Rasanya berapa puluh tangan yang sentuh dan pegang menu makanan di kedai makan dalam sehari?
Anda tahu tak bakteria seperti Staphylococcus dan Escherichia Coli yang berpindah daripada tangan orang ke kad menu makanan tu boleh tahan hidup sehingga 48 jam lamanya!
Kad menu makanan tu boleh mengandungi sehingga 185,000 bakteria! Tapi jangan cemas, pegang je lah menu tu tapi sebelum makan dan sebelum pegang anak kita, cucilah tangan bersih bersih dulu.
Ads
Untuk anak kecil yang masih belum kuat pertahanan sistem imunnya, sebaiknya elakkan lah daripada menyentuh apalagi mengigit menu makanan tu. Kita tak tahu kuman jahat apa lagi yang membiak di situ.
Ads
p/s : Sebarkan pada mak ayah yang belum tahu. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu
“Malam tadi bila lihat perjuangan, pergelutan, pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat terasa keinsafan dalam diri, rasa nak bagi dunia pada dia, tak nak lukakan hati dia, tak nak dia kecewa dengan sikap kita.
“Tetapi itulah kita ini iman senipis kulit bawang. Sekejap sahaja keinsafan, lama sikit lupalah.
“Apa pun Faz akan buat yang terbaik untuk isteri dan keluarga.
“Jauhkan la daku dari godaan-godaan yang ada di luar, yang paling penting, Faz akan sentiasa ingat dan hargai segala pengorbanan mu isteri. Balik nanti saya ada kejutan untuk awak,” coretnya sambil berseloroh di akaun Instagram miliknya.
Pada 2021, Fazreen, 38, memaklumkan isterinya mengalami keguguran ketika usia kandungan 10 minggu.
Sebelum itu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2011 itu pernah diuji dengan dua kali keguguran sebelum membuat keputusan mengambil anak angkat, Mohd Rizqin Qayyum, 11 tahun.
Selain itu, mereka turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Mohd Rizqin Quwais, 9; Rizqeen Humaira, 8; dan Mohd Rizqin Haqq, 5.
Sesekali tu, cuba periksa mulut anak-anak kita. Nak tengok ada ke tidak TANDA-TANDA AWAL gigi berlubang. Tak susah pun. Cuma angkat bibir dan tengok pada permukaan gigi.
Gigi yang bersih warna macam putih susu. Tanda awal gigi rosak ialah adanya TOMPOKAN PUTIH/KUNING pada permukaan gigi berdekatan dengan gusi. Jika ada, jangan abaikan. Bawalah anak-anak anda berjumpa doktor gigi.
Mengenal pasti tanda awal gigi berlubang boleh mencegah gigi daripada menjadi lubang yang lebih besar dan teruk.
Kena Risau Bila Nampak Tompok Putih Di Gigi Anak
Lagi satu soalan yang biasa ibu bapa tanya gigi susu anak saya ada tompok putih. Perlu ke saya risau?
Perlu.
Tompok putih itu tanda awal gigi susu nak rosak. Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida.
Kebanyakan ibu bapa faham gigi berlubang bila warnanya coklat atau kuning atau hitam. Tapi tak ramai sedar tompokan putih itu tanda-tanda awal bermulanya gigi rosak.
Gigi yang sihat warna putih susu. Permukaannya licin. Berbeza dengan warna tompokan putih itu.
Di peringkat Kementerian Kesihatan, semua misi dan doktor gigi perlu menjalani latihan untuk mengesan tompok-tompok putih ini. Kita mahu mencegah dari awal supaya tompok putih ini tidak merebak menjadi karies. Sapuan flourida akan disapu pada gigi-gigi yang berkenaan.
Kalau tompok putih ini dibiarkan, lama kelamaan akan menjadi kuning dan coklat.
Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang. Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.
Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak. Gusi bengkak. Muka bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.
Oleh itu pentingnya untuk bawa anak-anak periksa gigi bermula gigi susu pertama tumbuh, dan diikuti setiap 6 bulan. Penting juga untuk ibu bapa sentiasa membantu anak-anak membersihkan gigi mereka setiap hari.
