Jangan sesekali campurkan nestum atau bubur nasi dalam botol susu bayi. BAHAYA! Memang ada ibu yang nak mudah dan tak mahu anak comot ketika makan tapi kena fikirkan kesannya. Malah ada juga pengasuh yang ambil jalan mudah buat seperti ini.
Kalau tak jadi apa-apa kira bernasib baik, tapi jika berlaku kejadian tak diingini menyesal tak sudah.
Perkongsian dari Pegawai Dietetik, Nur Hafizah Mahamad Sobri ini boleh dijadikan peringatan bersama buat ibu bapa agar jangan ambil mudah mengenai perkara tersebut.
Kecoh satu kes ibu masukkan bubur ke dalam botol dan diberi melalui puting yang telah dipotong.
Sebab Mudah, Tak Mahu Kotor Sanggup Bagi Bubur Dalam Botol. Risiko Tersedak Lebih Tinggi Dan Mungkin
JANGAN TERIKUT YE MOMMIES
Ads
Apabila dibaca..kata biarlah ini cara untuk bagi anaknya kenyang dan tidur lena.
Cara ini telah dibuat turun temurun oleh ayahnya kepada adik beradiknya dan semua besar dengan baik.
Mommies zaman dah makin maju, ilmu tentag praktis cara bagi makan anak makin berkembang.
Mengapa saya kata tak boleh?
1. Cara suapan ini meningkat risiko untuk tersedak
– sambil minum sambil bayi akan ambil nafas
Jika cecair seperti susu ibu/susu senang untuk ditelan tetapi bubur sudah tekstur lebih kasar dan mengambil masa untuk telan. Jika tak habis telan bayi nafas akan tingkat risiko untuk makanan masuk dalam peparu??
Ads
2. Tiada stimulasi oral langsung!!!
– semasa bagi susu perkembangan motor skills terhad kepada hisap dan telan
Waktu menyuap dengan sudu,kena ambil,kunyah,bergerak lidah dan telan. Nampak ada perkembangan di situ.
3. Confusion / baby keliru
– eh selalu bagi puting maksudnya susu..kali ni ada makanan pulak..
Kalau kena pada menu yang anak tak suka terus tolak botol? Naya mommies nak bagi anak minum susu lagi
4. Puting botol sangat senang kotor.
– bagi susu sepatutnya puting susu ditukar setiap 3 bulan kalau bubur lagi cepat kena tukar..dan makanan senang sgt nak tersumbat..kalau tak basih dengan teliti makanan basi boleh lekat dan menyebabkan anak sakit perut
5. Tatacara pengenalan makanan tidak tersusun
– pergh baru 6 bulan dah terus bagi macam macam..jika ada alergik reaction tak dapat kenalpasti mana dah sumbernya
Ni belum termasuk saya tegur tentang kalori boleh berlebihan .
Mohon mommies untuk tidak menggunakan cara macam ni ye. Jangan target waktu ini nak bagi anak kenyang sahaja. Target kita waktu ini adalah nak memperkenalkan tekstur, kategori makanan lain selain susu dan identify allergy.
Makan 1-3 sudu besar waktu 6-7bulan pun sudah memadai..tak perlu paksa habis satu bekas.
Bila anak susah makan, mama mulalah risau. Kena pula anak pula jenis memang cerewet dalam bab memilih makanan, lagilah pening mama dibuatnya. Kebanyakan anak yang cerewet makan ini kurang berat badan disebabkan pemilihan makanan yang terhad.
Tapi, masalah ini boleh juga dialami oleh anak yangsu dah semakin aktif atau anak yang kadar metabolisma badannya tinggi (faktor genetik, masalah kesihatan seperti hyperthyroid, dan sebagainya). Kiranya pengambilan kuantiti makanan tetap macam biasa, tapi anak kerap membuang atau poo-poo dan selalunya anak juga cepat lapar. Dalam erti kata lain, makanan yang diambil tu tak sempat nak diproses dan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Bagi Puan Yatie Eimra, masalah anaknya yang turut mengalami kurang berat badan hingga perlu berjumpa pakar pemakanan membuatkan beliau ‘mencipta’ beberapa resipi untuk memastikan berat anaknya seimbang.
Contoh makanan yang tinggi lemak
-buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
-ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
-keju
-kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
-mentega
-minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
-santan
-serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas.
ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
-telur
-yogurt
Makanan tinggi karbo
-beras
-pisang
-ubi (kentang, keledek, ubi bit, dan lain-lain)
Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur-sayuran pilihan (cendawan enoki, lobak merah dan kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*
Cara-cara:
1.Buat telur hancur (scramble egg). Angkat dan ketepikan.*
2. Panaskan marjerin hingga cair. Tumis bawang besar dan bawang putih tumis hingga layu. (*Boleh juga masukkan telur dan buat telur hancur masa ni)
3. Masukkan isi ayam dan sayur-sayuran jenis keras (seperti carrot, kobis, cendawan* dan lain-lain). Biarkan air/jusnya merenih dan kering sedikit.
4. Tambahkan sedikit lada sulah/lada hitam dan garam. Gaul rata dan masukkan nasi.
✳elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma dan jusnya keluar
Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)
Menurut pakar pemakanan, kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dan lain-lain) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik-baiknya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif dan boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang sudah direndam 24 jam).
Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan.
Bahan-bahan:
½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka dan sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil mentega
Cara-cara:
1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis dan buangkan buih-buih yang terhasil.
4. Masak kacang hijau sehingga benar-benar lembut.
5. Masukkan santan pekat dan mentega. Kacau dan lenyek-lenyekkan kacang hijau tadi dengan sudu.
6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.
Lenyekkan roti. Sapukan kacang hijau sebagai inti. Gulung dan potong kecil. Cairkan mentega dalam pan kemudian bakar roti hingga garing sedikit.
BAYI 8 BULAN++
-Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan
-Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) dan campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak.
-Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).
ANAK 1 TAHUN++
-Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti dan bakar dalam pan.
Cara-cara:
1. Lenyekkan roti.
2. Sapukan kacang hijau.
3. Gulung dan potongkan roti kecil-kecil.
4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat).
5. Bakar dan balik-balikkan roti hingga garing sedikit.
✳fungsi cuka itu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon
✳fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.
Agar-Agar Santan & Keju (dari 8 bulan++)
Bahan-bahan:
1 cawan agar-agar tali (dipotong pendek dan disukat dalam cawan)
2 cawan air
1 cawan susu formula/susu segar
1½ cawan santan
2-3 keping keju cheddar (saya guna 3 keping, dah masuk 1 dalam periuk baru teringat nak ambil gambar)
Cara-cara:
1. Renihkan agar-agar dalam air hingga larut.
2. Masukkan susu, santan dan keju.
3. Kacau hingga keju cair dan air mendidih.
4. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.Pastikan guna cawan yang sama untuk menyukat agar-agar tali dan air/susu/santan
Agar-agar ini rasanya lemak-lemak masin (dari santan dan keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.
Sirap/manisan kurma
Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air
Cara-cara:
1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) dan dikisar halus
2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan dan agar tak terlalu manis)
3. Masak di atas dapur hingga mendidih.
✳bila anak dah 2 tahun++, boleh gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma.
✳makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap
Cheesy Mushroom Soup with Chicken (dari 10bln++)
Bahan-bahan:
150gm cendawan
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit isi ayam (didadu)
3 keping keju cheddar (dicarik kasar)
1-2 cawan susu formula/susu segar/krim
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan mentega bersama minyak zaitun kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, ayam dan kacau. Masak sehingga lembut dan hingga keluar jus cendawan. Tutup api dan kisar semua bahan tadi bersama cheese.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tak berketul) dan panaskan bersama susu di dalam periuk. Masukkan cendawan yang telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sup merenih lama sedikit supaya rasanya sebati.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam jika suka.
✳enak dimakan dengan garlic bread
Ayam Percik Ala Kelantan/Putih (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
¼ ekor ayam (ayam seekor saya potong 8 sebab anak makan sikit)
1 cawan santan pekat
1 batang serai (diketuk)
½ keping asam keping
Garam/gula*
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
½ inci halia
½ inci lengkuas
Sedikit lada hitam
Cara-cara:
1. Masukkan ayam dan semua bahan di dalam kuali. Biarkan mendidih dan ayam masak separuh (ayam keluar darah). Keluarkan ayam.
2. Masak kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.
3. Bakar ayam dalam pan/pemanggang ajaib di atas dapur. Lumurkan dengan kuah, balik-balikkan dan bakar sehingga sedikit garing.
