Mendidik anak untuk membesar dengan baik bukanlah tugas yang senang. Terutama anak lelaki.
Perangai setiap anak juga berbeza dan sebagai ibu bapa kita juga sedang belajar cara terbaik untuk mendidik anak. Bagi yang mempunyai anak lelaki boleh ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Dr Taufiq ini.
Anak lelaki mesti diajar masuk ke dapur
– Tempat anak lelaki bukan di depan TV, main PS4 dan menunggu makanan sampai ke riba sahaja. Itu adalah tanda anak dah mula nak jadi raja dalam rumahtangga
– Tempat anak lelaki bukan bertukang semata mata kerana memasak dan mengurus dapur juga adalah kemahiran & Life Skills yang perlu dikuasai oleh semua orang tanpa mengira jantina
Ads
– Anak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi anak yang lebih bertimbangrasa dengan pengorbanan ibu dan bakal isterinya kerana mereka tahu betapa renyahnya menguruskan makanan harian sekeluarga
– Anak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi suami yang cekap menguruskan keluarga ketika isteri sedang berpantang. Barulah tidak timbul isu lelaki memaksa isteri memasak dan menguruskan dapur ketika mereka masih dalam fasa berpantang
– Anak lelaki yang selalu ke dapur akan membuatkan mereka ada Sense of Responsibility. Mereka akan lebih bertanggungjawab dan tidak bersifat suka lepas tangan
– Anak lelaki yang selalu ke dapur tidak akan sesekali bertukar menjadi pondan kerana tidak ada satu kajian sahih pun menujukkan lelaki yang selalu ke dapur akan bertukar pondan. Malah lelaki yang pandai mengurus dapur lah yang sepatutnya diangkat menjadi ketua keluarga yang mithali dan penyayang kepada ahli keluarganya sendiri
Mesti ada di antara anda terfikir, bukankah melelapkan mata itu satu kemahiran semula jadi? Bagi sesetengah individu dewasa, masa untuk tidur dianggap perkara yang mudah. Malahan, untuk mereka yang baharu bergelar ibu bapa, kepenatan menjaga si kecil mungkin membuatkan anda terus tertidur sebaik sahaja berbaring.
Tetapi keadaan itu berbeza bagi bayi kecil. Mereka masih belum mempunyai kemahiran yang sama. Latihan tidur adalah satu proses untuk membantu bayi belajar melelapkan mata dan kekal tidur sepanjang malam.
Kebanyakan bayi dapat mengadaptasi kemahiran ini dengan mudah dan cepat.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah anak yang berdepan kesukaran untuk tidur atau kembali melelapkan mata selepas terjaga.
Adakah anda tahu bilakah masa yang sesuai untuk melatih anak tidur sendiri?
Pakar mengesyorkan waktu yang sesuai untuk memulakan latihan tidur ketika bayi berusia 4 hingga 6 bulan. Di bawah ada penjelasan lebih lanjut mengenai kesesuaian batas usia anak:
# Baru lahir hingga 2.5 bulan
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan antara malam dan siang kerana mereka tidak menghasilkan cukup melatonin.
Mereka juga memerlukan penyusuan pada waktu malam yang kerap. Jadi buat masa ini, ia bukanlah masa sesuai untuk melatih anak tidur sendiri.
# 3 hingga 4 bulan
Menjelang usia 3 hingga 4 bulan, bayi mula membentuk kitaran tidur malam. Mereka mudah bergaul, tidak mengalami kegelisahan perpisahan dan dapat melelapkan mata dengan lebih baik.
Pun begitu, kebanyakan kanak-kanak pada usia ini, masih belum bersedia untuk menenangkan diri sendiri. Jadi wujud sedikit kesukaran untuk melatih si kecil tidur.
# 4.5 hingga 5.5 bulan
Kebanyakan pakar mencadangkan untuk memulakan latihan tidur anak pada sekitar usia ini. Ia disebabkan oleh keadaan bayi yang boleh melelapkan mata sehingga tempoh 6 hingga 8 jam tanpa perlu melakukan penyusuan pada waktu malam.
Seperkara harus diingatkan pada batas usia anak ini, mereka sudah mula belajar bahawa tangisan akan mendapat tindak balas segera daripada anda. Jadi bersedialah untuk mendengar rengekan si manja nanti apabila anda melangkah meninggalkan mereka!
# 6 hingga 8 bulan
Pada usia ini, bayi dikatakan lebih berminat untuk mencari mainan daripada memerhatikan anda. Jadi sekiranya anda sedang merancang untuk melatih anak tidur sendiri, inilah masa yang sesuai untuk melakukannya! Bayi juga dikatakan kurang cerewet sekiranya terjaga pada waktu malam.
# 9 hingga 11 bulan
Bayi mula memahami bahawa ibu bapa masih ada walaupun setelah meninggalkan mereka. Jadi si kecil akan menggunakan senjata terhebat mereka – tangisan – untuk memanggil anda kembali. Pada tempoh ini, latihan tidur mungkin boleh mewujudkan rasa penat dan kecewa pada diri anda. Pun begitu, tiada apa yang boleh menghalang anda jika mahu terus mencuba latihan tidur ini.
