Selalu terfikir nak bawa anak solat di masjid. Kalau dia tak pandai solat pun, sekurang-kurangnya dapat pendedahan dan mengenali tempat suci ini. Tapi itulah, bila nak bawa tu satu kegusarannya ialah bila terkenangkan anak yang tengah lasak, pasti akan berlari-lari keliling masjid.
Itulah yang diusahakan oleh pengacara dan pelakon cantik, Yana Samsudin dan menurutnya apabila membawa anak ke masjid menjadi satu rutin, ia akan menjadikan anak lebih berdisiplin dan biasa dengan suasana beribadah.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Yana turut menceritakan pengalamannya ke masjid sedari usia lima tahun. Katanya pergi ke surau sahaja, nak ke masjid agak jauh harus menyeberangi jalan. Waktu itu, ayahnya tak dapat bawa semua anak kerana hanya ada sebuah motor vespa.
Tulisnya lagi zaman sekarang sangat mudah kerana kebanyakan masjid sudah ada ruangan khas untuk kanak-kanak, mempunyai permaidani dan berpenghawa dingin.
Bagus usaha Yana dan suami untuk membawa Mateen ke masjid. Sebenarnya bagus juga kalau diajar anak ke masjid dari usia yang masih muda, supaya mereka biasa dan tidak berasa janggal kalau diajak ke surau atau masjid apabila sudah besar nanti.
Pada Sabtu 29 Jan yang lalu, seperti lazimnya pada setiap bulan Pa&Ma mengadakan E Workshop yang bertajuk Misi Mama Sambut Baby. E Workshop yang disertai 100 peserta itu berlangsung dengan jayanya bersama kehadiran panel yang tak asing lagi seperti Dr Afida Sohana (Doktor Obstetrik & Genekologi) dan Pn Suraya Sulaiman (Sonographer).
Acara yang berlangsung selama 3 jam itu padat dengan perkongsian ilmu menarik terutamanya untuk mama dan papa yang bakal menyambut baby. Acara bermula dengan perkongsian daripada Pn Suraya Sulaiman Khan yang merupakan Sonographer. Dalam perkongsiannya Pn Suraya turut menjelaskan tentang scan baby dalam kandungan. Peserta juga berpeluang untuk bertanyakan soalan-soalan tentang scan baby sebaik sahaja tamat perkongsian daripada Pn Suraya.
Selain Pn Suraya, E Workshop kali ini juga menampilkan Pakar Obstetrik dan GInekologi iaitu Dr Afida Sohana. Dalam perkongsiannya, Dr Afida turut menerangkan apa yang perlu mama dan papa perlu buat sebagai persiapan kali pertama menyambut baby. Selain itu banyak lagi info-info menarik untuk mama dan papa baru. Dalam segmen Dr Afida juga, peserta turut berpeluang bertanyakan sebarang persoalan bagi tentang kehamilan dan juga bayi dalam kandungan. Tonton E Workshop Misi Mama Sambut Baby di bawah:
Selain perkongsian daripada dua panel tersebut, E Workshop kali ini turut dimeriahkan dengan segmen Teka & Menang yang menawarkan hadiah menarik berupa tiket masuk ke Sunway Lagoon, tiket masuk Farm In The City dan juga tiket masuk ke Zoo Melaka. Tidak lengkap event Pa&Ma tanpa acara cabutan bertuah. Sebelum berakhir, 5 peserta yang bertuah juga turut membawa pulang baucer beli belah daripada Hari Hari yang berjumlah RM50 setiap satu.
Untuk bulan Februari nanti, Pa&Ma akan mengadakan satu lagi E Workshop menarik iaitu Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Seperti sebelum ini, Pa&Ma akan menjemput beberapa panel yang tidak asing lagi untuk memeriahkan acara kami disamping berkongsi pelbagai info menarik untuk semua peserta. Jangan lupa untuk sertai kami. Untuk info lanjut, nantikan poster pernyertaan di akaun media sosial majalah Pa&Ma!