Ibu hamil ada GDM, jangan salah faham tentang air gula, ini tip dietitian. Ramai ibu mengandung sering menyalahkan air gula yang diminum semasa ujian toleransi glukosa oral (OGTT) sebagai punca mereka disahkan menghidap diabetes gestasi (GDM).
Namun begitu, menurut Dietitian Puan Nur Hafizah M Sobri, peningkatan bacaan gula ini bukan disebabkan air gula semata-mata, tetapi ada faktor lain yang perlu difahami.
1. Kenapa Bacaan Gula Tinggi Ketika Mengandung tetapi Normal Semasa Tidak Mengandung?
Semasa mengandung, perubahan hormon berlaku dalam badan. Perubahan ini menyebabkan hormon insulin (yang bertanggungjawab mengawal paras gula dalam darah) menjadi kurang efektif atau dihasilkan dalam jumlah yang lebih rendah.
Tubuh ibu mengandung memberi tumpuan kepada perkembangan bayi, namun jika kawalan gula darah tidak diurus dengan baik, ia boleh memberi kesan buruk bukan sahaja kepada bayi tetapi juga ibu. Malah, ibu berisiko mendapat diabetes dalam tempoh 5 hingga 15 tahun selepas bersalin.
2. Kenapa Perlu Minum Air Gula ‘Pure’ dan Bukan Air Biasa?
Air gula ‘pure’ digunakan dalam ujian kerana sebarang bahan lain seperti lemak, protein, atau karbohidrat selain gula boleh melambatkan kadar penyerapan gula. Ini boleh menghasilkan bacaan yang tidak tepat. Oleh itu, untuk memastikan hasil ujian yang betul, air gula yang tulen digunakan.
3. Hanya Satu Bacaan Tidak Normal, Adakah Ia Serius?
Bacaan gula sebelum dan selepas minum air gula memberikan maklumat berbeza.
Bacaan sebelum minum air gula: Menunjukkan keupayaan badan mengawal paras gula semasa puasa (selepas 8 jam tidak makan).
Bacaan selepas minum air gula: Menunjukkan keupayaan badan mengawal paras gula selepas makan (dalam masa 2 jam).
Walaupun hanya satu bacaan tidak normal, ia cukup untuk menunjukkan badan tidak dapat mengawal gula dengan baik.
4. Kenapa Tidak Kena GDM Sebelum Ini tetapi Sekarang Ada?
Beberapa faktor risiko meningkatkan kemungkinan mendapat GDM, antaranya:
Peningkatan usia ibu.
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 27kg/m².
Sejarah melahirkan anak besar.
Sejarah keluarga (ibu bapa atau adik-beradik) dengan diabetes.
Risiko ini akan bertambah dengan masa.
5. Bagaimana Hendak Mengawal GDM dengan Baik?
Berikut adalah langkah penting untuk ibu mengawal GDM:
(i) Diet yang Sesuai untuk Ibu GDM
Berjumpalah dengan Pegawai Dietetik di klinik atau hospital untuk mendapatkan panduan pemakanan yang betul. Diet yang seimbang akan membantu mengawal gula dalam darah tanpa menyebabkan ibu lapar dan memastikan bayi membesar dengan sihat.
(i) Amalkan konsep suku-suku separuh yang diubah suai:
Suku karbohidrat (contohnya nasi, mi, roti).
Suku protein (contohnya ayam, ikan, daging, telur).
Separuh sayur-sayuran hijau (2 senduk nasi saiz biasa).
Makan tepat pada waktunya (jangan tinggalkan waktu makan).
Minum air kosong secukupnya.
(ii) Ubat Mengikut Saranan Doktor
Jika perlu, doktor akan memberikan ubat yang sesuai. Jangan risau, rawatan ini selamat untuk ibu dan bayi.
(iii) Patuh kepada Temujanji yang Ditetapkan
Temujanji yang kerap diperlukan untuk memantau kesihatan ibu dan bayi. GDM boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk bayi menjadi terlalu besar atau tidak membesar dengan baik.
Dengan memahami sebab sebenar GDM dan cara menguruskannya, ibu-ibu dapat mengawal keadaan dengan baik. Langkah proaktif ini bukan sahaja melindungi kesihatan bayi tetapi juga ibu dalam jangka masa panjang. Jangan takut untuk bekerjasama dengan pakar kesihatan dan teruskan usaha untuk menjalani kehamilan yang sihat.