Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly yang terkenal dengan kebolehan memasak pelbagai jenis makanan buatkan ramai yang suka penampilannya.
Selain pandai menjiwai watak dalam setiap lakonan, pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan ini juga sering berkongsi kata-kata nasihat kepada suami isteri dalam hubungan rumah tangga.
Dalam perkongsian terbarunya itu, Sheila menasihatkan golongan suami untuk menghargai isteri.
“Jangan marah kalau isteri kuat makan..Jangan bising kalau isteri gemuk.
Ads
“Kerana setiap suapan isteri pahala buat suami.. 10 suapan isteri 10 pahala suami.
Ads
“Bila badan isteri berisi tandanya suami memahami. Jadi jangan berkira dan layanlah isteri dengan baik,” katanya.
Ads
Sheila yang berkahwin dengan pengarah terkenal Jinggo dan mempunyai dua anak lelaki ini sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam rumah tangga dan sentiasa yakin air tangan isteri pengikat kasih sayang suami.
Sumber: ig Sheila Rusly
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita semua pun tahu pemakanan sangat penting untuk perkembangan otak bayi dalam 7 tahun pertama ni. Namun, nak naikkan berat bayi kena pilih makanan yang healthy juga.
Selalu saya ni ditanya oleh mak-mak. Makanan apa yang boleh tambahkan berat bayi. Ada yang bayi sudah garis merah, Ada yang mak mak misi selalu marah, ada yang mak-mak resah.
Jadi macam mana nak buat bayi bertambah berat badan tapi makanan yang diberi pun sihat?
Terdapat beberapa makanan yang kita listkan di sini makanan yang whole food dan bernutrisi tinggi tapi high calorie. Makanan macam ni la yang bila bayi makan berat bertambah tapi pertambahan yang sihat tau! Jom saya listkann!!
#1 Sweet potato
Sweet potato ni ubi manis yang sangat sesuai diberi seawal 6 bulan. kaya dengan fiber, magnesium, potasium, vitamin B6 dan vitamin A dan C. Yang best sekali kandungan lelemak jahat dalam sweet potato sangat rendah.
#2 Oat
Oat satu-satunya cereal yang mempunyai kandungan protein ala-ala kekacang. Kurang lelemak jahat dan cholesterol, oat ni kaya dengan manganese, magnesium, thiamine, dan phosphorus.
#3 Avocado
Nyummm sedapnya avocado. Kalau smoothies dan milkshake sihat dari avocado bukan sahaja baik untuk kita malah anak-anak setahun ke atas pun dah boleh enjoy.
Kaya dengan fiber dan rendah lelemak tipu, avocado antara makanan yang menambah berat dan boleh diberi seawal 6 bulan.
#4 Kekacang
Kekacang ni adalah penambah berat badan yang baik. 1/4 cawan kekacang mempunyai 200 calorie tau. Jadi mommy yang bayi takde alahan kacang bolehla kisar halus-halus kacang masukkan dalam bubur. Takpun kalau buat milkshake ke smoothie ke..nyummmyyyyy.
#5 Nasi
Ia nasi kan carbohydrate..carbohydrate sangat bagus untuk weight gain. sebab tu nak diet tak boleh makan nasi sangat kann. Kalau nak jom try izzly white rice dan brown rice powder. Senang berat nak naik. 🙂
#6 Whole wheat atau gandum penuh
Tepung gandum yang whole yang tidak di refined adalah penambah berat yang sangat berkesan. Buat porridge ke pancake lagi-lagi campur dengan sweet potato memang bertambah-tambah faktor berat nak naik.
Namun, ianya mengandungi gluten. Awas ya bayi yang gluten sensitif atau eczema jangan dicuba-cuba tepung gandum ini.
#7 Butter
Yup..letak butter dalam makanan bayi. Butter ni sangat bagus tau untuk peningkatan berat tapi jangan overdo..hanya letak satu sudu teh sikit je dalam bubur anak tau. Dan hanya pilih UNSALTED BUTTER sahaja.
Still kena follow no salt rule for baby tauuu!!
Ok itu sahaja. Sebenarnya ada lagi berpuluh-puluh makanan yang boleh digunakan untuk menambah berat badan bayi.
Selamat mencuba!
Sumber: Dr Amalina
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuantiti makanan anak bukan ukuran untuk menilai bahawa anak sihat dan juga cukup nutrisinya. Tidak semestinya bayi perlu menghabiskan satu mangkuk puree. Dietitian, Puan Fizah Sobri berkongsi kuantiti yang betul mengikut tahap umur bayi tersebut.
KUANTITI BUKAN UKURAN
Salam mommies..Saya nak ingatkan lagi sekali ye; Kuantiti bukan ukuran anak makan sihat pada usia sebelum 8bulan!