# 12 hingga 16 bulan (1 tahun 4 bulan)
Dalam batas usia anak ini, mereka mula menumpukan perhatian untuk mengembangkan kemahiran pertuturan dan fizikal, jadi anak akan ‘kurang melekat’ dengan ibu ayah. Jadi gunakanlah tempoh ini untuk melakukan latihan tidur.
# 17 hingga 21 bulan (1 tahun 5 bulan hingga 1 tahun 9 bulan)
Agak pelik tetapi pada usia ini anak sedang dalam proses untuk berdikari dan mereka mungkin akan lebih memerlukan sokongan anda. Jadi hentikan dulu rancangan untuk melatih anak tidur sendiri.
5 petua latih anak tidur sendiri
Anda sudah tahu batas usia anak yang sesuai untuk memulakan latihan tidur tetapi ada rasa khuatir jika tidak berjaya? Usah bimbang, apa kata cuba 5 petua berikut:
1. Wujudkan rutin waktu tidur
Setiap malam, lakukan rutin tidur yang boleh menenangkan fikiran dan mempersiapkan tubuh mereka untuk melelapkan mata. Ia melibatkan teknik menenangkan seperti mandi, membaca buku atau pun menyanyikan lagu dengan irama mengasyikkan seperti ‘Twinkle-twinkle Little Star’.
Pastikan rutin ini dilakukan secara konsisten untuk memberitahu bayi bahawa ia adalah masa tidur. Teknik ini juga dapat mengembangkan jam dalaman mereka.
2. Tetapkan tarikh efektif untuk melakukannya
Walaupun pada hakikatnya tidak ada masa yang tepat untuk melatih anak tidur sendiri, tetapi elakkan memilih waktu hampir dengan perkara-perkara penting lain dalam kehidupan anak.
Antaranya seperti masa untuk berjumpa pengasuh baharu atau minggu pertama memperkenalkannya dengan mainan gigi (teething toys). Kebanyakan ibu bapa memilih untuk memulakan latihan tidur pada hari Jumaat dan menggunakan kelebihan waktu hujung minggu. Ada juga yang mengambil cuti daripada tugasan kerja bagi mengelakkan isu mengantuk sewaktu bekerja.
3. Waktu siang untuk bermain
Bercakap dan bermain dengan bayi pada siang hari akan dapat memanjangkan waktu si kecil berjaga.
4. Letakkan bayi di katil tidur ketika masih terjaga
Berapa ramai ibu bapa yang memilih untuk meletakkan si kecil di katil mereka saat sudah melelapkan mata? Tindakan anda itu mungkin akan menyukarkannya untuk kembali tidur apabila terbangun pada waktu malam.
Langkah terbaik, apabila si kecil tampak mengantuk tetapi masih lagi berjaga, ia merupakan waktu sesuai untuk meletakkan mereka di katil tidur.
5. Fahami isyarat bayi letih
Perhatikan jika si kecil menguap, menggosok mata atau mula merengek. Ia adalah isyarat mereka sudah letih dan biasanya akan berlaku pada waktu yang sama setiap malam. Penting untuk meletakkan bayi di tempat tidur ketika mereka mengantuk tetapi tidak terlalu letih.
Ini kerana jika bayi terlalu penat, mereka lebih sukar untuk tidur dan cenderung untuk bangun lebih awal.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesilapan ‘Parenting’ yang biasa ibu bapa buat kepada anak perempuan. Membesarkan anak perempuan merupakan satu tanggungjawab besar yang memerlukan perhatian, kasih sayang, dan pemahaman yang mendalam.
Anak perempuan bukan sekadar individu yang perlu dilindungi, tetapi juga insan yang perlu dibimbing agar mereka membesar dengan keyakinan diri, keberanian, dan kebijaksanaan dalam menghadapi kehidupan.
Namun, tanpa sedar, ramai ibu bapa melakukan kesilapan tertentu dalam mendidik anak perempuan. Ini bukan kerana mereka tidak menyayangi anak, tetapi disebabkan oleh norma masyarakat, budaya, dan kepercayaan lama yang mungkin tidak lagi sesuai dalam dunia moden. Contohnya, ada ibu bapa yang terlalu menekan anak perempuan dengan peranan gender yang stereotaip, terlalu melindungi mereka hingga kurang berdikari, atau kurang memberi pendidikan tentang keselamatan dan kesedaran diri.
Kesilapan ini, jika dibiarkan, boleh memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan emosi dan mental anak perempuan. Mereka mungkin membesar dengan kurang keyakinan untuk menyuarakan pendapat, takut untuk mencuba perkara baru, atau tidak tahu bagaimana menetapkan sempadan dalam pergaulan dan hubungan.
Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa peka terhadap cara kita mendidik anak perempuan supaya mereka dapat membesar sebagai individu yang kuat, berdikari, dan mampu menghadapi cabaran dunia dengan yakin.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan lima kesilapan utama yang sering dilakukan ibu bapa dalam membesarkan anak perempuan serta bagaimana kita boleh mengelakkan kesilapan ini demi masa depan mereka yang lebih cerah.