✳elakkan penggunaan garam/gula bagi anak 2 tahun ke bawah
✳boleh tambahkan sebiji kurma (diblend sekali) untuk berikan rasa sedikit manis dan naikkan rasa kuah percik
Anak cirit birit? Cemasnya apa nak buat? Sebagai ibu bapa, penting untuk peka terhadap apa yang anak makan supaya mudah mengenal pasti punca gangguan pada sistem penghadaman mereka.
Cirit-birit bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, malah boleh mengakibatkan keletihan melampau dan dehidrasi. Keadaan ini menjadi lebih membimbangkan apabila berlaku kepada kanak-kanak kecil kerana ia boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka dengan cepat.
Selain mendapatkan rawatan daripada doktor, ibu bapa juga boleh membantu pemulihan anak melalui pemakanan yang sesuai. Salah satu kaedah yang sering disarankan ialah BRAT diet.
BRAT diet merupakan singkatan kepada:
BRAT diet disyorkan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa yang mengalami cirit-birit atau muntah-muntah kerana ia terdiri daripada makanan yang lembut dan mudah dihadam.
Makanan dalam diet ini rendah serat, lembut dan berkanji, sekaligus membantu memekatkan najis.
Cirit-birit dan muntah menyebabkan tubuh kehilangan nutrien penting. Pisang, contohnya, kaya dengan potassium yang membantu keseimbangan elektrolit dalam badan.
Pisang membantu usus menyerap air, manakala epal mengandungi pektin yang membantu memekatkan kandungan dalam usus.
Makanan berkanji seperti nasi dan roti tidak merengsakan perut, sesuai diambil ketika sistem penghadaman masih sensitif. Ini menjadikan BRAT diet pilihan yang selamat untuk fasa awal pemulihan.
Selain 4 makanan utama BRAT, ibu bapa juga boleh menambah:
Namun, elakkan makanan berikut kerana boleh memburukkan keadaan:
Jika cirit-birit atau muntah berlaku dengan teruk:
Minuman elektrolit sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi dan membantu badan kekal terhidrat. Dalam situasi ini, BRAT diet kanak-kanak boleh diperkenalkan secara berperingkat selepas keadaan stabil.
Apabila keadaan anak kembali normal:
Perlu diingat, BRAT diet kanak-kanak hanya sesuai untuk jangka pendek dan tidak memenuhi keperluan nutrisi lengkap anak.
Sentiasa rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat yang tepat, terutamanya jika simptom berlarutan atau menjadi semakin teruk. Penggunaan BRAT diet kanak-kanak perlu dipantau dan tidak digunakan terlalu lama tanpa bimbingan pakar kesihatan.
Sumber: U.S. National Library of Medicine, Diarrhea
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak istimewa sememangnya perlu diberikan perhatian yang lebih dan ini termasuklah dalam soal pemakanan mereka setiap hari.
Menurut Pegawai Dietetik, Puan Rose Hanizan Mat Hassan, setiap jenis penyakit mempunyai keperluan kalori serta penjagaan pemakanan yang berlainan.
Setiap ibu bapa serta keluarga perlu faham keadaan penyakit yang di hadapi bagi memudahkan penjagaan kanak – kanak tersebut dalam setiap sudut termasuklah cara berkomunikasi, cara pemakanan yang sihat dan sebagainya.
Keperluan kalori setiap anak istimewa berlainan dari anak normal kerana keperluan mereka bergantung kepada sakit dan masalah yang mereka hadapi.
Bagi kanak – kanak Down Syndrome yang tidak mengalami sebarang komplikasi, keperluan mereka adalah sama dengan kanak – kanak biasa. Disebabkan itulah ibu bapa perlu membuat pemeriksaan berkala untuk anak – anak ini.
Bagi mereka yang mengalami down syndrome bersama – sama masalah hipotiroid, prader willie syndrome dan spina bifida, tumbesaran anak – anak biasanya agak lambat. Malah keperluan tenaga mereka juga adalah berkurangan daripada anak – anak normal lain. Sekiranya kita tidak mengawal kalori yang mereka ambil, anak – anak akan berisiko untuk mengalami masalah berat badan sehinggalah mereka dewasa.
Bukan itu sahaja malah keperluan kalori mereka juga perlu dikurangkan dan pengambilan tenaga sebanyak 10-15% daripada saranan RNI. Ini adalah kerana kadar metabolisme mereka adalah lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak normal.
