
Apabila terbacakan perkongsian oleh Adlil Rajiah ini, ia memang memberi kesan di hati. Maklumlah, sebagai ibu sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat anak-anak. Ada masanya sehingga kita terlupa, apabila terlalu kerap kita melakukan kesilapan ketika membesarkan mereka, ia memberi kesan buruk kepada anak.
Setiap perlakuan mahupun kata-kata yang keluar dari mulut kita menjadi contoh kepada mereka. Jika yang baik kita jadikan contoh, maka cantiklah perilaku mereka. Begitulah sebaliknya.
Baca dan hayati penulisan ini. Kemudian tanyakan kepada diri, pernahkah kita juga melakukan kesalahan-kesalahan ini tanpa sedar. Masih belum terlambat, ubahlah diri dan berikan hanya yang terbaik kepada mereka.
Bulan lepas, seorang guru mengadu pada saya, anak murid tendang kakinya sampai lebam biru.
.
Bila disiasat–
rupanya budak tu dah biasa kena tibai kat rumah.
Buat silap kena tibai,
tak buat apa2 pun kena tibai.
.
Dua minggu lepas seorang wanita DM saya sebab terkejut anak saudara lelaki dia, umur 6 tahun, cakap–
“Maksu ni fuck la!”
.
Bila disiasat–
rupanya anak kecil itu dah biasa dengar mak ayah saling carut-mencarut antara satu sama lain bila berselisih faham suami isteri.
.
Semalam, seorang ibu hubungi saya menangis-nangis bila dapat tahu anak lelakinya (7 tahun) buat hubungan seksual dengan sepupu perempuan (10 tahun).
.
Bila disiasat–
rupanya ibu bapa kedua2 anak itu beri kebebasan sepenuhnya kepada anak2 untuk memiliki smartphone sendiri, siap dengan plan internet unlimited.
.
Bila ditanya kenapa–
ibu bapa mengaku terlalu sibuk dengan kerja dan bisnes sampai takde masa nak layan anak2.
.
Lebih pedih, bila lihat sendiri “history” smartphone anak2 itu.
Jantung saya berhenti.
Hati saya remuk.
Lutut tiba2 rasa longgar.
.
Keywords yang ditaip dalam search engine–
budak2 tu macam dah faham benar segala selok belok hubungan kelamin.
Sumber: ADLIL RAJIAH