Tahun 2026 ni, ramai anak-anak kita bakal melangkah masuk ke sekolah, sama ada kali pertama masuk Tahun 1, naik ke darjah yang lebih tinggi, ataupun mula berjauhan sebab duduk asrama. Sebagai ibu ayah, mestilah kita nak yang terbaik untuk anak. Kita nak anak jadi terang hati, cerdik, kuat semangat untuk belajar, berani berkawan, dan sentiasa dilindungi Allah walau di mana pun mereka berada.
Hakikatnya, dunia sekolah bukan sekadar buku dan peperiksaan. Ada cabaran emosi, tekanan, rasa takut, kawan-kawan baru dan suasana yang anak masih belajar untuk biasakan diri. Dalam keadaan macam ni, doa ibu ayah adalah “penjaga” paling lembut dan paling kuat. Doa bukan sahaja tenangkan hati anak, tapi boleh jadi asbab anak lebih yakin, lebih fokus dan lebih mudah menerima ilmu.
Jadi, sebelum anak melangkah ke sekolah tahun 2026 ini, apa kata kita sama-sama amalkan doa-doa pilihan yang sangat bermakna ini. InsyaAllah, dengan doa yang istiqamah, anak-anak kita membesar jadi insan yang baik, berjaya dunia dan akhirat. Ikuti 5 doa pilihan perkongsian ini daripada Ustazah Aminah Mat Yusoff yang juga merupakan seorang pendidik yang sering berkongsian motivasi dan doa-doa dalam membentuk akhlak dan nilai-nilai murni kepada anak-anak.


1. DOA SUPAYA JIWANYA KUAT DAN CINTA PADA AGAMA- HADIAKAN DOA ISTIMEWA UNTUK ANAK SETIAP PAGI
Hadiahkan anak kita 2 doa istimewa ini setiap pagi..Moga sihat rohnya, kental jiwanya dan cinta akan agamanya. Letakkan tangan kanan di ubun-ubun kepala dan bacakan 2 doa berkenaan.





2. DOA SEBELUM ANAK MELANGKAH KE SEKOLAH
Sebelum anak-anak melangkahkan masuk ke kawasan sekolah, iringi mereka dengan doa ini. Letak tangan kanan ke ubun-ubun kepala anak dan baca sebanyak tiga kali.
Moga terus bersemangat untuk menimba ilmu. Sentiasa berani dan tiada perasaan takut.
3. DOA KETIKA PELUK ANAK
Peluk anak kita. Bisikkan doa ini ketelinga, biar mereka tumbuh menjadi insan hebat yang selari dengan redha Allah SWT.
Bukan mudah mendidik anak, namun jika kita istiqamah, pasti Rahmat Allah SWT sentiasa memayungi dan mengiringi usaha kita.
Maafkan anak kita setiap hari pasti mereka tumbuh sebagai insan pemaaf.
4. DOA ANAK BERJAUHAN/ DUDUK ASRAMA
Titipkan doa ini kepada anak-anak yang sedang menuntut ilmu di tempat yang jauh. Semoga di kurniakan circle yang baik dan vibes yang positif.
Moga-moga, kebaikan terus mengalir sehingga mendapat tempat yang terbaik juga di akhirat nanti.


5. DOA UNTUK JERNIHKAN HATI DAN AKAL & PERIBADI ANAK
Amalan terbaik untuk anak, moga jernih hati dan akalnya, dipilih untuk menjadi peribadi yang terhormat serta terpelihara.
1. Letak tangan di ubun-ubun kepala
Baca “YA RASYIID” 41 Kali, sebutkan apa yang kita hajatkan, moga Allah Kabulkan
2. Yang terakhir tutup dengan bacaan ALLAHUMMA FAQQIHHU/HA FIDDIIN WA ‘ALLIMHUT/HAT TA’WIIL
Moga anak kita mendapat kebaikan daripada Allah.
3. Letak tangan di dada anak baca surah al-Qadr.
Moga Allah jadikan anak kita orang yang hebat dalam apa jua ilmu yang mereka pelajari.
4.Antara doa yang hebat juga kita boleh baca untuk anak2 ialah ALLAHUMMA HAFFIZHU/HA KAMA HAFFAZTA MIN ‘IBADIKAS SOOLIHIIN
5. Berikan mereka air zamzam. Moga Allah jadikan mereka seorang yang jujur.