Setiap kali dengan anak, ibu bapa cepat mengalah. Alasannya sebab tak mahu dengar anak merengek dan menangis. Jika diikutkan ibu bapa mana yang sanggup lihat anak dalam keadaan seperti itu.

Persoalannya sampai bila kita nak mengalah hingga anak rasa dengan cara menangis atau mengamuk ibu bapanya terus tolong.

Jika diikutkan sebagai ibu bapa anda harus ada pendirian tegas mendidik anak. Semua orang sayang anak tetapi biarlah bertempat dan cara kita itu boleh jadi anak kuat dan faham apa yang sepatutnya mereka buat.

Jangan Manjakan Anak Sangat! Biarlah Menangis Sekarang Daripada Susah Kemudian HariSeperti yang dibincangkan oleh Penulis Buku Keibubapaan, Taufiq Razif ini sangat betul dan jangan sesekali manjakan anak sangat.

Jangan manjakan anak sangat

IKLAN

Meraung-raung si Solahuddin ni nak saya pakaikan seluarnya. Bukannya dia tak reti tapi saja nak bermanja dengan saya.

Solahuddin masih meraung minta saya pakaikan seluarnya. Saya keraskan hati. ” Nak, Abi bukan tak sayang kamu nak. Abi cuma taknak manjakan kamu secara berlebihan. Abi taknak jadi Helicopter Parent yang merosakkan anak sendiri kerana kasih sayang yang terlalu mendalam dan berlebihan! ”

IKLAN

Antara contoh Helicopter Parenting :

– Semua benda kita buat untuk anak
– Semua permintaan anak kita tunaikan
– Tak sanggup langsung tengok anak susah
– Tak ajar langsung anak berdikari
– Semua aktiviti anak kita masuk campur
– Anak kita jadikan Bos dalam rumahtangga

IKLAN

Saya bukan saja-saja tak nak jadi Helicopter Parenting ni. Saya takut kesan buruk pada si Solahuddin je. Bila saya jadi Helicopter Parent, ada kemungkinan besar anak saya ni akan mempunyai masalah cemas tak menentu ( anxious all time ) bila dah dewasa nanti.

Ni efek Helicopter Parenting yang paling saya takutkan terjadi pada anak saya. Jadi biarlah dia menangis sekarang ketika saya masih ada disini daripada dia menangis suatu hari nanti ketika saya tak ada lagi disisi ?

p/s : Jom ingatkan mak ayah yang lain juga kerana ramai lagi mak ayah di luar sana yang belum tahu tentang benda ni

Sumber: Taufiq Razif

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI