Niena Azma, isteri kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody, menjelaskan bahawa beliau masih lagi berpantang. Walaupun dalam keadaan berpantang, bukan alasan untuk selekeh di depan mata suami katanya.
Menerusi instastory yang dimuatnaik di instagramnya, Niena masih lagi melakukan aktiviti berpantang seperti biasa dan tak salah baginya untuk menghias diri.
Ads
Ramai orang tanya, dah habis pantang belum? Jawapanya belum lagi.
Niena masih berpantang, hari-hari buat treatment pantang. Dari awal pagi sampai petang. Lepastu free dah.
Ads
Chill ok, memang Niena ada keluar dan bersolek bagai, tapi insyaAllah i know my limit. Lagipun kita kena la jugak jaga, jangan selekeh depan En. Mi kang dia pandang orang lain.
Satu hal pulak! Time2 tengah sauna, tangas ke tunku ke, muka macam tak siap kan. Time ni la dua-dua diuji. Now tau la Niena kenapa bila lelaki bile isteri dia berpantang dia kena pantang, pantang tengok perempuan lain!
Ads
Niena Azman yang juga penjaga gol skuad kebangsaan telah mendirikan rumah tangga bersama Rody, gitaris kumpulan Kristal pada 28 April 2018. Beliau telah selamat melahirkan bayi sulung lelaki mereka pada Isnin, 15 Januari 2019 lalu.
Ketika melahirkan anak, salah satu yang menjadi kerisauan para ibu adalah koyakan besar sekiranya bersalin normal. Jangan jadikan sebab itu membuatkan anak menjadi takut untuk bersalin secara normal kerana ada cara untuk mengatasinya. Mind set sangat penting, sentiasalah berfikiran positif bagi memudahkan proses melahirkan bayi.
Tidak dinafikan, sokongan dari suami sangat penting untuk melancarkan proses bersalin. Dengan semangat yang diberikan oleh suami kepada isteri dapat memberi kekuatan kepada si isteri untuk berjuang melahirkan zuriat. Pun begitu, ibu sendiri perlu bersedia sebaik-baiknya dari segi mental dan fizikal untuk proses ini. Ikuti tip yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, bagi mengelakkan koyakan besar ketika melahirkan bayi anda.
1. Jangan lar panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK.
2. Amalkan senaman Kegel: Kemutkan otot pelvis/vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung
3. Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yang anjal akan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.
4. Meneran dengan cara yang betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit
5. Jangan meneran awal jika belum tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.
6. Pastikan posisi yang betul ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Macam nak tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari.
7. Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh keluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa dan raga mcm tertelan microfon.
Yee, memang saya tak pernah bersalin dan tak rasa sakit bersalin. Pelbagai karenah manusia saya dah jumpa sepanjang masa saya bekerja mengendalikan kes-kes bersalin tak mengira kes berisiko rendah atau tinggi, benda sebegini perlu dimaklumkan supaya pesakit membuat persediaan fizikal dan mental.
Banyakkan berdoa dan bersedia emosi sebelum melahirkan anak. Mohon keampunan dari suami dan orang-orang terdekat, semoga semuanya dipermudahkan. Untuk ibu yang sedang menunggu hari, bolehlah cuba tip yang dikongsikan oleh Dr Izzat ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, memilih untuk melahirkan bayi sulungnya dalam tempoh dua minggu lagi menerusi pembedahan Caesarean.
Mengakui berdebar menantikan saat itu, Siti, 39, berkata pemilihan kaedah bersalin secara pembedahan juga dibuat atas nasihat pakar perbidanan yang merawatnya.
“Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ biasanya dilahirkan secara pembedahan.
“Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan,” katanya.
Mengenai persiapan menyambut si kecil, penyanyi yang baru saja muncul dengan single Comel Pipi Merah ini berkata, segala-galanya sudah tersedia.