Berikut perkongsian daripada Mohd Fhais Salim seorang ‘parenting coach.’
“Jangan menangis, jangan mengada-ngada”
Menangis bukan tanda lembik! Tapi tu tanda hati dia lembut, fitrah seorang wanita. Tak bagi dia nangis ibarat kita menafikan fitrah dia.
Cakap cakap adalah satu terapi buat perempuan. Anak kita sedang luah isi hati, kita pula marah dia. Salah tu, lama-lama boleh tawar hatinya.
Haih. Memang betul anak perempuan kena di latih pandai buat kerja rumah tapi tak patut kita ignore fitrah seorang anak iaitu bermain. Anak lelaki pun kena latih buat kerja rumah juga tau.
Memang selalu anak perempuan yang banyak mengalah, baik dari buat kerja rumah sampai la pilih channel tv perempuan yang terpaksa mengalah. Semua anak ada hak yang sama. Berlaku adil & tidak bias ikut jantina.
Ramai anak perempuan yang jauh hati dengan ibu ayah sebab terlalu keras, terlalu kasar & terlalu garang dalam mendidik.
Anak perempuan hati dia lembut, mereka tak rasa CONNECTED jika kita berkeras, tak sync. Kontra habis. Tak pelik jika anak perempuan kuat melawan.
Anak perempuan dia special. Jika kita betul-betul tunaikan semua hak mereka dan bimbing mereka baik-baik, itu la jambatan syurga kita kelak.
Perbelanjaan berganda buat semua isi rumah selepas sesi persekolahan anak-anak dan kini pula perbelanjaan puasa dan raya membuatkan kita terduduk.
Habis semua duit tabungan digunakan untuk tujuan itu. Pun begitu, pastinya menjadi satu kelegaan buat suri rumah ini, Pn Julie Dan Daim yang berjaya mempersiapkan kelengkapan raya diri dan keluarga menggunkan duit tabungan yang dikumpulnya sekian lama.
Walau tidak bekerja namun ia bukan mustahil dan pastinya satu kejayaan bagi wanita bergelar suri rumah ini. Bukan sedikit bahkan hasil tabungannya berjaya memperolehi sebanyak RM6485. Memang hebat!
Alhamdulillah hasil dari tabungan saya. Boleh buat untuk keperluan raya. Start menabung dari awal tahun lepas. Setel dah beli baju raya anak-anak, mak dan mak mertua.
Beli biskut raya, beli barang dapur dan duit raya untuk anak-anak buah belah saya dan suami.
Dapat jugak saya membantu suami untuk perbelanjaan raya tahun ini. Duit ini pun datangnya dari suami juga. Hasil tarik-tarik dari beg dia setiap hari.
Saya tak boleh tengok duit berwarna. Dia pun tahu sapa yang ambil tapi dia tak tahu saya masukkan dalam tabung.
Mula tu memang sayang kalau boleh nak pecahkan hujung tahun tapi bila fikir kan blik tahun ni bertembung dengan anak-anak nak sekolah. Kesian pulak. Tak apa ada rezeki lebih nanti kita start menabung.
Saya jawab soalan puan-puan tentang posting saya semalam. Ramai yang bertanya tentang tabung dan jumlah keseluruhan duit tabungan saya.
Jumlah sebenar duit tersebut RM6485 itu tidak termasuk duit RM1 sebab malas nak kira. Saya ambil 6k sahaja untuk perbelanjaan raya dan keperluan lain.
Yang selebihnya masuk kembali dalam tabung. Ye saya tarik duit suami setiap hari tengok pada jumlah yang berada dalam dompet suami jugak.
Kalau RM20 lebih dari 5, saya tarik 3, RM10 lebih 4 saya tarik 2. Begitu jugak duit yang lain. RM50 dan RM100 saya jarang tarik tengok pada keperluan.
Suami bekerja sendiri dan duit tu memang hari-hari ada. Kerja apa? Suami penarik kereta dan buat kerja-kerja kampung. Kami hidup sederhana.
Alhamdulillah rezeki ada je. Pasal tabung pelak mana saya beli? Tabung tu saya beli dah 3 tahun dengan kawan baik saya. Harganya RM70, sekarang kawan saya tak jual dah sebab dia dah pergi menghadap Ilahi pada tahun lepas di bulan yang mulia. Puasa ke-4 dan 5hb 4 baru ni genab setahun dia pergi. Inilah kenangan saya dan arwah.
Ok semua saya dah jawab soalan yang berligar di kepala suri-suri semua. Ikutkan duit tabungan ini untuk percutian keluarga tapi tak apalah, kita bantu suami di tahun yang mencabar. Jangan ingat suri rumah tidur je.
Bantal bayi mungkin kelihatan selesa, tetapi pakar memberi amaran tentang risiko sesak nafas, SIDS dan bahaya tidur lain yang boleh mengancam keselamatan bayi.