauliah.

Pilates pula mensasarkan otot-otot yang lemah sewaktu anda mengandung. Anda akan diajar untuk menetapkan masa bersenam serta untuk kekal tenang dalam apa jua situasi. Jika berkesempatan, anda disarankan untuk mengikuti kelas pilates yang dianjurkan oleh jurulatih yang diyakini.

AEROBIK DAN TARIAN
melakukan aerobik adalah selamat selagi anda melakukannya dengan impak rendah. Ia baik untuk memberi kekuatan kepada otot-otot tuuh anda. Dengan menari, anda akan menggalakkan aktiviti pengepaman darah ke jantung.

Menarilah mengikut jenis muzik yang digemari tetapi elakkan pergerakan lasak seperti melompat atau langkah yang terlalu rumit yang berkemungkinan menyebabkan anda hilang keseimbangan. Menari juga merupakan salah satu terapi terbaik buat wanita hamil.

SENAMAN KUATKAN LANTAI PELVIS
Senaman untuk lantai pelvis bertindak untuk menguatkan bahagian itu. Jika otot lantai pelvis lemah, anda cenderung untuk terkencing ketika bersenam, batuk, bersin atau ketawa. Dengan melakukan senaman ini secara konsisten, ia boleh dielakkan.

Artikel Menarik: [Perut Berat Bawa Anak, Suami Jangan Tambah Beban Isteri Dengan Sikap Sambil Lewa]

SENAMAN BEBAN
Jika anda mampu, lakukan senaman ini. Pilih berat mengikut kemampuan dan kekuatan tubuh anda. Biasanya senaman begini dibuat oleh wanita hamil yang sudah biasa melakukannya sebelum mengandung. Ia perlu dilakukan perlahan-lahan dan menggunakan beban yang tidak keterlaluan, sekadar untuk membantu menguatkan otot tubuh.

Senaman bertujuan untuk mengukuhkan otot serta membina ketahanan diri sebagai langkah persediaan untuk membawa bayi dalam kandungan yang semakin membesar. Bersenam secara konsisten dapat membantu menguatkan bahagian tubuh untuk membawa berat badan yang bertambah, memperbaiki emosi, memberi tenaga, memastikan anda bersedia fizikal dan mental untuk bersalin, memberi tidur berkualiti kepada si ibu dan banyak lagi.

Artikel Menarik: [Jangan Sesekali Lukakan Hati Anak Lelaki, Rajuknya Tak Ditunjuk Tapi Diingat Sampai Besar]

Aktiviti yang bagus untuk wanita hamil akan mengepam jantung dan memudahkan tubuh untuk dilentur. anda boleh berlari atau mengangkat berat tetapi rejim senaman harus ditukar mengikut trimester kehamilan.

Tinggalkan Komen