Ketika ini, jelasnya, beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, hanya membilang hari menantikan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.
“Suamilah insan paling teruja membuat persediaan. Bukan setakat hiasan bilik bayi sahaja tapi lif pun sudah siap untuk kegunaan Siti dalam pantang. Bagaimanapun, ia dibina bukanlah bagi kegunaan Siti saja, tetapi untuk orang lain juga seperti ibu serta ibu mentua,” katanya.
Diharapkan Siti dan bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat. Dah tak sabar rasanya peminat nak tengok bayi penyanyi kesayangan ramai ini.
Sumber: Berita Harian & Instagram Ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana yang tak sedih, sejak dari 2019 hingga kini masih belum ada rezeki untuk peluk anak seperti orang lain. Empat kali mengandung, empat kali juga kehilangan anak. Pengalaman ini bukan semua ibu mampu laluinya namun apakan daya, Allah sebaik-baik perancang. Biarpun dah berusaha untuk menjaga kandungan sebaik mungkin, takdir Allah tak dapat juga bertahan sehingga 9 bulan.
Kisah sedih yang dikongsikan oleh seorang ibu ini, Puan Nurul Farhana sungguh sebak apabila dia dah cuba bertahan tetapi akhirnya tak kesampaian apabila doktor terpaksa juga mengeluarkan anak dalam kandungan atas sebab-sebab tertentu.
Terhenti perjalanan 23 minggu
Terhentinya perjalanan di minggu 23. Alhamdulillah. Saya sudah selamat melahirkan anak syurga ke 4 secara pembedahan pada petang 9 November lalu.
Memang ramai yang tidak tahu saya mengandung lagi. Hanya keluarga terdekat dan teman sekerja yang kebanyakannya tahu.
Jika diteruskan kandungan, boleh ancam nyawa
Saya sudah berusaha sedaya upaya untuk menjaga kandungan ini. Antaranya pemasangan Mcdonald cerclage (jahit pangkal rahim) dan pemantauan doktor pakar setiap 2 minggu sekali.
Namun apakan daya, semalam jahitan tersebut terpaksa dibuka dengan kadar segera kerana keadaan pada masa tersebut baby sedang struggle untuk keluar (ketika jahitan masih lagi belum dibuka) yang mana menyebabkan rahim saya hampir pecah dan boleh membawa maut.
Bila sudah dibuka jahitan tersebut, sekali lagi saya diuji apabila baby berada dalam keadaan melintang dan tangannya yang masuk laluan untuk keluar. Jadi doktor pakar decide kena operation sebab mustahil baby dapat keluar dalam keadaan normal memandangkan fizikal baby yang sudah besar (600 gram).
Maka saya telah menjalani operation dan alhamdulillah baby telah dapat dikeluarkan lebih kurang pada pukul 4 setengah petang.
Bersyukur Allah masih panjangkan nyawa saya. Sungguh pada sepanjang melahirkan anak ini, kesakitan yang sangat luar biasa lebih lebih lagi ketika membuka jahitan tanpa bius dan pada masa yang sama benang tersebut sukar dijumpai doktor sehinggakan banyak kali doktor kejutkan ketika saya sudah berada dalam keadaan hampir tidak sedarkan diri. Allah sahaja yang tahu.
Kehilangan yang perit tapi perlu reda
Allah Maha Baik. Apa yang terjadi ada hikmahnya walaupun saya sedar keadaan untuk menghadapi kehilangan anak Syurga yang ke 4 bukanlah mudah.
Oh ya.. baby boy tau. Nama diberi Wan Muhammad Isa Faed. Alhamdulillah sudah selamat dikebumikan berdekatan pusara abang-abangnya ❤️
Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus terutama suami, keluarga, keluarga mertua, kawan baik, teman sekerja yang tidak putus-putus memberikan semangat dan doa. Hanya Allah yang mampu membalasnya untuk kalian. Terima kasih atas segalanya.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.