Aim adalah untuk pengenalan tekstur lebih kepada kuantiti sebab diet kebanyakan masih dari susu baby; ❤Umur 6-8 bulan
perlu 1-3 sudu besar sahaja 2-3 kali sehari makan
❤Umur 9-12 bulan
boleh ambil 3-5 sudu besar 3-5 kali sehari makan (termasuk snek)
Saya melihat terlalu ramai mommies apabila mula sahaja pengenalan makanan pelengkap terus nak bagi sehingga satu mangkuk habis dan terus 3x sehari
Ini juga antara sebab bayi boleh jadi sembelit apabila memberi makanan pelengkap yang banyak dan terlalu kerap pada awal awal waktu
Usus bayi perlukan masa untuk biasakan diet baby yang baru..iaitu dari hanya mengambil susu selama 6 bulan kepada makanan yang pelbagai..
Bagilah masa…jangan banding anak anda dengan anak orang lain..sikit sikit bagi..sikit sikit naikkan..sikit sikit pengenalan kepada makanan lain..sabar ye mommies,tau excited tu.
Mommies juga jangan lupa fokus kepada perubahan tekstur makanan dari puree/kisar/cair kepada lenyek kepada cincang dan seterusnya makanan lembut
Ingat ye mommies fokus utama adalah untuk memperkenalkan tekstur serta makanan yang pelbagai kategori (karbohidrat,serat,protein)daripada kuantiti makanan
Jika anak mommies maintain kenaikan berat yang konsisten dan tidak jatuh ke line warna kuning mommies is doing a great job
Jangan stress ye..consistent..and keep up the healthy food intro
Sejak dalam rahim lagi kanak-kanak telah mula belajar kemahiran makan dengan menghisap jari mereka sendiri. Proses perkembangan ini terus berlaku sehingga mereka boleh menikmati makanan orang dewasa.
Sehingga kini, dianggarkan kira-kira 25% dari kanak-kanak normal menghadapi masalah kemahiran makan (Chatoor, I, 2009). Selain itu, dianggarkan juga 80% dari kanak-kanak berkecelaruan perkembangan menghadapi masalah ini (Chatoor, I, 2009).
Masalah Makan
Kemahiran makan yang bermasalah selalunya dikaitkan dengan masalah komponen perkembangan yang lain seperti masalah motor halus, masalah tingkah laku serta masalah emosi.
Sebahagian dari gejala yang menunjukkan masalah makan di kalangan kanak-kanak adalah;
-Tercekik,
-Pemilihan makanan yang cerewet
-Muntah
-Kegagalan menaikkan berat badan.
-Enggan makan sama sekali.
Keengganan kanak-kanak ini makan dapat dilihat dari pelbagai jenis makanan termasuklah;
-Enggan makan makanan lecek seperti bubur
-Enggan makanan lembut seperti kuih talam/puri
-Enggan makan makanan yang keras seperti biskut
Selain dari enggan makan makanan tertentu, ada juga yang hanya memilih jenis/keadaan makanan yang tertentu seperti;
-Hanya makan makanan berkuah.
-Hanya memilih makanan berasa manis
-Hanya makan nasi tanpa apa-apa lauk pauk.
Walaupun mereka berhadapan dengan semua masalah di atas, kanak-kanak tidak pandai menyatakan apa yang mereka mahu dan apa yang mereka tidak mahu/ tidak lalu makan sepertimana orang dewasa yang lain.
Kecelaruan Tingkahlaku Ketika Makan (Behavioral Feeding Problems)
Behavioral Feeding Problems adalah temasuk semua tingkah laku bermasalah yang berlaku semasa waktu makan. Kanak-kanak ini biasanya menunjukkan gejala berikut;
-Enggan duduk di meja makan/tempat makan
-Enggan menyuap sendiri walaupun dia mampu untuk melakukannya.
-Membaling makanan ketika masa makan
-Merampas makanan dari orang lain
-Sengaja menangis, menjerit atau muntah untuk mengelak dari kena makan.
Dan lain-lain
Kanak-kanak yang menghadapi sensory feeding problems ini biasanya tidak selesa dan mudah terganggu dengan makanan/minuman melalui;
-Rupa makanan yang dihidang
-Rasa
-Bau
-Tekstur
Manakala, masalah yang biasanya dihadapi oleh sebahagian besar dari mereka ditunjukkan sebagai, sukar menerima makanan yang mempunyai tekstur berbeza. Contohnya,
-Mereka menghadapi masalah untuk meninggalkan makanan dalam bentuk cecair (susu) atau puri. Terdapat kanak-kanak berusia lima tahun minum dua botol susu sebelum pergi ke sekolah, enggan bersama dengan kelas semasa makan dan apabila pulang, terus mendapatkan dua botol susu.
-Mereka enggan sama sekali mencuba makanan yang lebih pejal.
-Kebanyakan masa, apabila mereka dipaksa makan juga, mereka akan muntah atau gag secara tidak sengaja
Kecelaruan Pemakanan yang Lain
Selain dari kecelaruan pemakanan berasaskan tingkahlaku dan deria, kelewatan perkembangan dan masalah perubatan juga boleh menyebabkan masalah kemahiran pemakanan. Walaupun gejala yang dipamerkan hampir sama, untuk menangani dengan baik, seorang Terapi Pertuturan-Bahasa perlu mengenalpasti punca dan asas sesuatu masalah itu.