Rezeki itu milik Allah, setiap orang rezekinya lain-lain. Ramai yang menganggap rezeki itu hanya dalam bentuk duit. Sebenarnya tidak! Bahagia itu juga rezeki, hati yang tenang itu rezeki, keberkatan masa itu juga rezeki. Dapat kawan yang baik juga rezeki.
Bagi kita yang hidup secara bersederhana, syukurlah apa yang ada. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Asalkan makan pakai dan keperluan perbelanjaan cukup itu pun dah memadai. Dapat rezeki lebih alhamdulillah!
Seperti perkongsian seorang isteri, Chienta Mul’aien II, walaupun tiada gaji tetap dan hidup bersederhana, simpanan untuk kecemasan dan keperluan keluarga tetap ada. Sungguh terinspirasi!
Kami tak ada KWSP, pecah tabung la jawabnya. Plan nak beli emas macam sebelum-sebelum ni tapi ada keperluan yang lebih perlu didahulukan.
Alhamdulilah..hasil penat lelah meniaga siang dan malam. Pukul 3-4 pagi orang tidur saya masih up barang niaga.
Penat memang penat tapi tu je lah caranya dapat bantu suami, bantu diri sendiri, bantu keluarga. Nak keluar bekerja belajar pula tak pandai.
Cara saya menyimpan pula setiap kali belanja ada baki duit RM20/RM5 terus saya simpan. Tak kisah baki duit dapat berapa keping, saya takkan usik kecuali terdesak.
Lagi 1 simpan dalam tabung yang tak boleh buka tutup. Selalunya orang cakap ,alah awak niaga boleh la simpan macam ni tapi sebenarnya saya menyimpan ni dari sebelum saya ada income sendiri.
Saya biasa hidup susah sebelum berkahwin, saya ibu tunggal selama 6 tahun, peritnya nak sara hidup sendiri masa tu. Mula-mula kahwin saya belajar menyimpan duit RM5 saja, sebab masa tu saya tak niaga macam sekarang hanya belanja duit suami dan nafkah.
Setahun saya dapat dalam RM1K, dengan duit tu saya dapat buat belanja balik kampung,
beli baju raya semua.
Alhamdulilah sekarang suami pun dah berjangkit menyimpan duit RM20&RM5, yang untung bini dia. Harap perkongsian ini dapat bagi semangat pada semua.
Kita kena buat dulu, baru nampak hasilnya dan puas hati. Lagi satu berdisiplin. Siapa lagi nak ubah hidup keluarga kita, kalau bukan kita suami isteri.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Inilah nilai sebuah persahabatan bila mana sanggup membantu insan istimewa lain di saat amat memerlukan bantuan.
Tindakan dua sahabat kepada anak istimewa ini seharusnya diberikan pujian bila mana membantu rakan istimewa lain dengan ikhlas ketika anak kecil itu ingin ke tandas.
Perkongsian Sylvester yang memuat naik dua keping gambar anak-anak kecil ini menjentik hati kita. Betapa mulianya kasih sayang dan erti persahabatan anak-anak kita.
Erti sebuah persahabatan. Selepas waktu rehat, semasa menuju ke kelas saya terserempak dengan 3 sahabat ini ( Murid tahun 1).
2 orang rakannya tengah membantu untuk membuka tali pinggang kerana ingin membuang air.
Murid “J” ini sememang nya istimewa. Dia adalah bekas murid saya di prasekolah. Dia masih tak pandai mengurus diri sendiri.
Bahkan semasa di Tahun 1, dia masih lagi menggunakan pampers. Tapi mungkin hari ini dia tak guna pampers. Percakapan dia pun tak berapa jelas (Agak slow).
Tapi yang membuatkan saya bangga dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin dengan dia.
Bahkan kadang-kadang kawan-kawan dia sanggup tolong dia beratur untuk ambilkan makanan RMT di kantin sekolah.
Dia juga seorang yang sangat peramah walaupun dia agak lain daripada murid yang lain.
Pendek kata, rakan yang sekelas dengan dia semua memberikan perhatian kepada dia walaupun mereka masih di usia 7 tahun.
Kawan dia itulah yang tolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan semula baju dia bila dah siap.
Selepas itu mereka pimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.