Contohnya: = (Keperluan tenaga bagi kanak – kanak normal) – 15 % = 2000kcal – 300 kcal = 1700 kcal
Manakala bagi anak – anak yang kurang zat makanan dan berisiko untuk mengalami masalah pengurangan berat badan adalah seperti mereka yang mengalami Cerebral Palsy dan ADHD.
Anak-anak ini perlu diberi keperluan kalori atau tenaga yang lebih dari kanak – kanak normal kerana mereka berisiko untuk tiada kenaikan berat badan. Keperluan tenaga mereka perlu dipertingkatkan sehingga 150% atau lebih daripada saranan RNI.
Contohnya: = (Keperluan tenaga bagi kanak – kanak normal) + 50% = 1700 kcal + 850 kcal = 2550 kcal
Pilih Tinggi Protein
Pengambilan protein adalah penting untuk anak – anak istimewa terutama bagi anak – anak yang mengalami masalah berkaitan otot, saraf dan tumbesaran mereka.
Ibu bapa perlu memantau anak – anak dengan lebih terperinci seperti berat anak, interaksi anak, percakapan, pengunyahan anak – anak perlu selari dengan usia agar mereka tidak ketinggalan.
Protein juga perlulah dipilih daripada sumber yang berkualiti dan menarik minat mereka. Ini untuk memastikan mereka berminat untuk makan dan cukup bagi keperluan nutrisi mereka. Ayam, daging, ikan, atau telur adalah protein yang berkualiti baik dan seeloknya adalah tanpa lemak.
Bagi nutrisi dari lemak pula, ibu bapa perlu kawal untuk mengelakkan obesiti terutamanya kanak – kanak yang rendah metabolisme. Bagi anak – anak yang kurang berat badan, ibu bapa tidak perlu kawal pengambilan lemak tetapi perlu pastikan lemak yang baik dan tidak memudaratkan tumbesaran anak – anak istimewa.
Para ibu bapa juga perlu ambil perhatian lebih kepada sesetengah vitamin dan mineral untuk anak – anak istimewa.
Pengambilan buah – buahan dan sayuran yang tinggi vitamin C adalah penting untuk meningkatkan tahap antibodi dan sistem imuniti anak – anak terhadap persekitaran.
Ini bagi mengelakkan anak – anak senang mendapat jangkitan seperti demam dan selsema. Vitamin dan mineral lain adalah seperti vitamin E, A, zinc, copper, serta amino acid dan lain – lain yang penting untuk menambah baik tumbesaran serta meningkatkan lagi perkembangan kognitif, peka dan meningkatkan tumpuan anak – anak.
Sentiasa Bekalkan Susu
Ibu bapa juga jangan lupa untuk memberikan produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan sebagainya kepada anak – anak sama seperti anak – anak normal.
Malah sekiranya perlu produk tenusu ini juga perlu diberi sehingga dewasa. Ini adalah penting untuk memastikan tumbesaran tulang dan gigi seperti normal dan kuat.
Peringatan untuk ibu dan bapa, pemakanan yang baik, sihat dan seimbang pada awal kehidupan anak – anak kita adalah penting untuk kehidupan mereka di masa hadapan. Adalah penting untuk kita pastikan kita tidak memberikan makanan ringan atau ‘jajan’ kerana tidak mempunyai nutrisi tetapi tinggi kalori dan ini akan mendedahkan anak kita untuk menjadi seorang yang obese atau berlebihan berat badan.
Begitu juga dengan anak – anak istimewa adalah tidak wajar untuk diberikan makanan yang mendorong kepada kekurangan nutrisi serta menggangu perkembangan saraf anak – anak tersebut.
Bagi anak – anak yang mengalami hiperaktif seperti ADHD elakkan memberikan makanan yang tinggi dengan gula ringkas seperti gula – gula atau makanan manis kerana ia dapat mengurangkan simptom hiperaktif tersebut.
Aktiviti fizikal juga penting untuk membantu tumbesaran anak – anak dan dalam masa yang sama kita juga telah mengajar anak – anak kita ke arah kehidupan yang lebih sihat dan cergas.
Ibu bapa perlu menghadkan tabiat yang tidak aktif dan sedentari seperti menonton television atau permainan video dan telefon secara berlebihan. Sama – sama kita menjaga pemakan dan gaya hidup yang sihat untuk anak – anak kita semua.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.