Kanak-kanak Berisiko Tinggi Untuk Behavior Feeding Problem
Kanak-kanak yang mempunyai risiko yang tinggi menghadapi masalah kecelaruan kelakuan pemakanan termasuklah;
-Kanak-kanak Autisma
-Kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan
-kanak-kanak yang kurang sokongan / tiada model pemakanan yang baik
-Lain-lain lagi
Pengendalian Kanak-kanak Behavior Feeding Problem
*Strategi yang dinyatakan di sini boleh berbeza sedikit untuk disesuaikan dengan keperluan individu. Tidak semua strategi di sini sesuai untuk semua kanak-kanak bermasalah kelakuan pemakanan.
Ibu bapa merupakan model yang terbaik untuk mempamerkan sikap pemakanan yang baik.
Semasa waktu makan, adalah baik semua anggota keluarga duduk bersama di meja makan. Tiada siapa dibenarkan untuk makan di depan televisyen. Apabila ibubapa menggariskan satu peraturan yang sama untuk semua ahli keluarga, kanak-kanak bermasalah pemakanan ini berpeluang untuk memerhatikan dan seterusnya memahami serta mengikuti peraturan tersebut.
Pecahkan objektif kepada langkah-langkah yang mudah dicapai
Kanak-kanak dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila matlamatnya mudah dicapai. Perhalusi langkah yang besar dan pecahkan objektif yang besar menjadi lebih kecil agar mudah dicapai oleh si kecil.
Berikan penghargaan kepada setiap langkah yang dicapai
Apabila kanak-kanak berjaya mencapai setiap satu langkah kecil, berikan pujian dan penghargaan. Berikan penghargaan berupa objek yang beliau sukai dan hargai, ini akan merangsang kanak-kanak agar kerap mengulangi langkah tersebut. Setiap kali kanak-kanak berjaya mencapai satu langkah seterusnya, ibubapa/penjaga mestilah memberikan pujian.
Sebahagian kanak-kanak memerlukan ulangan untuk setiap langkah kecil ini semasa waktu makan. Kerapkali mereka perlu mengulang berhari-hari atau berminggu-minggu sebelum mereka dapat menyempurnakan langkah kecil tersebut dengan baik. Oleh itu, ibabapa perlulah memberikan mereka masa dan tidak jemu membantu mereka melalui fasa ini.
Mulakan dari sifar
Teknik ini sesuai diaplikasikan ke atas kanak-kanak pra-sekolah dan yang lebih besar. Kanak-kanak akan memulakan setiap harinya tanpa objek/ aktiviti yang digemari. Kanak-kanak perlu menyempurnakan langkah kecil tersebut dahulu sebelum dia mendapat objek/aktiviti kegemarannya.
Contohnya, kanak-kanak boleh menonton satu rancangan televisyen sekiranya beliau berjaya memakan separuh roti planta semasa sarapan.
Kanak-kanak yang mudah mengamuk dan sukar bertoleransi
Terdapat kanak-kanak yang sukar bertoleransi dengan langkah sangat kecil yang hendak dicapai atau perubahan paling minima yang telah dirancang. Ada ketikanya keadaan menjadi lebih teruk apabila objektif itu telah meningkatkan kekerapan dan keterukan tingkah laku yang tidak diingini. Terdapat sebahagian kecil dari mereka boleh bekerjasama pada peringkat awal tetapi kemudiannya mundur ke belakang atau kemudiannya enggan maju ke hadapan (static).
Pelan pemakanan untuk kanak-kanak yang mudah mengamuk dan sukar bertoleransi mestilah dirancang dengan teliti dan perlu dipantau agar kanak-kanak serta keluarganya berada dalam keadaan yang selamat. Semua kes seperti ini perlu mendapat perhatian dan panduan dari ahli profesional pelbagai disiplin (interdisciplinary team).
Memilih Teknik Yang Sesuai
Ibubapa mestilah berjumpa dan berbincang dengan ahli professional terlibat untuk menentukan teknik manakah yang sesuai dengan masalah anak mereka. Kanak-kanak bermasalah pemakanan ini seperti ini mestilah dinilai oleh Terapis Pertuturan-Bahasa yang pakar dalam pemakanan kanak-kanak atau ahli interdisciplinary feeding team.
Sebarang permasalahan berkaitan dengan pemakanan perlulah dibincang dengan ahli professional yang terlibat sejak awal lagi agar masalah ini tidak berlarutan. Gejala masalah pemakanan yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain terutama apabila usia semakin bertambah.
Rujukan
Chatoor, I. (2009) Diagnosis and Treatment of Feeding Disorders in Infants, Toddlers and Young Children. Washington DC
Behavioral and Sensory Feeding Problems http://nutrition.cedwvu.org/feeding-and-swallowing-clinic/behavioral-and-sensory-feeding-problems.php
Morris, S.E. & Klein, M.D (2000) Pre-Feeding Skills 2nd Edition. United States of America
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.